Now Reading
[Video] Letak Ais Pada Tengkuk Boleh Legakan Sakit Migrain Atau Tidak? Ini Penjelasan Pakar

[Video] Letak Ais Pada Tengkuk Boleh Legakan Sakit Migrain Atau Tidak? Ini Penjelasan Pakar

Menurut doktor kesihatan dikenali sebagai Dr Qarafi Tee, penggunaan ais sudah lama digunakan dalam aspek perubatan untuk merawat keradangan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Migrain adalah satu jenis sakit kepala yang lebih mudah dialami oleh kalangan wanita berbanding dengan golongan lelaki.

Menurut Pakar Perunding Neurologi Pusat Perubatan Prince Court dan pakar migrain Dr Julia Shahnaz Merican, kepala pesakit migrain boleh berdenyut dengan sederhana atau teruk dan berlanjutan sekurang-kurangnya empat hingga 72 jam. 

Sakit yang dirasai bukan sahaja di sebelah kepala, malah ia juga memberi kesan pada belakang kepala, leher atau sekitar bahagian mata.


Faktor Berlakunya Migrain

Baru-baru ini, seorang doktor kesihatan dikenali sebagai Dr Qarafi Tee menerusi akaun TikTok (@qarafitee) ada menjelaskan tentang penggunaan ais sebagai salah satu cara untuk mengurangkan sakit migrain.

Menurut Dr Qarafi, migrain adalah sejenis sakit kepala yang boleh berlaku disebabkan pelbagai faktor seperti genetik, pemakanan, cuaca, tekanan stres, tidur tidak seimbang dan banyak lagi.

Kebiasaannya, pesakit akan diminta oleh doktor untuk mengenal pasti faktor utama yang menyebabkan sakit migrain berlaku kepada dirinya.

Minuman kafein dan cuaca panas. Sumber: Pexels

Penggunaan Ais Pada Tengkuk Boleh Lancarkan Pengedaran Darah Ke Otak

Berbicara tentang penggunaan ais di tengkuk, pakar itu berkata bahan tersebut sudahpun lama digunakan dalam aspek perubatan sebagai contoh untuk meredakan kesan keradangan dan bengkak.

Salah satu teori di sebalik penggunaan ais pada tengkuk adalah ia akan meredakan keradangan yang terdapat di bahagian itu selain melancarkan pengedaran darah yang dihantar ke otak.

Perkara tersebutlah yang membuatkan seseorang pesakit migrain akan berasa lebih lega.

Sumber: Pexels

Teori kedua yang diterangkan adalah pesakit akan mendapat signal ke otak bahawa dirinya sedang mengalami kesakitan sejurus migrain berlaku.

Namun apabila ais diletakkan pada bahagian tengkuk, signal tersebut akan bertukar yang mana menunjukkan bahawa ia sejuk dan tidak lagi sakit. Secara tidak langsung, ia akan menurunkan kadar kesakitan yang dialami pesakit.

Tambah pakar berkenaan, kaedah sama telah dipraktikkan oleh orang ramai beratus tahun yang lalu.


Letakkan Ais Pada Tengkuk Selama 20 Minit

Buat mereka yang ingin mencuba teknik tersebut, anda hanya perlukan ais atau pek ais yang boleh didapatkan di pasaran. Kemudian letakkan ais tersebut pada bahagian leher selama 20 minit.

Bagaimanapun, jika anda rasa sakit sepanjang meletakkan ais, anda dinasihatkan untuk mengalihkan ais berkenaan kerana khuatir ia boleh mencederakan kulit.

Selepas tamat 20 minit, anda perlu berehat selama 1 jam. Sekiranya rasa sakit masih berterusan, anda boleh mengulangi teknik yang sama sehingga anda berasa lega.

Dr Qarafi berkata sesetengah doktor di luar sana memang ada mencadangkan untuk meletakkan ais sekiranya ubat yang diberi tidak membawa kesan.

@qarafitee Fakta atau auta Ais rawat migraine ? #fyp #viral #drqarafitee ♬ Spooky, Quiet, Scary Atmosphere Piano – Bucyrus Audio

Tips Lain Untuk Cegah Serangan Migrain

Antara petua lain yang boleh dilakukan bagi mencegah serangan migrain adalah seperti berikut:

  • Mengamalkan diet pemakanan yang sihat.
  • Mengawal pengambilan pil perancang kehamilan dengan nasihat doktor.
  • Tidur dan bangun pada waktu yang sama pada setiap hari.
  • Mengekalkan hidrasi badan.
  • Jauhi bunyi bingit dan cahaya yang terang.
  • Melakukan senaman dengan relaks dan tidak tertekan.
Sumber: Pexels

Baca Artikel Berkaitan: Dua Pelajar UiTM Meninggal Dunia Selepas Sakit Kepala Teruk

Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Mengadu Selalu Sakit Kepala, Rupanya Otak Penuh Telur Cacing Pita

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Fizo Omar Perjelas Alami Vertigo, Mungkin Akibat Hentakan Di Kepala


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd