Now Reading
Dari Malaysia Ke Rusia Guna Jalan Darat, Wanita Belanja Lebih RM2,000 Untuk Tiket Perjalanan

Dari Malaysia Ke Rusia Guna Jalan Darat, Wanita Belanja Lebih RM2,000 Untuk Tiket Perjalanan

Sebanyak 16 checkpoint telah dilalui oleh wanita itu sepanjang pengembaraan dari Malaysia ke Rusia menggunakan jalan darat.

In Brief
  • Eton, seorang wanita Malaysia, menghabiskan 123 jam dalam perjalanan darat dari Malaysia ke Rusia melalui lima negara.
  • Beliau membelanjakan kira-kira RM2,080 untuk tiket perjalanan merangkumi 13 kereta api, dua teksi dan satu bas.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Buat kebanyakan orang, perjalanan rentas negara kebiasaannya dilakukan dengan menaiki kapal terbang.

Walaupun harga bagi tiket adalah lebih tinggi, namun penerbangan akan mengambil masa yang kurang serta memberi keselesaan dan kemudahan buat pelancong.

Namun di sebalik semua ini, ada juga yang gemar melakukan jelajah menggunakan jalan darat bagi menikmati pemandangan dan budaya di sepanjang perjalanan mereka.

Wanita Malaysia Ke Rusia Guna Jalan Darat, Lalu 5 Sempadan Negara

Seperti seorang pengembara wanita yang dikenali sebagai Eton, dia mendedahkan telah berkunjung ke negara Rusia pada tahun lalu.

Apa yang menarik ialah perjalanan dibuat bukan dengan menaiki penerbangan, tetapi dengan menggunakan jalan darat sepenuhnya!

Menurutnya dia menghabiskan masa kira-kira 123 jam bagi keseluruhan perjalanan menerusi jalan darat dari Malaysia ke Rusia.

Sepanjang perjalanan, dia telah melalui empat sempadan negara lain termasuk Thailand, Laos, China dan Mongolia.

Foto: TikTok @jalanbuddies

“Perjalanan menggunakan jalan darat bermakna anda dapat melihat segala-galanya berubah. Sempadan, bahasa, makanan, landskap, semuanya bertukar secara beransur-ansur dari satu tempat ke tempat yang lain,” katanya.

Wanita Belanja Lebih RM2,000 Untuk Tiket Perjalanan Darat Dari Malaysia Ke Rusia

Sepanjang pengembaraan dari Malaysia ke Rusia itu, Eton telah melalui 16 checkpoint bermula dari tempat tinggalnya di Sungai Petani, Kedah.

Katanya, dia telah membelanjakan sekitar RM2,080 bagi tiket perjalanan termasuk 13 kereta api, dua teksi dan satu bas dalam pengembaraannya itu.

Perjalanan bermula dari Sungai Petani ke Thailand menggunakan perkhidmatan rel terlebih dahulu.

Antara perkhidmatan rel yang dinaiki oleh Eton dalam perjalanannya. (Foto: TikTok @jalanbuddies)

Berikut merupakan checkpoint yang dikunjungi oleh Eton dan mod pengangkutan yang digunakan olehnya sepanjang jelajah ke Rusia menerusi jalan darat:

  1. Kereta api dari Sungai Petani ke Padang Besar
  2. Kereta api dari Padang Besar ke Hatyai, Thailand
  3. Kereta api dari Hatyai ke Bangkok
  4. Kereta api dari Bangkok ke Nong Khai
  5. Kereta api dari Nong Khai ke Thanaleng, Laos
  6. Teksi dari Thanaleng ke Vientiane
  7. Kereta api dari Vientiane ke Luang Prabang
  8. Kereta api dari Luang Prabang ke Boten
  9. Jalan kaki dari Boten ke Mohan, China
  10. Kereta api dari Mohan ke Kunming
  11. Kereta api dari Kunming ke Beijing
  12. Kereta api dari Beijing ke Hohhot
  13. Kereta api dari Hohhot ke Erlian
  14. Teksi dan Erlian ke Zamyn-Uud, Mongolia
  15. Kereta api dari Zamyn-Uud ke Ulaanbaatar
  16. Kereta api dari Ulaanbaatar ke Irkutsk, Rusia

Sebagai info, kesemua negara yang dikunjungi olehnya ini tidak memerlukan visa kecuali Rusia.

@jalanbuddies from Malaysia to Russia. by land. Land travel means you actually see the whole thing change. Borders, language, food, landscape, all shifting one leg at a time. Total hours: 123 Total spend for tix: ~RM2,080/pax Total leg: 16 → 13 trains, 2 taxis, 1 bus Malaysia → Thailand → Laos → China → Mongolia → Russia. #landtravel #buddiesjalanrussia #traintravel#buddiesjalan40hari14negara ♬ original sound – jalanbuddies

Tonton video penuh [DI SINI].

Pekerjaan Remote Beri Peluang Untuk Wanita Jelajah Dunia

Menurut Eton, dia tidaklah menghabiskan pengembaraannya dengan meluangkan masa di dalam pengangkutan semata-mata.

Sebaliknya dia turut bermalam sekurang-kurangnya satu malam di beberapa destinasi untuk berehat, mencuci pakaian dan berjalan di lokasi terbabit.

Pasti ramai yang tertanya-tanya, berapakah jumlah cuti yang harus diambil olehnya untuk perjalanan tersebut kan?

Di ruangan komen, Eton berkata dia ketika pengembaraannya masih bekerja mengikut waktu Malaysia kerana bekerja secara remote sepenuhnya.

@jalanbuddies [Mongolia to Russia] Tiket train Mongolia semua beli walk-in. Beli dekat kaunter ye. Train jam 5 petang dari Ulaanbaatar, sampai Irkutsk jam 3 petang waktu Russia. Tiket mahal walaupon dapat train Russia yang lama maybe sebab cas cross border? Idk. Train ni takde restaurant. Make sure bawak bekal siap-siap untuk makan dalam train. Layout standard train China tapi bersih je. Toilet tak bau. Lake Baikal sangatttttt besar. Rasanya ada dalam sejam jugak ambik masa nk cross tasik tu. #buddiesjalan40hari14negara #buddiesjalanmongolia #buddiesjalanrussia #buddiesnaiktrain ♬ original sound – jalanbuddies

Jelajah Bersambung Ke Eropah Dengan Menaiki Kapal Terbang

Bercakap kepada TRPbm, Eton berkata dia telah melakukan jelajah itu pada tahun lepas dan perjalanan itu sebenarnya tidak terhenti di Rusia sahaja.

Dari Rusia, dia meneruskan perjalanan dengan menaiki kapal ke Estonia bagi melangsungkan kembara di Eropah pula.

Sepanjang pengembaraan itu, Eton telah berkunjung ke enam negara Eropah iaitu Estonia, Finland, Itali, Lisbon, Zurich dan Switzerland serta sempat menyinggah ke satu negara di Afrika Utara, Maghribi.

Difahamkan jelajah itu merupakan sebahagian daripada perjalanan dia ke 14 buah negara dalam masa 40 hari bersama dua rakan lain.

Pengembaraannya berakhir apabila Eton pulang ke Malaysia dengan menaiki penerbangan dari Switzerland ke Kuala Lumpur.

Baca Artikel Berkaitan: 150 Hari Kembara Berbasikal Dari KL, 3 Rakyat Malaysia Sampai Di Madinah Untuk Tunaikan Haji


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd