Now Reading
Hanya 1 Jam Dari London, Ini 5 Tempat Kids-Friendly Untuk Anda Singgah Di Canterbury

Hanya 1 Jam Dari London, Ini 5 Tempat Kids-Friendly Untuk Anda Singgah Di Canterbury

Canterbury turut mempunyai beberapa tapak warisan dunia UNESCO seperti St Martin’s Church, St Augustine’s Abbey dan Canterbury Cathedral.

In Brief
  • Canterbury, hanya sejam dari London, menawarkan pengalaman percutian keluarga yang santai dengan tarikan bersejarah seperti Canterbury Cathedral, Tapak Warisan Dunia UNESCO.
  • Terdapat pelbagai aktiviti mesra kanak-kanak di Canterbury, termasuk menyusuri Sungai Stour, melawat Dover Castle, serta meneroka Roman Museum yang mengujakan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Majoriti ibu bapa yang merancang percutian ke Eropah akan terus memilih London sebagai destinasi utama.

Namun dengan hanya menaiki kereta api dari London, anda dapat menemui sebuah bandar yang menjanjikan percutian keluarga lebih santai serta menarik.

Terletak di daerah Kent, sebuah bandar bersejarah yang dikenali dengan nama Canterbury telah menjadi tumpuan pengembara sejak lebih 1,000 tahun lalu.

Sebuah Bandar Lama Yang Mempunyai Tapak Warisan Dunia UNESCO

Canterbury sebenarnya kaya dengan pelbagai pemandangan cantik yang sesuai untuk dinikmati bersama keluarga.

Di sini, anda boleh menyusuri jalan-jalan menggunakan batu-bata, membeli-belah dari pelbagai kedai tempatan serta jenama terkenal, malah menikmati pemandangan menakjubkan di tepi pantai.

Menariknya, tarikan utama bandar ini ialah Canterbury Cathedral yang terkenal di seluruh dunia dan tersenarai sebagai salah satu Tapak Warisan Dunia UNESCO.

Selain itu, Canterbury dipenuhi pelbagai restoran halal dan kafe menarik untuk dicuba memudahkan anda merancang percutian di bandar ini.

Sejarah Di Sebalik Bandar Canterbury

Sebagai info, St Augustine telah diutus oleh Paus pada tahun 597 Masihi kepada bandar Canterbury untuk mengembalikan agama Kristian di selatan England.

Beliau mula membina sebuah biara yang runtuhannya masih kekal sehingga kini, selain mengasaskan gereja katedral pertama di England juga megah berdiri hari ini.

Selain itu, Canterbury turut menjadi tapak ziarah penting di Eropah selama lebih 800 tahun sejak pembunuhan Archbishop Thomas Becket pada tahun 1170.

Sehingga kini, UNESCO telah menganugerahkan status warisan dunia kepada sebahagian bandar itu, termasuk St Martin’s Church, St Augustine’s Abbey serta Canterbury Cathedral.

Menariknya, Cathedral yang mempunyai seni reka bina Norman mendominasi pemandangan ketika anda menghampiri bandar Canterbury, memberikan pengalaman seperti melawat bandar di zaman pertengahan dahulu.

Bagaimana Nak Ke Canterbury?

Canterbury sangat mudah untuk dilawati menerusi jalan raya atau menggunakan sistem kereta api berkat yang cekap.

Terdapat dua stesen kereta api yang terletak hanya 5 minit dari pusat bandar, memudahkan perjalanan anda untuk melawat Canterbury.

Jika anda gemar memandu, lebuh raya M2 menghubungkan terus dari London serta Pelabuhan Dover, lengkap dengan tiga kemudahan Park and Ride untuk lawatan sehari.

Anggaran masa perjalanan ke Canterbury dengan kereta pula adalah seperti berikut:

  • Dari Pelabuhan Dover: 20 minit
  • Dari Lapangan Terbang Gatwick: 70 minit
  • Dari Lapangan Terbang Heathrow: 90 minit

Selain itu, perjalanan kereta api dari stesen London St Pancras International ke Canterbury West hanya mengambil masa selama 54 minit sahaja.

Tambahan pula, perkhidmatan bas turut disediakan daripada Whitstable ke Canterbury (25 minit) serta Dover ke Canterbury (35 minit).

Sampai Di Canterbury, Lokasi Mana Yang Kids-Friendly?

#1. Menikmati Pemandangan Menyusuri Sungai Stour
Sungai Stour. (Foto: National Geographic)

Sebagai permulaan untuk bersiar di Canterbury, anda boleh meluncur menyusuri jantung bandar ini menggunakan bot sambil ditemani pemandu yang akan berkongsi pelbagai fakta menarik serta cerita unik.

Anda dapat berlayar melihat semua tarikan utama di sepanjang Sungai Stour, lengkap dengan pelbagai peluang untuk mengambil gambar cantik.

#2. Berkelah Di Westgate Gardens
Westgate Gardens. (Foto: Kelly In London)

Taman di tepi sungai ini pula begitu cantik sehingga ramai ingat gambarnya dihasilkan menggunakan kecerdasan buatan (AI).

Namun jangan risau, taman ini benar-benar wujud dan menjadi lokasi yang cukup sempurna untuk sesi berkelah bersama keluarga.

#3. Melihat Kedai Buku, The Crooked House
The Crooked House. (Foto: Expedia)

Jika ingin mengurangkan penggunaan skrin anak kecil, anda boleh bawa mereka ke The Crooked House yang merupakan sebuah syurga bagi pencinta buku terpakai.

Kedai ini terletak dalam bangunan tiga tingkat yang dibina sejak abad ke-17 kelihatan seakan hampir tumbang, tetapi masih teguh berdiri sehingga hari ini.

#4. Bersiar-siar Di Dover Castle
Dover Castle. (Foto: Historic UK)

Tak jauh dari Canterbury, Dover Castle merupakan sebuah kubu bersejarah yang pernah digunakan untuk operasi tentera laut British ketika Perang Dunia Kedua.

Malah, tapak bersejarah ini telah digunakan sejak beribu-ribu tahun lagi dari Zaman Besi sehingga Zaman Tamadun Rom yang membina sebuah rumah api terletak bersebelahan Dover Castle.

Dover Castle menawarkan pelbagai aktiviti menarik untuk anak-anak terokai seperti melihat kakitangan berpakaian kostum zaman pertengahan, cara bulu biri-biri diproses, bilik tidur dihiasi seperti kediaman diraja lengkap dengan permainan boleh dicuba.

#5. Meneroka Canterbury Roman Museum
Roman Museum. (Foto: Kent Attractions)

Antara muzium terbaik untuk bawa kanak-kanak di Canterbury ialah Roman Museum yang dibina di bawah tanah, mengelilingi runtuhan sebuah Rumah Bandar Rom.

Muzium ini seolah-olah membawa anda kembali semula ke zaman Rom sambil berjalan-jalan melihat persekitaran suasana.

Selain itu, anda berpeluang untuk lihat lantai mozek yang masih dipelihara dengan baik serta membolehkan anak-anak mencuba pakaian toga, cipta mozek, memegang artifak sebenar dan menggali harta karun.

5 Kedai Makan Halal Yang Boleh Cuba DI Canterbury

#1. Mr Falafel Canterbury
Mr Falafel. (Foto: Deliveroo)
  • Lokasi: St. Georges Street, Canterbury CT1 2LB England
  • Waktu Operasi: Buka setiap hari (kecuali Ahad) dari jam 10:30 pagi hingga 6:00 petang
#2. Mezze Grill
Mezze Grill. (Foto: Deliveroo)
  • Lokasi: 24 St Peters Street, Canterbury CT1 2BG England
  • Waktu Operasi: Buka setiap hari dari jam 12:00 petang hingga 11:00 malam
#3. Kashmir Tandoori
Kashmir Tandoori. (Foto: Deliveroo)
  • Lokasi: 20 Palace Street, Canterbury CT1 2DZ England
  • Waktu Operasi: Buka setiap hari dari jam 12:00 petang hingga 11:30 malam
#4. Syriano Afendi
Syriano Afendi. (Foto: Deliveroo)
  • Lokasi: Whitefriars Square, Canterbury England
  • Waktu Operasi: Buka setiap hari dari 10:00 pagi hingga 6:00 petang
#5. Efes Kebab & Pizza House
Efes Kebab & Pizza House. (Foto: Deliveroo)
  • Lokasi: 36 Northgate, Canterbury CT1 1BL England
  • Waktu Operasi: Buka setiap hari dari 3:00 petang hingga 3:00 pagi

Baca Artikel Berkaitan: Ini Sebab Kenapa Perth, Australia Semakin Menjadi Pilihan Ibu Bapa Bercuti Dengan Anak Kecil

Baca Artikel Berkaitan: Nak Bercuti Di Dolomites, Itali? Ini Panduan Lengkap Untuk First Timer


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd