Now Reading
Ini 7 Jenis Panadol & Fungsinya. Jangan Salah Makan Pula

Ini 7 Jenis Panadol & Fungsinya. Jangan Salah Makan Pula

Sebagai info, Panadol adalah ubat jenama antarabangsa milik Haleon Group dan ia adalah sejenis paracetamol.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Setiap kali tidak sihat antaranya kepala rasa sakit atau badan kurang selesa, kebanyakan daripada kita akan memilih untuk makan pil panadol sebagai jalan penyelesaian terutamanya ketika sedang sibuk bekerja.

Tetapi korang perasan tak, ada banyak jenis Panadol yang dijual di kedai. Nak makan yang mana satu?

Jangan pening kepala kerana seorang pengguna di laman X (@Ainaaaaaaaz) telah berkongsi kepada anda semua tentang fungsi setiap panadol mengikut kegunaannya buat orang dewasa.

Antaranya adalah seperti berikut:

#1. Panadol Biasa
Sumber: Shopee Malaysia
  • Dos: 500mg paracetamol
  • Fungsi: Melegakan sakit kepala, migrain, sakit belakang, senggugut, sakit gigi, sakit selepas vaksin dan selesema.
  • Pengambilan: 2 biji setiap empat hingga enam jam.
#2. Panadol Actifast
Sumber: Facebook
  • Dos: 500mg paracetamol, 173mg sodium
  • Fungsi: Melegakan segala kesakitan dua kali lepas pantas berbanding panadol biasa.
  • Pengambilan: 2 biji setiap empat hingga enam jam.

Nota: Tidak sesuai untuk mereka yang menghidap penyakit darah tinggi kerana mempunyai kandungan sodium yang tinggi.

#3. Panadol Optizorb
Sumber: Shopee Malaysia
  • Dos: 500mg paracetamol, mengandungi kalsium karbonat, asid alginic dan Crospovidone.
  • Fungsi: Lebih mudah hancur di dalam badan dan paracetamol lebih mudah meresap.
  • Pengambilan: 2 biji setiap empat hingga enam jam.

Nota: Tiada sodium dan sesuai untuk mereka yang mempunyai penyakit darah tinggi.

#4. Panadol Extra
Sumber: Panadol
  • Dos: 500mg paracetamol, 65mg kafein.
  • Fungsi: Sesuai untuk mengurangkan kesakitan masalah sakit kepala, migrain, sakit belakang dan sakit gigi.
  • Pengambilan: 2 biji setiap empat hingga enam jam.

Nota: Tidak sesuai untuk wanita mengandung dan menyusu kerana mempunyai kafein.

#5. Panadol Soluble
Sumber: Panadol
  • Dos: 500mg paracetamol, 427 mg sodium.
  • Fungsi: Sesuai untuk mereka yang takut makan ubat. Boleh larutkan pil dalam segelas air.
  • Pengambilan: 2 biji setiap empat hingga enam jam.

Nota: Tidak sesuai untuk mereka yang menghidap penyakit darah tinggi kerana mempunyai kandungan sodium yang tinggi.

#6. Panadol Menstrual
  • Dos: 500mg paracetamol, 25mg pamabrom.
  • Fungsi: Melegakan masalah senggugut yang dialami oleh wanita ketika datang haid.
  • Pengambilan: 2 biji setiap empat hingga enam jam.
#7. Panadol Extend
Sumber: Lazada
  • Dos: 665mg paracetamol.
  • Fungsi: Mempunyai dua lapisan bagi memanjangkan tempoh penyerap ubat sehingga lapan jam.
  • Pengambilan: 2 biji setiap enam hingga lapan jam.

Jenis-jenis Paracetamol Selain Dari Jenama Panadol

Sebagai info, Panadol adalah jenama syarikat dan ubat yang dijual oleh mereka adalah jenis paracetamol.

Kalau tak nak jumpa jenama Panadol, jangan risau kerana terdapat banyak lagi jenis pracetamol yang dijual di pasaran.

Antaranya:

  • Paracil 500mg
  • Uphamol 500mg dan 650mg
  • Paracap 500mg

Sekiranya pengambilan paracetamol ini tidak dapat melegakan kesakitan korang, lebih baik untuk segera berjumpa dengan doktor untuk melakukan pemeriksaan.

Baca Artikel Berkaitan: Panadol Habis Stok? Ini 3 Jenis Parasetamol Lain Yang Anda Boleh Cuba

Baca Artikel Berkaitan: Makan Panadol Boleh Rosakkan Buah Pinggang, Fakta Atau Auta? Ini Penjelasan Doktor

Baca Artikel Berkaitan: Elak Guna Paracetamol Untuk Lembutkan Daging, Boleh Beri Bahaya Pada Tubuh Badan


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd