Now Reading
“Kos Perubatan Makin Tinggi” – Cef Kongsi 2 Bahan Yang Mampu Undang Risiko Kesihatan Jika Tak Dikawal

“Kos Perubatan Makin Tinggi” – Cef Kongsi 2 Bahan Yang Mampu Undang Risiko Kesihatan Jika Tak Dikawal

Menurut cef professional itu, kedua-dua bahan iaitu non-dairy whipping cream dan coklat sos mengandungi kandungan minyak kelapa sawit.

dua bahan ada minyak kelapa sawit

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Memang tidak dapat dinafikan bahawa rakyat Malaysia memang gemar terhadap makanan dan minuman viral yang semakin menjadi rebutan ramai pada ketika ini.

Kalau sebut ‘coklat leleh’, mesti ramai yang berebut untuk membeli makanan tersebut. Bahkan segelintir golongan masyarakat juga sanggup beratur panjang bagi mendapatkannya.

Namun perlu diingatkan bahawa pengambilan manisan tersebut secara berlebihan boleh mengundang kesihatan yang buruk.

Baca Artikel Berkaitan: “Bukan Kita Kelaparan 6 Tahun” – Ustaz Azhar Idrus Bidas Netizen Sanggup Beratur Lama Untuk Beli Makanan Viral


Cef Kongsi 2 Bahan Yang Boleh Memudaratkan Kesihatan

Baru-baru ini, tular satu bebenang di laman X (Twitter @ButterAlways92) apabila seorang cef profesional memberi pesanan kepada orang ramai tentang kandungan bahan yang tidak sihat dalam dua jenis manisan iaitu non-dairy whipping cream (krim sebat bukan tenusu) dan sos coklat.

#1. Non-dairy Whipping Cream

Seperti semua sedia maklum, non-dairy whipping cream selalu digunakan sebagai filling atau hiasan manisan. Bukan itu sahaja, anda juga boleh lihat bahan tersebut sering digunakan oleh peniaga yang menjual minuman manis.

Kebiasaannya, para peniaga akan memilih untuk menggunakan bahan ini kerana kosnya yang rendah.

Jelas cef berkenaan, bahan utama yang terdapat dalam non-dairy whipping cream adalah minyak kelapa sawit, stabilizer dan emulisfier.

Sumber: Pexels

Menurutnya, pengambilan non-dairy whipping cream secara kerap adalah tidak bagus untuk tubuh badan manusia kerana ia tidak berkhasiat.

“Bahan makanan yang lebih kurang sama adalah pemanis bukan tenusu (susu pekat) dan krimer. Ini sebab orang Malaysia tak sihat, sebab tak berpengetahuan,” ujarnya.

Memetik Marina Medical, bahan berkenaan selalunya mengandungi perisa dan pemanis tiruan yang boleh memudaratkan kesihatan jika diambil dalam kuantiti yang banyak.

Selain itu, minyak terhidrogenasi yang digunakan dalam krim segar berasaskan tumbuhan menghasilkan lemak trans tiruan semasa proses pengeluaran. Tambahan pula, pengambilan non-dairy whipping cream secara berlebihan sangat berbahaya kepada badan dan sistem kardiovaskular seseorang.

Sumber: The Floral Apron/Alexandre Family Farm
#2. Sos Coklat

Bahan kedua yang boleh mengundang kesihatan tidak baik adalah sos coklat. Sos coklat secara umumnya bukan sahaja diminati oleh golongan kanak-kanak, malah orang dewasa juga tidak terkecuali.

Cef itu berkata kebanyakan sos coklat yang berkilat anda lihat di kedai makan, pada makanan atau bufet turut mengandungi bahan utama yang murah iaitu minyak kelapa sawit.

Minyak tersebut berfungsi untuk mengekalkan kestabilan serta warna kilat yang cantik pada coklat berkenaan.

Sumber: Pexels

Alternatif kepada sos coklat ini adalah jenis ganache iaitu campuran coklat bersama susu dan krim. Pun begitu, sifat kedua-dua jenis coklat ini adalah tidak sama dan ganache lebih mahal jika dibandingkan kosnya.

Bukan itu sahaja, coklat ganache juga pekat, tidak berkilat dan cepat rosak jika disimpan di suhu bilik.

Coklat ganache. Sumber: Martha Stewart

“Selalunya sos coklat yang viral memang ditambah kandungan minyak supaya ia stabilize pada suhu bilik dan nampak menarik.

“Ada pula peniaga yang kata, ‘Kami guna coklat premium” untuk justify harga mahal tapi akhirnya tambah juga minyak untuk buat cookies banjir (sos coklat leleh) tu. Tak ada fungsi benda tu mahal tapi guna macam tu (minyak kelapa sawit),” tambah cef tersebut.


Cef Minta Cegah Ambil Makanan Yang Tak Berkhasiat

Di akhir perkongsian, cef ini turut mengingatkan orang ramai untuk tidak ‘termakan’ dengan promosi pemasaran viral di luar sana.

“Kos perbelanjaan perubatan semakin tinggi. Benda kita boleh cegah, kita jauhkan diri. Jangan dijerat video sos meleleh atau krim filling penuh. Moga ramai boleh buat keputusan baik lepas ni,” jelasnya.


Risiko Pengambilan Lemak Tepu Berlebihan

Memetik Hello Doktor, minyak kelapa sawit terbukti mengandungi asid palmitik, yang merupakan asid lemak tepu. Asid lemak tepu berisiko meningkatkan jumlah  kolesterol dan kadar kolesterol LDL (kolesterol jahat).

Walaupun lemak tepu meningkatkan kadar kolesterol dan dikaitkan dengan risiko penyakit kardiovaskular, tidak semua lemak tepu mempunyai kesan buruk. Minyak kelapa sawit turut kaya dengan antioksidan, omega 3, vitamin E dan vitamin K.

Sumber: Pexels

Oleh itu adalah penting untuk anda memastikan pengambilan lemak tepu kurang daripada 10% dalam diet seimbang.

Jika kadar lemak itu dijaga, maka pengambilan minyak sawit tidak akan memudaratkan, bahkan memberikan manfaat kesihatan yang baik.

Baca Artikel Berkaitan: Minyak Sayur Tingkatkan Risiko Penyakit Kronik, Ini Penjelasan Doktor

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Coach Nutrisi Kongsi Cara Pilih Mentega Terbaik, Jangan Tertipu!

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Manis & Lembut, Ini Khasiat Golden Garlic Yang Anda Perlu Tahu


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd