Now Reading
Iconic Marjorie Hotel Tawar Pengalaman Sanrio Peranakan, Pertama Di ASEAN!

Iconic Marjorie Hotel Tawar Pengalaman Sanrio Peranakan, Pertama Di ASEAN!

Menerusi kolaborasi dengan Sanrio Southeast Asia, Iconic Marjorie Hotel turut menawarkan set Sweet Trio Afternoon Tea yang diinspirasikan dari watak Hello Kitty, Cinnamoroll dan Kuromi.

In Brief
  • Iconic Marjorie Hotel in Penang is the first hotel in Southeast Asia to offer a Sanrio Peranakan themed experience.
  • Guests can enjoy Sanrio Peranakan themed rooms featuring Hello Kitty, Cinnamoroll, and Kuromi, plus a Sweet Trio Afternoon Tea set.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sanrio merupakan satu syarikat lifestyle dan hiburan yang berasal dari Jepun, terkenal dengan watak-watak yang comel seperti Hello Kitty, Kuromi dan Cinnamoroll.

Karakter ikonik Sanrio kini menjadi kegilaan ramai peminat di dalam negara, bukan sahaja kanak-kanak tetapi juga dalam kalangan orang dewasa.

Lebih menarik lagi, apabila watak dari Jepun ini digabungkan dengan elemen-elemen tempatan, menghasilkan sesuatu yang lebih unik dan baharu.

Iconic Marjorie Hotel Tawar Pengalaman Sanrio Peranakan Pertama Di Asia Tenggara

Itulah yang ditampilkan oleh Iconic Marjorie Hotel apabila merasmikan pengalaman watak Sanrio bertemakan budaya Peranakan di hotelnya.

Ini sekali gus menjadikan hotel di Pulau Pinang itu penginapan pertama yang memperkenalkan karakter Sanrio Peranakan di Asia Tenggara.

Menerusi kolaborasi dengan Sanrio Southeast Asia itu, tetamu boleh memilih bilik bertema Sanrio Peranakan sama ada dengan watak Hello Kitty, Cinnamoroll dan Kuromi.

Majlis pelancaran telah diadakan pada 18 Julai lalu yang turut dihadiri Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow, Timbalan Ketua Setiausaha (Pelancongan) Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Chua Choon Hwa, Ketua Pegawai Operasi Sanrio Southeast Asia Kohei Imai dan Naib Presiden Pembangunan Hotel Marriott International bagi Asia Passifik Andree Susilo.

Orang ramai pasti teruja melihat watak Hello Kitty sekawan memakai pakaian Peranakan Baba Nyonya yang cukup sinonim dengan Pulau Pinang.

Kolaborasi Perkenalkan Watak Sanrio & Tampilkan Budaya Setempat

Dalam masa sama, Iconic Marjorie Hotel turut menawarkan merchandise rasmi Sanrio seperti tuala, produk mandian, alat tulis serta teko dan cawan yang boleh dibeli pengunjung.

Memetik The Star, Pengarah Eksekutif Iconic Marjorie Katherine Tan berkata, kolaborasi itu terjalin hasil hubungan empat tahun antara pihaknya dengan Sanrio.

Mereka pada mulanya bersama menghasilkan topeng muka perubatan berlesen sebelum berkembang ke gift set musim perayaan dan produk penjagaan bayi.

Tan berkata kolaborasi itu menggabungkan warisan Peranakan di Pulau Pinang dengan karakter Sanrio yang dikenali di seluruh dunia dalam industri perhotelan.

“​Ketika kami membangunkan visi untuk Iconic Marjorie Penang, sebuah hotel Peranakan Moden, kami melihat peluang untuk mencipta sesuatu yang benar-benar unik.

“Idea untuk kerjasama ini dicetuskan oleh Iconic dan Sanrio bersama-sama, iaitu untuk menggabungkan warisan Peranakan Pulau Pinang dengan watak-watak Sanrio kegemaran ramai dengan cara yang tidak pernah dilakukan sebelum ini,” kata Tan.

Bagi Kohei Imai, kolaborasi itu bertujuan untuk memperkenalkan cara baharu pengunjung dapat menikmati karakter Sanrio di samping menampilkan budaya Peranakan, selaras dengan visi Sanrio “One World, Connecting Smiles“.

Minum Petang ‘Bersama’ Watak Sanrio Dengan Sweet Trio Afternoon Tea

Bukan sahaja di bilik, malah hiasan Sanrio Peranakan turut ditampilkan dalam pengalaman minum petang di Iconic Marjorie Hotel.

Menerusi set Sweet Trio Afternoon Tea, pengunjung boleh menikmati menu à la carte khas yang diinspirasikan khas dari tiga watak utama Sanrio iaitu Hello Kitty, Cinnamoroll dan Kuromi.

Set minum petang ini bermula pada harga RM199 bagi dua orang dan tempahan meja boleh dibuat di talian 012-505 9530.

Maklumat lanjut dan tempahan bilik boleh dilakukan menerusi laman web rasmi Iconic Marjorie Hotel [DI SINI].


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd