Bahaya Tekan ‘Snooze’ Lepas Bunyi Alarm. Ini Kesan Buruk Pada Tubuh Badan
Tindakan kerap menekan butang ‘snooze’ selama 10 minit akan mengganggu kitaran tidur yang lengkap selama 90 minit.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Setiap kali sebelum melelapkan mata pada waktu malam, mesti ramai yang akan meletakkan bunyi penggera (alarm) di dalam telefon untuk mengejutkan mereka bangun dari tidur.
Tetapi setiap kali terdengar bunyi alarm, memang berat betul mahu membuka mata, lebih-lebih lagi ketika hari bekerja.
Mesti ramai yang selalu tekan ‘snooze’ untuk sambung tidur dalam beberapa minit selepasnya kan?
Doktor Dedah Kenapa Bahaya Tekan ‘Snooze’ Lepas Alarm Berbunyi
Tahu tak, sebenarnya tindakan anda menekan ‘snooze’ itu boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan tubuh badan.
Menerusi video yang dimuat naik di laman TikTok (@drrizalabubakar), doktor kesihatan ini menjelaskan bahawa satu kajian membuktikan individu yang kerap menekan butang ‘snooze’ boleh menerima implikasi buruk untuk tubuh badan mereka.
Macam mana dengan tekan ‘snooze’ sahaja boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan?
Untuk pengetahuan anda, tempoh 10 minit pada setiap ‘snooze’ akan mengganggu satu kitaran tidur seseorang yang sepatutnya perlu dilengkapkan dalam masa 90 minit.
Gangguan kitaran tidur ini juga akan membuatkan produktiviti seseorang terjejas sehingga empat jam pada hari berkenaan.
Jadi, tidak hairanlah mengapa badan seseorang berasa lesu meskipun sudah tidur dalam tempoh lama.
Video perkongsian ini telah meraih perhatian ramai sehingga mendapat 614,000 jumlah tontonan setakat artikel ini ditulis.
@drrizalabubakar Tidur, terjaga sebab alarm berbunyi lepas tu tekan butang snooze. Apa berlaku? #drrizalabubakar #drotak #sihat #otak #tidur #tidurnyenyak
♬ original sound – drrizalabubakar – drrizalabubakar
Ramai Rupanya Yang Baru Tentang Keburukan Tekan Butang ‘Snooze’
Rata-rata netizen di ruangan komen video berkenaan meluahkan rasa terkejut selepas mengetahui tentang kesan buruk sekiranya kerap menekan butang ‘snooze’ ketika bangun dari tidur.
Dalam pada itu, segelintir netizen mula memahami situasi mereka yang kurang produktif selepas tidur dalam tempoh agak lama apabila mendengar penjelasan dari doktor tersebut.
Namun, ada pula netizen yang sempat bergurau kononnya mereka perlu membiarkan butang ‘snooze’ itu berbunyi selama 90 minit atau tidak membuat sebarang alarm langsung.
Penting ada alarm untuk bangun tidur ni. Risau terlajak nanti!

Kitaran Tidur Yang Lengkap
Kajian dari saintis mengatakan bahawa setiap kitaran tidur pada waktu malam merupakan waktu untuk merawat otak dan tubuh badan.
Tetapi apa sebenarnya kitaran tidur?

Kitaran tidur mempunyai empat peringkat seperti berikut:
Peringkat 1: Ketika anda sedang tidur, peringkat ini bermula dimana anda meletakkan kepala di atas bantal dan menutup mata. Selalunya ini mengambil 15-20 minit. Anda akan masih berjaga dan sedikit bunyi pun akan membangunkan anda.
Peringkat 2: Anda sedang mula hilang kesedaran tetapi masih tidak tidur sepenuhnya. Anda mungkin tidak akan terbangun pada bunyi yang ringan atau pergerakan dalam bilik tetapi sekiranya seseorang menyentuh, anda mungkin akan bangun.
Peringkat 3 & 4: Anda telah masuk ke peringkat tidur mati. Tidak sedar pada peringkat ini, atau secara praktikalnya ‘mati’ seperti yang orang katakan, dan tubuh serta otak anda sedang melakukan kerja membaikpulih pada waktu ini.
Peringkat 5: Ia dikenali sebagai peringkat REM (Rapid Eye Movement) dan inilah peringkat dimana kebanyakkan mimpi berlaku.
Pada akhir peringkat kelima, anda akan mula keluar daripada ketidaksedaran kepada kesedaran dan sedia untuk memulakan kitaran tidur daripada peringkat 1 semula.
Artikel Berkaitan: Jenis Liat Nak Bangun Subuh? Boleh Ikuti Tips Ini, Mungkin Lebih Efektif
Artikel Berkaitan: “Baru Bangun Tidur Dah Penat” – Doktor Beri Penjelasan Tentang ‘Sleep Debt’
Artikel Berkaitan: Alami Masalah Tidur? Ini Antara Tips Atasi Insomnia Dengan Mudah Tanpa Perlu Ambil Pil
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.