Jangan Kemas Katil Terus Lepas Bangun Tidur! Ini Sebabnya
Melipat kain selimut dan mengemas tilam berselerak sejurus selepas bangun tidur bakal memudaratkan kesihatan kerana terdapat serangga yang terperangkap.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Pasti ramai di antara anda semua terbiasa dengan rutin mengemaskan katil yang berselerak selepas bangun sahaja daripada tidur.
Mana tidaknya, amalan itu telah pun diajar kepada orang ramai sejak kecil lagi oleh ibu bapa dan para guru di sekolah.
Namun, adakah anda tahu bahawa mengemas katil sejurus bangun daripada tidur mampu memudaratkan kesihatan?
Doktor Kesihatan Perjelas Sebab Tak Boleh Kemas Katil Sejurus Bangun Daripada Tidur
Baru-baru ini, tular satu perkongsian oleh seorang doktor kesihatan menerusi laman TikTok miliknya (@drnazreennain), menunjukkan beliau sedang menjelaskan beberapa masalah kesihatan yang boleh dialami oleh seseorang sekiranya mengemas katil sejurus selepas bangun daripada tidur.
Sekiranya anda mengemaskan tempat tidur anda selepas bangun, serangga jenis hama berkemungkinan terperangkap di permukaan selimut dan tilam.
Untuk makluman semua, hama tersebut adalah sejenis serangga kecil yang mampu makan sel-sel kulit mati manusia.
Bukan itu sahaja, ia juga mampu membiak di kawasan persekitaran yang lembap. Kalau nak tahu, katil boleh menjadi lempab sekiranya anda seseorang yang kuat berpeluh atau sering menggunakan penghawa dingin di bilik.
Serangga hama yang membiak juga mampu meninggalkan kesan kotoran pada permukaan tilam hingga menyebabkan seseorang itu dijangkiti alahan atau masalah paru-paru.
Bagaimana Hama Terperangkap Dalam Selimut?
Menurut Dr Nazreen, kelembapan yang melekat tidak mampu untuk kering sepenuhnya sekiranya anda terus melipat kain selimut.
Oleh sebab itu, hama itu akan terperangkap dalam selimut dan sekaligus membolehkan hama membiak di dalamnya.
Tambah doktor berkenaan, lebih daripada sejuta hama mampu membiak sekiranya selimut atau tilam tidak dibiarkan kering dahulu.
Doktor tersebut dalam masa sama mencadangkan orang ramai agar membiarkan dulu katil serta selimut tidak dikemas buat sementara waktu dan membuka tingkap bilik seluas-luasnya.
Udara dan cahaya matahari yang menyinari melalui tingkap bilik mampu mengeringkan selimut dan tilam dengan cepat.
Sementara menunggu, anda bolehlah meneruskan aktiviti harian yang lain dahulu seperti mandi, makan sarapan dan lain-lain.
Dr Nazreen juga berkongsi satu tips iaitu dengan merajinkan diri untuk selalu vaccum tilam di rumah agar hama tersebut tidak membuat sarang.
Reaksi Netizen Terhadap Penjelasan Doktor Tentang Hama
Menjengah ke ruangan komen, ada pengguna TikTok yang dilihat telah berkongsi pengalaman mereka apabila satu keluarganya diserang oleh makhluk kecil itu.
“Pernah satu family kena hama, memang susah. Lepas tu semua cadar kena jemur di tengah panas,” ujar seorang wanita.
Ada juga netizen yang berpendapat bahawa rutin itu tidak dapat dilakukan buat mereka yang terpaksa keluar awal pagi atas urusan pekerjaan.
Menjawab kepada kenyataannya, Dr Nazreen menasihatkan agar wanita tersebut mencuba rutin itu pada waktu lapang iaitu setiap kali hujung minggu.
Baca Artikel Berkaitan: Ini Sebabnya Kenapa Perlu Basuh Dulu Buah Kurma Sebelum Makan
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Lelaki Dedah Kenapa Tak Boleh Pakai Minyak Wangi Ketika ‘Hiking’
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram