Now Reading
[Video] Otot Tubuh Badan Bergerak Tiba-tiba? Ini Apa Anda Perlu Tahu

[Video] Otot Tubuh Badan Bergerak Tiba-tiba? Ini Apa Anda Perlu Tahu

Menurut pakar kesihatan dikenali sebagai Dr Qarafi Tee, keadaan otot bergerak itu dipanggil sebagai ‘twitching’.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Keadaan seseorang mengalami kekejangan otot bukan satu perkara yang janggal berlaku. Kebiasaannya, ia terjadi selepas seseorang melakukan aktiviti lasak.

Sebagai contoh, individu boleh mengalami kekejangan pada bahagian perut selepas melakukan aktiviti joging. Keadaan ini dipanggil sebagai Exercise Related Transient Abdominal Pain (ETAP) dalam istilah perubatan atau disebut ‘side-stich‘ yang bersifat sementara.

Bagaimanapun, ada juga waktu di mana seseorang itu mengalami kekejangan mengejut dan otot-otot dilihat bergerak tanpa punca yang diketahui.

Baca Artikel Berkaitan: Perut Kejang Waktu Jogging? Jom Ketahui Punca & Cara Untuk Atasinya


Pakar Perjelas Keadaan Apabila Otot Dilihat Bergerak Secara Tiba-tiba

Baru-baru ini, seorang doktor kesihatan dikenali sebagai Dr Qarafi Tee berkongsi sejenis masalah yang dilalui sesetengah individu ketika menjalani kehidupan harian mereka.

Dalam perkongsian tersebut, pakar berkenaan turut menunjukkan satu klip di mana otot tangan seorang individu dilihat bergerak secara tiba-tiba tanpa mengetahui puncanya.

Dr Qarafi kemudian tampil beri penjelasan mengenai keadaan tersebut dari sudut klinikal dan perubatan. Menurut beliau, keadaan otot yang bergerak itu boleh terjadi di mana-mana bahagian tubuh badan.

Sumber: Freepik

Situasi berkenaan dikatakan selalu terjadi di bahagian bawah mata yang juga dipanggil sebagai ‘twitching’. Jelas Dr Qarafi, twitching adalah satu jenis kekejangan yang boleh berlaku di mana-mana bahagian badan.

Tambah doktor itu, perkara tersebut boleh terjadi tanpa disengajakan. Dalam erti kata mudah, ia tidak boleh dikawal oleh seseorang. Tegas Dr Qarafi, ia adalah keadaan normal yang mana ia bukan satu penyakit berbahaya.


Punca Berlakunya Twitching Pada Tubuh Badan

Kalau anda nak tahu, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan twitching ini berlaku. Antaranya:

  • Pengambilan kafein
  • Dehidrasi akibat pengambilan air yang kurang
  • Berlaku kekejangan otot selepas melakukan aktiviti lasak sebagai contoh bersukan
  • Kekurangan waktu tidur
  • Tidak mendapatkan kandungan vitamin B12 atau magnesium yang mencukupi
Sumber: Pexels

Baca Artikel Berkaitan: Ini 5 Minuman Untuk Ganti Kopi Anda Boleh Ambil Setiap Pagi. Terus Terbeliak Mata!

Baca Artikel Berkaitan: Kurang Minum Air Ketika Diet Berisiko Hidap Penyakit Bahaya, Ini Penjelasan Coach Diet


Kekejangan Otot Boleh Bertambah Buruk

Walaupun ia tidak disifatkan sebagai penyakit, namun terdapat beberapa situasi di mana individu perlu memberi perhatian lebih kepada keadaan tubuh badan masing-masing.

“Andai kata kalau tangan korang tu bukan setakat twitching, tiba-tiba dia ada kebas ke, sakit ke, selepas itu ia lemah atau sakit naik sampai bawah lengan tangan jadi mungkin korang kena suspek sindrom Carpal Tunnel,” jelas doktor itu.

Menurut Alodokter, Carpal Tunnel ini terjadi apabila saraf tangan terhimpit hingga berlakunya tekanan pada bahagian tersebut. Ia sekaligus menyebabkan tangan berasa kebas, lemah dan sakit.


Kekejangan Berlarutan Adalah Tak Normal

Keadaan twitching dikira sebagai tidak normal apabila ia berlarutan dan tidak surut-surut.

“Kalau dia berturut-turut (tak sembuh), maksudnya ada (sebab) di sebalik benda itu. Andai kata twitching otot tu mengganggu rutin harian sebagai contoh menulis, mengangkat barang, makan dan sebagainya jadi itu mungkin disebabkan penyakit yang teruk.

“Jadi secara umum twitching normal macam tu ia boleh hilang. Kalau tak hilang lebih baik korang pergi jumpa doktor,” tambah Dr Qarafi.

@qarafitee Bila lepas minum kopi tetiba otot korang gerak sendiri sama ada tangan ke bawah mata ke. Perlu risau ke? #drqarafitee #fyp #viral ♬ Mysterious and sad BGM(1120058) – S and N

Pengguna TikTok Kongsi Pengalaman Alami Twitching

Menjengah ke ruangan komen, beberapa individu turut berkongsi pengalaman mereka mengalami keadaan otot twitching.

“Pernah kena lebih seminggu dekat bawah mata. Fuh, stres nak bagi hilang. Seminggu tu memang tidur awal, bangun agak lambat lepas tu baru okay,” kata seorang pengguna TikTok.

Sumber: TikTok (@qarafitee)

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd