Now Reading
Jangkitan Kuman Ketika Hamil Tingkatkan Risiko Anak Hidap Autisme – Pakar

Jangkitan Kuman Ketika Hamil Tingkatkan Risiko Anak Hidap Autisme – Pakar

Menurut Pakar Perunding Kanan Pediatrik, Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS), satu kajian mendedahkan sebarang jangkitan yang berlaku terhadap wanita hamil meningkatkan risiko bayi menghidap autisme sebanyak 12%.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Buat mereka yang mempunyai anak autisme, pasti anda akan bersetuju bahawa mereka mempunyai keunikan tersendiri dan tingkah laku agak berbeza dengan kanak-kanak lain.

Antara ciri-ciri anak autistik adalah seperti bertindak balas secara luar biasa terhadap visual, bau serta bunyi, tidak suka dipegang, dipeluk atau disentuh, kurang cakna dengan keberadaan orang yang berada di sekeliling dan banyak lagi.

Pakar sebelum ini ada berkata bahawa kadar kelahiran anak autisme semakin meningkat bukan sahaja di Malaysia tetapi seluruh dunia.

Baca Artikel Berkaitan: “Berderau Darah Kami!” – Ibu Kongsi Kisah Cemas Anak Autistik Panjat Balkoni Kerana Mahu Ke Rumah Jiran


Jangkitan Kuman Ketika Hamil Antara Punca Anak Hidap Austisme

Kalau anda nak tahu, jangkitan kuman semasa tempoh kehamilan adalah antara punca bayi yang baru dilahirkan menghidap austime atau Autism Spectrum Disorder (ASD).

Menurut Pakar Perunding Kanan Pediatrik, Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS), Profesor Madya Dr Intan Hakimah Ismail, satu kajian meta-analisis pada tahun 2016 mendedahkan sebarang jangkitan yang berlaku terhadap wanita hamil meningkatkan risiko ASD bayi sebanyak 12%.

“Risiko ASD semakin meningkat apabila jangkitan berlaku pada sistem saluran air kencing dan kulit, masing-masing dengan peningkatan risiko sebanyak sembilan serta 14%,” kata beliau, lapor Sinar Harian.

Sumber: Pexels

Risiko Anak Hidap Austisme Meningkat Jika Si Ibu Pernah Keguguran

Tambah beliau, risiko autisme akan meningkat sekiranya si ibu mengambil ubat sampingan lain seperti antidepresi, sawan atau epilepsi.

Ia juga boleh terjadi apabila ibu tersebut mempunyai penyakit diabetes, hipertensi, proteinuria, preeklampsia, pernah mengalami keguguran dan melahirkan bayi pramatang.

Individu yang mempunyai sejarah keluarga ASD juga berisiko di mana beberapa kajian membuktikan apabila salah satu kembar identikal mempunyai autisme, kembar lain turut mempunyai peluang 80% untuk mendapat keadaan sama.

Dr Intan Hakimah.

Ujian Ultrasound Trimester Ke-2 Boleh Kenal Pasti Tanda Awal ASD

Tambah pakar itu, setakat ini diagnosis ASD dilakukan sewaktu pemeriksaan dan penilaian perkembangan kanak-kanak selepas dilahirkan.

“Namun kajian terkini menunjukkan ujian rutin ultrasound pada trimester kedua kehamilan dapat mengenal pasti tanda-tanda awal ASD.

“Bagaimanapun ini terlalu awal untuk diberikan saranan. Penyelidikan perlu diteruskan bagi mencari kaedah terbaik untuk diagnos ASD lebih awal,” jelas Dr Intan.

Sumber: Pexels

ASD Adalah Kecelaruan Yang Berlaku Dalam Perkembangan Otak Anak

Mengulas lanjut mengenai penyakit berkenaan, Pakar Kanak-Kanak dari Hospital Islam Az-Zahrah, Dr Siti Sarah Aishah Suhaidi berkata ASD merupakan kecelaruan yang berlaku di dalam perkembangan otak dari peringkat bayi sehingga dewasa.

Ia kemudian akan mengganggu komunikasi, sosial interaksi dan perbuatan anak austistik tersebut.

Selain itu, golongan autistik juga akan menunjukkan tingkah laku luar biasa di mana mereka akan mengulangi kelakuan dan sangat obses dengan sesuatu perkara.

Biarpun kanak-kanak lelaki lebih cenderung memperolehnya tiga kali ganda berbanding perempuan, namun kanak-kanak perempuan kebiasaannya lambat didiagnosis berbanding lelaki.

Dr Siti Sarah.
Sumber: Pexels

Umur Ibu Bapa & Oksigen Tidak Mencukupi Boleh Dorong Kepada Austisme

Jelas Dr Siti Sarah, punca sebenar kepada berlakunya austime masih belum dapat dikenal pasti dalam segi perubatan. Namun antara faktor yang boleh mendorong kepada keadaan tersebut adalah apabila bayi dilahirkan tidak mendapat oksigen mencukupi, pramatang dan juga genetik keluarga.

Bayi pramatang. Sumber: Unsplash

“Selain itu faktor usia ibu bapa juga menjadi penyebab mendapat anak austisme iaitu wanita berusia 35 tahun ke atas, lelaki berumur 40 tahun ke atas dan kedua-dua faktor ini boleh merisikokan mereka memiliki anak autisme.

“Bagi wanita 35 tahun ke atas berpeluang 1.3 kali ganda ke arah ini (memperoleh anak austisme) berbanding wanita bawah 30 tahun dan umur 40 tahun ke atas sebanyak dua kali ganda,” ujar beliau.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] “Dia Cuma Tak Matang” – Lelaki Autisme Miliki PHD Terangkan Tentang Fiqh Autism Raih Pujian Ramai

Baca Artikel Berkaitan: Remaja Autisme Ini Hafal 30 Juzuk al-Quran Dalam Masa 18 Bulan Sahaja


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd