Sistem Train Jepun Dipuji Seluruh Dunia, Tapi Kenapa Masih Ramai Pelancong Sesat?
Sistem kereta api di Tokyo sangat mengelirukan kerana melibatkan banyak laluan, platform, pintu keluar masuk dan warna.
- Tokyo's train system is world-renowned for efficiency, but overwhelming amounts of information make it genuinely confusing for foreign travellers.
- Not all trains on the same line stop at every station, so boarding the wrong service can take you far off your planned route.
- Using Google Maps is the easiest way to navigate, as it provides real-time platform numbers, train names, and arrival times.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Sesiapa yang pernah berkunjung ke Tokyo, Jepun pasti akan akui sistem kereta api di bandar itu antara yang paling efisien di dunia tetapi ia juga antara paling kompleks di dunia.
Perkara ini dikongsikan oleh pengguna di Threads, @nuyulhudayusof, yang berkata walaupun sudah pergi ke banyak negara, sistem kereta api di Tokyo masih sukar untuk difahami.
Menariknya, luahan itu mendapat perhatian ramai, ada yang berseloroh mengatakan jika anda boleh memahami pengangkutan awam di Tokyo, anda boleh survive di mana-mana.
Namun persoalannya, kenapa sistem yang terkenal dengan ketepatan masa dan kecekapan ini masih dianggap rumit dan kompleks bagi ramai pelancong?
View on Threads
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Pasangan Pelancong Asing Minta Tumpang Ke Taman Negara Undang Pelbagai Reaksi
Terlalu Banyak Maklumat Perlu Dibaca Dan Difahami

Kesukaran memahami kereta api di Tokyo bukan berpunca daripada sistem yang tidak tersusun.
Sebaliknya, ia berlaku kerana terlalu banyak maklumat perlu dibaca dalam satu masa seperti stesen yang ingin dituju, warna, kod stesen, nombor platform, arah perjalanan, jenis kereta api, pintu masuk keluar yang betul.
Di situlah cabarannya bermula dan untuk orang tempatan, perkara ini mudah kerana sudah diajar dari kecil.
Untuk pelancong seperti kita yang baru pertama kali menjejak kaki ke Tokyo, ia seperti data yang terlalu kompleks untuk diproses sebelum menaiki kereta api.
Ada Peta Tetapi Susah Untuk Dibaca

Dalam satu kajian mengenai sistem kereta api paling rumit dari Business Insider, Tokyo berada di belakang Paris dan New York dari segi tahap kerumitan. Penilaian itu bukan sekadar melihat jumlah stesen, tetapi juga jumlah sambungan dan maklumat yang perlu difahami ketika seseorang merancang perjalanan.
Dalam konteks Tokyo, peta yang diberikan tidak dinafikan sungguh cantik, tersusun dan dipenuhi dengan pelbagai warna tetapi tidak mudah untuk dibaca serta difahami
Masalahnya setiap warna, nombor dan kod membawa maksud tertentu dan jika tersalah faham salah satu elemen kecil ini boleh menyebabkan anda tersalah destinasi.
Tidak Semua Kereta Api Akan Berhenti Di Stesen Yang Sama
Satu perkara yang ramai pelancong terlepas pandang ialah tidak semua kereta api di laluan sama akan berhenti di setiap stesen.
Contohnya, kereta api local akan berhenti di semua stesen manakala, kereta api rapid atau express hanya berhenti di stesen tertentu sahaja.
Walaupun anda berada di platform betul, anda perlu memastikan kereta api yang bakal tiba itu akan berhenti di stesen tujuan anda dan di sinilah ramai orang mudah tersilap kerana mereka hanya melihat warna, arah perjalanan dan terus naik.
Sebaliknya, jika anda tersalah naik dan tidak berhenti di stesen yang anda ingin berhenti akan menyebabkan perjalanan jadi lebih jauh daripada dirancang.
Sebab itu, sebelum masuk, semak semula nama perkhidmatan, arah perjalanan dan senarai stesen yang akan dilalui dan jangan bergantung pada warna laluan semata-mata.
Pintu Masuk Dan Keluar Pun Ada Banyak Tau

Selain itu, memilih pintu keluar yang betul boleh menentukan sama ada perjalanan berjalan lancar atau berubah menjadi sesi marathon panjang.
Stesen besar seperti Shibuya, Shinjuku atau Tokyo mempunyai rangkaian bawah tanah sangat luas dengan banyak laluan, pintu keluar masuk serta sambungan ke bangunan berbeza.
Jika tersalah keluar, destinasi yang sepatutnya hanya beberapa minit berjalan kaki pun boleh terasa jauh.
Sistem Kereta Api Yang Sangat Rumit Kerana Bandarnya Sendiri Rumit

Untuk pengetahuan umum, sistem kereta api Jepun mula berkembang sejak akhir abad ke-19 bermula dengan laluan yang menghubungkan Tokyo dan Yokohama.
Sistem ini terus berkembang seiring dengan kemajuan serta pembangunan negara Jepun. Sistem kereta api mereka juga berbeza dengan Malaysia yang hanya bergantung kepada satu syarikat sahaja.
Di sana, anda boleh naik kereta api dari Toei, JR dan macam-macam lagi yang menyediakan laluan tersendiri untuk memudahkan pengguna bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain.
Ini antara sebab mengapa sistem pengangkutan di Jepun dianggap efisien
Google Maps Menjadi Panduan Utama Untuk Elak Sesat
Menurut artikel dari GaijinPot Blog, cara paling mudah untuk mengurangkan kekeliruan adalah dengan menggunakan Google Maps.
Aplikasi navigasi ini akan memaparkan maklumat penting seperti nama stesen, nombor platform, nama kereta api, waktu ketibaan dan laluan yang perlu diambil.
Maklumat ini perlu dipadankan dengan papan digital di platform stesen dan jika nama kereta api, waktu dan platform sama bermaksud anda sedang berada di kedudukan yang betul.
Jika berlaku sebarang kelewatan atau pembatalan, segala maklumat akan di kemas kini supaya anda tidak akan terlepas atau menaiki kereta api yang salah.
Kekeliruan ketika menggunakan kereta api di Tokyo tidak hanya melibatkan pelancong dari Malaysia, malah ia merupakan masalah biasa bagi pengunjung dari luar Jepun.
Apa yang penting ialah belajar memahami sistem mereka dahulu dan rajinkan diri untuk bertanya jika sesat, barulah dapat dijadikan pengalaman manis dalam kehidupan.
Baca Artikel Berkaitan: Malaysia Pecah Rekod Pelancongan, Terima 10.6 Juta Pelancong Dalam Suku Pertama 2026
Baca Artikel Berkaitan: Kuala Lumpur Raih Tangga Ke-2 Destinasi Popular 2025
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.



