Neko Neko Matsuri Di Pavilion Damansara Heights Tampilkan ‘Hujan Sakura’ Setiap Sabtu & Ahad
Neko Neko Matsuri merupakan sebahagian daripada Japan Festival 2026 yang akan berlangsung di Concourse, Pavilion Damansara Heights dari 1 Julai hingga 2 Ogos.
- Neko Neko Matsuri di Pavilion Damansara Heights menampilkan Hanafubuki Sakura Experience setiap Sabtu dan Ahad pada jam 12 tengah hari dan 5 petang.
- Pelbagai aktiviti dan bengkel berinspirasikan budaya Jepun turut dijalankan sepanjang festival berlangsung hingga 2 Ogos.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Peminat budaya Jepun dijemput untuk hadir ke Pavilion Kuala Lumpur, Pavilion Bukit Jalil dan Pavilion Damansara Heights bagi menyertai Japan Festival 2026 sepanjang bulan ini.
Bukan sahaja sebagai satu festival tradisional atau matsuri, Japan Festival 2026 turut mengetengahkan ikon anime dan manga, pengalaman membeli-belah yang menarik dan keindahan bunga sakura yang menakjubkan.
Neko Neko Matsuri Ubah Pavilion Damansara Heights Jadi Taman Bunga Sakura
Di Pavilion Damansara Heights, Japan Festival 2026 akan dijalankan menerusi Neko Neko Matsuri, sambutan yang diinspirasikan dari kecantikan musim bunga sakura dan kisah dongeng kucing Maneki Neko.
Bertempat di Concourse, Tingkat 2, Neko Neko Matsuri akan berlangsung dari 1 Julai hingga 2 Ogos ini.

Para pengunjung dapat menikmati keindahan musim bunga seperti di Jepun termasuk sambutan utamanya Hanafubuki Sakura Experience, di mana orang ramai akan dihujani dengan kelopak-kelopak bunga sakura.
Sambutan ini akan dijalankan setiap Sabtu dan Ahad, pada jam 12 tengah hari dan 5 petang sehingga 2 Ogos.
Bagi melengkapkan lagi pengalaman itu, para pengunjung juga boleh menggayakan pakaian tradisional Jepun, Yukata, yang boleh disewa daripada salah satu gerai.

Pelbagai Pameran Seni Inspirasi Jepun Dijalankan Di Neko Neko Matsuri
Selain itu, festival tersebut turut memaparkan pelbagai seni inspirasi Jepun lain seperti Pameran Origami, Ikebana dan lukisan anime.
Pengunjung juga dapat mendapatkan pelbagai produk budaya dan makanan Jepun yang ditawarkan sepanjang festival berlangsung.
Dalam kerjasama dengan Books Kinokuniya pula, orang ramai boleh menyaksikan pameran buku, hadiah dan barang koleksi Jepun terpilih yang meraikan warisan sastera dan budaya negara itu.
Orang ramai turut dijemput menyertai pelbagai bengkel dan aktiviti yang dijalankan termasuk:
- 11 dan 12 Julai (11.00am & 3.00pm) – Ikenobo Malaysia: Ikebana Demonstrations
- 11 dan 12 Julai (2.00pm & 4.00pm) – Ikenobo Malaysia: Ikebana Workshops
- 18 dan 19 Julai (10.00am – 7.00pm) – Speaking Competition with Japanese Costume oleh Ebright Academy
- 25 Julai (2.30pm) – Japanese-Inspired Journal Workshop oleh Quirkqing
- 26 Julai (11.00am & 2.00pm) – Leather Shashiko Workshop
- 1 Ogos (11.00am, 1.00pm, 2.00pm, 3.00pm & 4.00pm) – Japanese Matcha Workshop oleh OMI
- 2 Ogos (10.00am) – Yoga For Mums 6th Anniversary Family Day
Dalam masa sama, pengunjung di Pavilion Damansara Heights layak mendapatkan Lucky Bag eksklusif dengan belanja minimum RM300 dalam satu resit, selagi stok masih ada.

Pavilion Kuala Lumpur Tampilkan Ikon Anime Terkenal, Astro Boy
Di samping itu, Japan Festival 2026 turut diadakan di Pavilion Kuala Lumpur menerusi ‘Journey to Tokyo’ bagi meraikan ulang tahun ke-15 Tokyo Street dari 10 Julai hingga 2 Ogos.
Festival itu turut menampilkan ikon Astro Boy, dengan para peminat boleh menyertai sesi Meet & Greet di Tokyo Street dan Connection pada masa yang akan dimaklumkan kemudian.
Pengunjung juga boleh mengambil peluang untuk menggayakan Yukata secara percuma pada setiap Sabtu dan Ahad dari 18 Julai hingga 2 Ogos.
150 pelanggan pertama di Tokyo Street akan menerima warabimochi percuma, dengan 50 yang terawal akan membawa pulang Japanese Mystery Bag eksklusif.
Pelanggan Bertuah Di Pavilion Bukit Jalil Berpeluang Menang Pakej Pelancongan Ke Jepun
Di Pavilion Bukit Jalil pula, sambutan itu akan berlangsung menerusi festival ‘Konnichiwa Japan – Together, Here’ dari 1 Julai hingga 2 Ogos.
Pelanggan yang membelanjakan minimum RM300 dalam satu resit berpeluang menyertai Spend & Win Contest, dengan tiga pemenang bertuah akan menerima hadiah dalam bentuk pakej pelancongan ke Jepun selama 7 hari 6 malam untuk dua orang.

Kemuncak festival itu ialah pada 31 Julai hingga 2 Ogos, apabila Pavilion Matsuri 2026 diadakan di Center Court (Tingkat 2).
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.