Now Reading
Jangan Pakai Pantyliner Setiap Hari! Ini Kesan Buruk Yang Perlu Para Wanita Tahu

Jangan Pakai Pantyliner Setiap Hari! Ini Kesan Buruk Yang Perlu Para Wanita Tahu

Penggunaan pantyliner setiap hari boleh menyebabkan seseorang wanita itu berisiko untuk terkena jangkitan kulat pada faraj.

pantyliner

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Masalah keputihan yang keluar dari faraj adalah salah satu kerisauan bagi golongan wanita lebih-lebih lagi individu beragama Islam yang perlu menjaga kebersihan diri sebelum mengerjakan ibadah solat.

Memetik sumber MyHealth, hampir 75% wanita di Malaysia yang sudah berkahwin mempunyai masalah keputihan berikutan aktiviti seksual.

Jadi sesetengah wanita menganggap jalan penyelesaian mudah kepada masalah ini adalah dengan memakai pantyliner atau juga disebut sebagai pelapik seluar dalam setiap hari.

Tapi tahu tak, sebenarnya pengggunaan pantyliner setiap hari boleh memberi kesan kepada tahap kesihatan faraj wanita.

Topik tentang penggunaan pantyliner ini juga menjadi perbualan hangat dalam kalangan wanita di laman X (Twitter).


Kenapa Tak Elok Pakai Pantyliner Setiap Hari?

Menerusi penjelasan yang diberikan oleh seorang pakar sakit wanita dalam satu perkongsian video di TikTok (@anniedeliversmd), penggunaan pantyliner setiap hari boleh memberi kesan yang buruk kepada kesihatan organ intim wanita.

Antara kesan yang berisiko terjadi adalah contact dermatitis di mana ruam gatal di bahagian luar faraj serta keradangan yang teruk.

Rasa kurang selesa dan kegatalan di bahagian faraj akan membuatkan sesetengah wanita mula menggaru atau menggosok sehingga terhasilnya luka akibat geseran pada kulit.

Tindak balas yang diberi nama Lichen Simplex Chronicus akibat geseran juga akan menjadi punca benjolan terbentuk di sekitar folikel bulu.

Bukan itu sahaja, penggunaan pantyliner secara kerap boleh meningkatkan risiko jangkitan kulat (yeast infection) akibat lembapan yang terperangkap pada bahagian faraj.


Solusi Untuk Menggantikan Penggunaan Pantyliner Setiap Hari

Mungkin ada sesetengah individu yang tidak selesa jika tidak memakai pantyliner dan masih mahu menggunakannya setiap hari.

Namun anda dinasihatkan untuk menukar pantyliner berkenaan dalam tempoh yang agak kerap bagi mengelakkan organ intim wanita terdedah dengan kelembapan.

Selain itu, anda juga boleh membawa seluar dalam tambahan jenis kain cotton jika terdapat kekotoran atau lendir keputihan yang menyebabkan rasa kurang selesa.


7 Tips Penjagaan ‘Miss V’ Wanita

Sumber: Halo Sehat

Organ intim wanita adalah antara bahagian yang sensitif dan perlu dijaga dengan teliti. Jika tidak, ia boleh mengakibatkan pelbagai risiko penyakit serta menghasilkan bau yang kurang senang.

Oleh itu, penjagaan kebersihan faraj perlu diutamakan. Antara tips yang mungkin boleh membantu anda adalah seperti:

  • Memakai seluar dalam jenis cotton yang kering.
  • Elakkan dari memakai seluar atau kain yang terlalu ketat kerana ia boleh meningkatkan haba badan sekaligus mewujudkan persekitaran lembap di bahagian faraj.
  • Segera menukar pakaian yang jika ia berada dalam keadaan lembap terutamanya selepas bermandi kolam atau bersenam.
  • Mengeringkan faraj dengan tisu sehingga kering selepas membuang air kecil atau besar.
  • Kerap menukar pad ketika period.
  • Kawal pengambilan gula kerana jika boleh berisiko menyebabkan bakteria dan kulat semakin membiak.
  • Perbanyakkan pengambilan yogurt kerana ia mengandungi bakteria baik yang boleh menjaga kesihatan organ dalaman wanita.

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd