Pulau Kapas, Pulau Pangkor & 4 Lagi Pulau Kid-Friendly Di Malaysia
Antara aktiviti yang sesuai untuk kanak-kanak apabila di pulau ialah snorkeling dan bermandi-manda di kawasan pantai yang cetek.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Salah satu destinasi yang menjadi pilihan ramai keluarga ialah kawasan pulau yang dikelilingi laut biru jernih.
Selain dapat menikmati angin laut yang sepoi-sepoi, orang ramai juga boleh snorkeling untuk melihat dasar pantai yang penuh dengan fauna semula jadi.
Namun bukan semua pulau sesuai untuk membawa si kecil, lebih-lebih lagi mereka yang masih bayi, kerana keadaannya yang lebih mencabar.
Baca Artikel Berkaitan: Ini 10 Taman Awam DBKL Dibuka Dari 5.30 Pagi Hingga 10 Malam, Sesuai Untuk Runners & Seisi Keluarga
6 Pulau Kid-Friendly Di Malaysia
Berikut kami kongsikan enam pulau terkemuka di dalam negara yang kid-friendly dan sesuai untuk seisi keluarga
#1. Pulau Pangkor, Perak
Pulau Pangkor merupakan salah satu pulau yang terkenal di Perak, lebih-lebih lagi dalam kalangan mereka yang berkeluarga.
Pengunjung boleh datang ke pulau tersebut dengan menaiki feri dari Jeti Marina Island, Lumut. Harga tiket pula serendah RM11.80 bagi perjalanan pergi balik.
Salah satu pantai tercantik di Pulau Pangkor ialah Pantai Teluk Belanga yang juga dikenali sebagai Emerald Bay kerana airnya yang kehijauan. Namun ia hanya boleh diakses oleh melalui Pangkor Laut Resort.
Antara tempat menarik yang harus dikunjungi apabila ke Pulau Pangkor ialah:
- Pantai Teluk Nipah
- Teluk Ketapang
- Pulau Sembilan
- Galeri Panorama Pangkor
- Masjid Terapung Pulau Pangkor
- Kota Belanda
- Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu
Anak-anak juga pasal seronok melihat burung enggang yang banyak berkeliaran di sekitar pulau!

#2. Pulau Kapas, Terengganu
Terletak di perairan Terengganu, orang ramai boleh menaiki bot dari Jeti Marang untuk ke Pulau Kapas dengan perjalanan sekitar 30 minit.
Harga tiket bot adalah sekitar RM25 ke RM50 bergantung kepada penyedia perkhidmatan dan pakej yang dipilih.
Memandangkan pulau ini kecil sahaja, ada yang berpendapat cukup juga jika pergi dan balik pada hari yang sama.
Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan di Pulau Kapas termasuk:
- Snorkeling di tepi pantai
- Snorkeling di Taman Laut
- Berenang di Blue Lagoon
- Berkayak
- Menonton fire show
- Menyaksikan sunset
- Mendaki ke Bukit Singa (namun kurang sesuai untuk kanak-kanak kecil)
Namun Pulau Kapas tidak sesuai dikunjungi sewaktu musim hujan di pantai timur iaitu sekitar November ke Mac, dan kebiasaannya ditutup kepada pengunjung.

#3. Pulau Perhentian, Terengganu
Satu lagi pulau yang terkenal di Terengganu, Pulau Perhentian terletak sekitar 20km dari Kuala Besut.
Terdapat beberapa pulau yang membentuk gugusan ini, dengan yang paling terkenal Pulau Perhentian Besar dan Pulau Perhentian Kecil.
Aktiviti yang paling digemari ramai apabila ke Pulau Perhentian ialah snorkeling kerana dapat melihat pelbagai jenis batu karang dan ikan yang memenuhi pantai sekelilingnya.
Pulau ini juga sesuai untuk si kecil kerana terdapat banyak kawasan perairan yang cetek dan selamat untuk mereka.

Foto: TikTok @perhentianeyzaa
#4. Pulau Redang, Terengganu
Juga terletak di Terengganu, orang ramai boleh ke Pulau Redang dengan menaiki bot dari Pulau Perhentian atau Jeti Marang.
Ia merupakan salah satu pulau terbesar dan tercantik di Malaysia, menjadikannya destinasi popular bagi mereka yang gemar snorkeling dan scuba diving.
Antara pantai yang terkenal di pulau ini ialah Pantai Lapan Beradik, Teluk Delima dan Turtle’s Bay.
Boleh dikatakan Pulau Redang antara pulau wajib untuk ibu ayah bawa anak-anak. Kalau bernasib baik, mereka boleh berjumpa dengan penyu!

#5. Pulau Tioman, Pahang
Terletak di Rompin, Pahang, Pulau Tioman boleh dikunjungi dengan menaiki feri dari Jeti Mersing (Johor) atau Jeti Tanjung Gemok (Pahang).
Jika Pulau Redang terkenal dengan penyu, ramai yang ke Pulau Tioman pula dengan harapan untuk melihat dolphin berenang di perairan tersebut.
Selain snorkeling di pulau-pulau sekeliling, orang ramai juga boleh membawa anak-anak berkunjung ke Pasir Panjang untuk berjumpa dan memberi makan kepada baby shark.
Terdapat juga air terjun di Kampung Asah yang menjadi tumpuan para pengunjung.

#6. Pulau Rawa
Satu lagi pulau yang wajib dikunjungi bersama keluarga ialah Pulau Rawa yang terletak di Mersing, Johor dan berhampiran Pulau Tioman.
Hanya terdapat dua resort di pulau tersebut iaitu Rawa Island Resort dan Alang Rawa Resort.
Memandangkan Pulau Rawa sedikit private, harga pakej yang ditawarkan di sana juga adalah lebih mahal berbanding pulau-pulau lain.
Jika anda ke Rawa Island Resort, si kecil pasti seronok kerana pantainya dilengkapi ‘taman tema mini’ yang termasuk gelongsor. Memang best!

Baca Artikel Berkaitan: Rakyat Malaysia Makin Suka Travel Ke Tempat ‘Hidden Gems’ — Hampir 80% Pilih Destinasi Luar Bandar
Tips Bawa Anak Naik Kapal Terbang
Jika anda perlu menaiki kapal terbang sebelum ke destinasi pulau pilihan, berikut kami kongsikan tips yang boleh dilakukan agar anak-anak tak cepat meragam ketika dalam perjalanan.
Ibu bapa memainkan peranan untuk mewujudkan persekitaran yang menyeronokkan dan selesa bagi si kecil, termasuklah dengan menyediakan:
- Pensil warna dan kertas
- Mainan
- Memuat turun kartun siap-siap pada peranti elektronik
- Snek kegemaran anak
- Anak patung kegemaran anak
- Selimut dan bantal agar lebih selesa
- Baju lebih sekiranya berlaku tumpahan makanan atau minuman
- Bawa juga keperluan bayi seperti minyak telon dan Vicks sekiranya mereka mengalami perut kembung
Boleh juga memilih tempat duduk di bahagian tingkap bagi anak-anak agar mereka ralit memerhatikan pemandangan awan di luar.
Baca Artikel Berkaitan: Nak Bawa Bayi Naik Kapal Terbang? Ini 5 Tips Mudahkan Perjalanan Anda
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.



