Ini Sebab Kenapa Perth, Australia Semakin Menjadi Pilihan Ibu Bapa Bercuti Dengan Anak Kecil
Dari taman rekreasi, pantai & suasana nyaman, Perth dilihat sebagai destinasi utama untuk ibu bapa bersama anak kecil.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Tidak semua destinasi percutian popular ialah kids-friendly. Ada yang terlalu sesak, ruang berjalan terhad dan kurang sesuai untuk bawa anak kecil.
Sekaligus menjadikan pengalaman percutian tersebut pahit. Bagi yang single, perkara ini bukan isu yang besar.
Namun, bagi ibu bapa? Beberapa perkara perlu dipertimbangkan dengan teliti sebelum memilih destinasi percutian.
Pertama Kali Bercuti Dengan Anak Kecil? Ini Mungkin Lokasi Terbaik Untuk Anda Pilih
Masih ramai ibu bapa pening mencari destinasi percutian di luar negara yang kids-friendly.
Maklumlah, anak kecil mudah ragam bila berjalan terutama dalam penerbangan!
Menerusi laman Threads, seorang pengguna (@risatuty) berkongsi destinasi yang ideal iaitu Perth, Australia.
Dia turut berkongsi bahawa Perth memiliki banyak taman permainan, tempat bermain, pantai yang bersih, dan banyak lagi tarikan lain yang sesuai untuk kanak-kanak.
Selain itu, dia menyarankan anda yang mempunyai keluarga atau anak kecil untuk menyewa sebuah kereta bagi memudahkan anda bergerak dari satu destinasi ke destinasi yang lain.
View on Threads
Melalui perkongsian tersebut, ramai pengguna yang lain turut menyatakan pendapat yang sama.
Majoriti turut bersetuju bahawa Perth merupakan destinasi percutian yang ‘kids-friendly‘ dan penuh dengan lokasi menarik.
Contohnya, beberapa tempat yang disenaraikan di bawah:
#1. Kings Park & Botanic Garden

Kings Park merupakan antara taman terbesar yang ada di Australia Barat. Terkenal dengan lebih 3,000 spesies flora unik yang boleh anda bersama anak pelajari.
Bukan itu sahaja, anda bersama keluarga dapat menikmati permandangan bandar Perth yang menakjubkan.
Ditambah pula dengan alunan merdu Sungai Swan dan Canning. Pasti anak-anak akan gembira.
#2. Swan River

Terletak tidak jauh dari Kings Park, anda boleh menikmati sungai yang mengalir melalui bandar Perth.
Sungai ini terkenal dengan permandangan dan beberapa aktiviti yang digemari oleh orang tempatan di sini. Contohnya, berkelah di taman sepanjang sungai ini.
Selain itu, anda dapat melihat sekumpulan angsa hitam yang sangat sinonim di sungai ini.
#3. Cottesloe Beach

Menjadi pantai utama bagi penduduk tempatan selama lebih daripada 100 tahun. Pantai Cottesloe adalah sebuah pantai berpasir putih berukuran lebih dari 1 km.
Pantai ini sering dijadikan tempat untuk mandi, berkelah dan surfing sambil menikmati matahari terbenam di Lautan India.
Untuk ke sini pun tidak jauh dan mengambil masa kurang daripada 30 minit untuk memandu. Selain itu, terdapat bas dan tren yang boleh dinaiki jika malas memandu.
#4. Rottnest Island

Tidak jauh dari bandar Perth, terdapat sebuah pulau dikelilingi air biru jernih dan menjadi rumah kepada haiwan paling gembira di dunia, Quokka.
Quokka merupakan sebuah mamalia yang tinggal di pulau ini akan menyambut anda dengan penuh gembira. Jangan lupa untuk tangkap gambar bersama mereka juga tau.
Tambahan pula, anda boleh menaiki tren untuk mendaki Oliver Hill untuk melihat keseluruhan pemandangan pulau yang memukau ini.
#5. Queens Gardens

Dibuka pada tahun 1899 dan diberikan nama sempena Pemaisuri Victoria, taman ini cukup popular dalam kalangan penduduk dan pelancong. Terkenal dengan tasik yang dipenuhi dengan teratai, pelbagai pokok fauna memberikan suasana nyaman dan santai.
Tambahan pula, terdapat replika patung Peter Pan yang asalnya berada di Kensington Gardens di London.
Di samping itu, beberapa pengguna di Thread turut berkongsi pengalaman mereka bercuti di Perth.
Menurut seorang pengguna (@alyn_fathanah), durasi penerbangan ke Perth hanya mengambil masa bawah 5 jam sahaja. Berjalan di sini tenang dan tidak riuh seperti di bandar lain di Australia.
Dia turut menyarankan untuk berkunjung ke Perth pada bulan Ogos kerana suasana suhu yang sejuk dan nyaman memudahkan orang ramai untuk berjalan dan melakukan aktiviti bersama anak kecil.
View on Threads
Ini 5 Tempat Makan Halal Di Perth Yang Boleh Anda Bawa Keluarga
Bila dah jalan-jalan, mesti lapar kan? Tapi persoalan ‘Nak makan dekat mana’ sering menjadi soalan paling sukar untuk dijawab tak kiralah di mana kita berada.
Jadi di sini kami senaraikan beberapa restoran halal yang boleh anda bawa keluarga untuk menjamu selera.
#1. Kailis’ Fishmarket Cafe

- 46 Mews Rd, Fremantle WA 6160, Australia
- Waktu operasi: Dibuka setiap hari pada jam 10:30 pagi sehingga 8:00 malam
#2. Santai-Santai Cafe Perth

- 1018 Albany Hwy, East Victoria Park WA 6101, Australia
- Waktu operasi: Dibuka setiap hari dari jam 11:30 pagi sehingga 8:30 malam pada hari Isnin hingga Jumaat, dari jam 09:00 pagi hingga 08:30 malam pada hari Sabtu dan Ahad.
#3. Lord of the Fries

- Shop 2/189 William St, Northbridge WA 6003, Australia
- Waktu operasi: DIbuka setiap hari pada jam 11:00 pagi sehingga 10:00 malam pada hari Isnin, Selasa. Jam 11:00 pagi sehingga 11:00 malam pada hari Rabu, Khamis, Jam 11:00 pagi sehingga 2:30 pagi pada hari Jumaat, Sabtu, Jam 10:30 pagi sehingga 11:00 malam pada hari Ahad.
Selamat berjalan!
Baca Artikel Berkaitan: Sedekad Laluan KL–Perth, Batik Air Umum Tambah Penerbangan Disember Ini
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Rakyat Malaysia Jual Sate Di Australia, Raih Jualan Hingga 400 Batang Dalam Tempoh 3 Jam
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.



