Now Reading
Melancong Ke Eropah Buat Kali Pertama? Ini Itinerari Beginner-Friendly

Melancong Ke Eropah Buat Kali Pertama? Ini Itinerari Beginner-Friendly

Siapa kata berjalan ke Eropah susah? Senang je sebenarnya!

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Melancong ke Eropah sering menjadi impian bagi ramai rakyat Malaysia.

Bandar-bandar ikonk seperti London, Paris, Munich dan lain-lain menawarkan pengalaman percutian sangat menarik dan sukar untuk dilupakan.

Data daripada Statista menunjukkan negara Eropah kekal menjadi tempat pelancongan satu dunia. Lebih dari 756 juta pelancong datang untuk bercuti di sini.

Baca Artikel Berkaitan: Tren MySawasdee KTM Sediakan Perjalanan Direct Dari KL Sentral Ke Hat Yai, Harga Bermula RM95

Kalau Travel Ke Eropah Buat Kali Pertama, Nak Mula Dari Mana Ke Mana?

Peta benua Eropah. (Foto: Pexels)

Tidak dinafikan, melancong ke Eropah buat kali pertama boleh jadi overwhelming.

Terlalu banyak negara, bandar, dan semuanya nampak cantik untuk dimasukkan dalam itinerari. Rugilah kalau tak lawat, kan?

Tapi untuk beginner, cara paling selamat ialah bermula dengan bandar-bandar utama yang mudah diakses, mesra pelancong dan mempunyai sistem pengangkutan yang senang difahami.

London, Paris & Amsterdam Sesuai Untuk Beginner
3 Bandar Ikonik, London, Paris, Amsterdam. (Foto: Pexels)

Bagi mereka yang mahu merasai highlight Eropah, gabungan bandar London, Paris dan Amsterdam antara laluan yang paling beginner-friendly.

Memang betul, tiga bandar ini popular serta dipenuhi dengan pelancong dan agak mahal berbanding destinasi lain.

Namun, ia popular bukan tanpa sebab! Setiap bandar menawarkan pengalaman berbeza daripada sejarah, seni bina, makanan dan budaya.

Paling penting, ketiga-tiga bandar ini mudah untuk berjalan kerana mempunyai sistem pengangkutan yang cekap.

Mulakan Perjalanan Anda Ke London, United Kingdom
Bandar London. (Foto: Pexels)

London sering menjadi pilihan baik untuk permulaan trip kerana bahasanya. Ia digunakan secara meluas dan kebanyakan tempatnya sudah biasa kita lihat di kaca tv.

Antara lokasi yang boleh dimasukkan dalam itinerari anda seperti:

  • Big Ben Tower
  • Westminster Abbey
  • Buckhingham Palace
  • Tower Bridge
  • Kensington Garden

Kalau mahukan pengalaman lebih santai, anda boleh singgah Borough Market, antara pasar tertua di bandar ini yang dipercayai sudah wujud sejak kurun ke 12.

Selain itu, jika anda kaki bola sepak, bolehlah singgahlah ke beberapa stadium kelab pasukan yang ada di bandar London.

Teruskan Perjalanan Ke Bandar Romantik, Paris Dengan Menaiki Eurostar
Mercu tanda Paris. (Foto: Pexels)

Dari London, anda boleh menaiki Eurostar ke Paris dengan perjalanan sekitar dua jam setengah.

Di Paris, fokusnya di sini lebih kepada seni, sejarah dan budaya. Antara lokasi yang boleh anda pergi:

  • Eiffel Tower
  • Lourve
  • Arc de Triomphe
  • Champs-Élysées
  • Notre Dame Cathedral
Istana Versailles. (Foto: Pexels)

Kalau ada masa lebih, anda wajib melawat Palace of Versailles. Ia merupakan istana raja Peranics ketika zaman kolonial dahulu. Istana ini mempunyai taman yang begitu cantik dan mewah tau.

Akhiri Perjalanan Anda Di Amsterdam
Bandar Amsterdam. (Foto: Pexels)

Dari Paris, perjalanan ke Amsterdam mengambil masa sekitar tiga jam dengan kereta api.

Bandar ini sesuai untuk dijadikan penutup kerana suasananya lebih romantik berbanding Paris!

Aktiviti popular yang sering dilakukan di sini:

  • Van Gogh Museum
  • Vondelpark
  • Rijksmuseum
  • Anne Frank House

Jangan lupa untuk menaiki bot menyusuri bandar ini atau berbasikal seperti penduduk tempatan. Pakai kasut selesa!

Ada Masa Lebih? Apa Kata Singgah Ke Berlin & Prague
Charles Bridge, Prague. (Foto: Pexels)

Jika tempoh percutian anda panjang, jangan lepaskan peluang untuk berjalan ke Berlin dan Prague.

Ibu kota Germany, di sini anda boleh melawat Berlin Wall, Brandenburg Gate atau meneroka Museum Island.

Dari Berlin, perjalanan ke Prague pula mengambil masa sekitar empat jam dengan kereta api.

Di Prague pula, lokasi menarik seperti Prague Castle, Vysehrad Castle dan Charles Bridge.

Itinerari Dah Siap, Tapi Bila Waktu Paling Sesuai Untuk Melancong Ke Eropah?
Musim bunga di London. (Foto: Pexels)

Waktu paling sesuai untuk melancong ke negara Eropah ialah waktu shoulder season, iaitu awal musim bunga atau lewat musim luruh.

Musim panas biasanya lebih sesak kerana ramai pelancong, manakala musim sejuk pula boleh membuatkan percutian anda kurang selesa kerana terlalu sejuk.

Shoulder season pengalaman percutian paling seimbang dari segi cuaca dan keselesaan untuk negara beriklim panas tropika seperti kita.

Berapa Lama Perjalanan Anda Ke Eropah Patut Anda Reserve?

Tempoh ideal untuk trip pertama ialah sekitar 10 – 14 hari. Tempoh ini cukup untuk merasai beberapa bandar berbeza tanpa terlalu tergesa-gesa.

Ini dapat memastikan anda tidak terlalu penat untuk mengejar satu destinasi ke destinasi yang lain.

Kemudian, cara paling mudah untuk bergerak di Eropah ialah menaiki sistem pengangkutan awam.

Ini kerana ia cukup efisien, cekap dan menepati masa serta mempunyai banyak stesen terletak di pusat bandar.

Ia juga akan memudahkan pengalaman melancong anda. Paling penting, jangan terlalu padatkan jadual perjalanan. Ambil masa dan nikmatilah pengalaman di setiap bandar untuk merasai sebuah percutian yang sukar dilupakan.

Baca Artikel Berkaitan: Cuaca Panas Melampau? Ini 3 Destinasi ‘Cool Down’ Paling Dicari Rakyat Malaysia – Agoda

Baca Artikel Berkaitan: Nak Ke Australia? Ini Tips Penting Untuk Mohon Visa


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd