Now Reading
[Video] Anxiety & Serangan Panik Boleh Berjangkit? Ini Penjelasan Pakar

[Video] Anxiety & Serangan Panik Boleh Berjangkit? Ini Penjelasan Pakar

Jelas doktor kesihatan dikenali sebagai Dr Mansor TTDI, serangan panik dan anxiety boleh berlaku disebabkan pelbagai faktor sebagai contoh masalah ekonomi.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Menurut laporan Tinjauan Kebangsaan dan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2023, sejuta atau 4.6% penduduk Malaysia berusia lebih 15 tahun mengalami kemurungan.

Buat mereka yang mengalami kemurungan, rasa gelisah seperti anxiety dan serangan panik boleh berlaku. Penyakit ini bukan sahaja melibatkan mental, malah mampu memberi kesan buruk kepada fizikal.

Hal ini kerana, dalam kes yang lebih serius ada juga segelintir pesakit yang mencederakan diri sendiri kerana tidak tahu cara untuk meredakan serangan dihadapi.


Semua Orang Berpotensi Alami Serangan Panik

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@era.je) apabila seorang doktor kesihatan dikenali sebagai Dr Mansor TTDI berkongsi beberapa perkara mengenai anxiety dan serangan panik yang mungkin masih ramai tidak tahu.

Jelasnya, semua orang pada waktu ini mempunyai potensi untuk mengalami anxiety kerana pelbagai faktor sebagai contoh, masalah ekonomi, tekanan menggunakan media sosial, masalah keluarga dan sebagainya.

Dalam hal ini, perkara paling penting yang seseorang perlu tahu adalah cara mengendalikan orang mengalami anxiety. Kebanyakan individu akan meminta pesakit untuk bertenang dan mengawal diri, namun kaedah itu adalah kurang tepat.

“Selagi kawal, semakin jadi (serangan anxiety dan panik) kerana dia tengah lawan. Anxiety ni tak boleh kita kawal. Kita kena divert kan otak dia.

“Jangan tanya awak kenapa? Awak dah baik ke belum? Punca dia kenapa? Awak tarik nafas. Lagi teruk,” ujar pakar itu.

Menurutnya, adalah penting untuk mengalihkan fokus pesakit daripada terlalu memikirkan anxiety yang sedang dialami.

@era.je Bila kita berhadapan dengan orang yang kena panic attack atau anxiety, @dokter.specially kongsi cara yang betul untuk tolong mereka #TanyaPRO #ERARadioNo1PalingLegit ♬ original sound – ERA

Aura Negatif Daripada Serangan Panik Boleh Berjangkit

Penyampai radio, Nabil Ahmad turut berkongsi pengalamannya berdepan dengan situasi sama sebelum ini.

Jelasnya, dia telah menangis akibat serangan panik tersebut pada jam 4 pagi. Bagi menyelesaikan masalah tersebut, Nabil telah bercerita kepada ‘orang rumah’, namun lain pula terjadi apabila ahli keluarganya juga turut menangis.

Berbicara lebih lanjut mengenai perkara ini, Dr Mansor menjelaskan bahawa penyakit mental juga mampu berjangkit dengan individu lain.

“Anxiety dan panik ni ada aura negatif. Aura tu akan berjangkit dengan orang dekat. Lebih-lebih kalau orang tu pun sama ada perasaan cepat panik dan risau. Kalau orang atas panik (individu normal), orang bawah (pesakit anxiety) pun lagi panik la.

“Murid akan panik kalau cikgu panik. Mak panik anak pun jadi panik,” ulasnya.

Tambah pakar itu, selagi mana anda mencari punca mengapa serangan panik tersebut berlaku, semakin teruklah keadaan pesakit.

@era.je Replying to @hafizierafie89 Panic attack & anxiety ni boleh berjangkit kepada orang lain sebab ada aura negatif, disebabkan itu orang yang nak menenangkan seseorang yang terkena panic attack perlu tahu cara yang betul untuk bantu. #TanyaPRO #ERARadioNo1PalingLegit ♬ original sound – ERA

Orang Ramai Kongsi Pengalaman Mereka Alami Anxiety

Menjengah ke ruangan komen, ada individu berkata penyakit mental tersebut akan bertambah teruk jika sedang berseorangan.

“Ya selalu buat macam ni. Welcoming serangan tu dan sibukkan diri buat benda lain. Jangan duduk seorang lagi teruk,” kata seorang wanita.

Sementara itu, ramai juga berkongsi pengalaman mereka berdepan dengan detik cemas serangan panik ini.

“Pernah kena macam ni. Memang tak tentu pasal. Perut memulas jantung berdebar macam nak mati. Tak senang duduk berhari-hari kena serangan. Sampai dah terlalu teruk tak boleh tidur 3-4 malam. Berat turun 6kg, makan tak boleh,” ujar seorang wanita.

Sumber: TikTok (@era.je)

Fokus Terhadap Cara Pernafasan

Memetik Hello Doktor, perkara penting yang anda perlu tahu sekiranya berdepan dengan serangan panik adalah fokus terhadap pernafasan.

Pastikan anda menarik nafas secara dalam melalui hidung dengan keadaan perut mengembang. Kemudian, menghembuskan nafas menerusi mulut.

Kaedah ini dapat memastikan tubuh anda mendapat oksigen yang cukup dan meredakan rasa sesak nafas yang berlaku.

Sumber: Pexels

Baca Artikel Berkaitan: Tular Maya Karin Terkena ‘Panic Attack’ Di FFM32, Ini 10 Tanda & Langkah Berdepan Detik Cemas

Baca Artikel Berkaitan: Knowing The Difference Between An Anxiety Attack And A Panic Attack


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd