Now Reading
Ombak Villa Langkawi Buka Dua Tarikan Baharu, Piknik & Sky Lounge Rooftop Bistro

Ombak Villa Langkawi Buka Dua Tarikan Baharu, Piknik & Sky Lounge Rooftop Bistro

Dengan pembukaan ini, OVL menegaskan misinya untuk bukan sekadar menjadi resort, tetapi sebuah destinasi yang menghubungkan komuniti, pelancong, serta keindahan Langkawi dalam satu pengalaman bermakna.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Ombak Villa Langkawi (OVL), sebahagian daripada portfolio hospitaliti M K Land Holdings Berhad, memperluas pengalaman kulinari dan riadahnya dengan dua pembukaan baharu: Piknik @ Senja dan Sky Lounge | Rooftop Bistro @ Kuala Melaka Inn (KMI).

BACA JUGA: MK Land Perkenalkan ‘Senja’, Ruang Event Dengan Latar Belakang Sunset

Kedua-dua tarikan ini mengukuhkan komitmen OVL untuk menawarkan pengalaman yang lebih segar buat tetamu, sambil membuka ruang kolaborasi bersama komuniti tempatan daripada kopi artisan tepi pantai hingga malam penuh energi di ‘rooftop’ menghadap Laut Andaman.

Piknik @ SENJA

Foto: Momen santai menikmati kopi artisan sambil menyaksikan matahari terbenam berlatar Gunung Machinchang.

Itulah pengalaman yang ditawarkan di Piknik @ SENJA, hasil kerjasama dengan kafe tempatan popular, Halaman.1295.

Dibuka setiap Jumaat hingga Ahad pada jam 5.30pm hingga 8.30pm, ruang ini menjadi simbol kolaborasi komuniti serta sokongan OVL terhadap pertumbuhan inklusif dan lestari.

Sky Lounge | Rooftop Bistro @ KMI

Terletak di tingkat enam KMI, Sky Lounge | Rooftop Bistro menampilkan pemandangan panoramik Padang Mat Sirat dan Laut Andaman.

Dengan menu istimewa sentuhan cef OVL pada harga mesra, ruang ini dibuka setiap hari kecuali Rabu pada jam 6pm hingga 11pm.

Majlis pelancaran diserikan dengan Malam Pesta Muda Mudi, sebuah penghormatan kepada legasi seni Tan Sri P. Ramlee diikuti pelbagai malam bertema termasuk Merdeka Countdown Rooftop Party pada 30 Ogos.

Nazri Tumin, Timbalan Ketua Pegawai Operasi M K Land berkata, “Pelancaran Piknik dan Sky Lounge bukan sekadar menambah pilihan riadah, tetapi membuka perspektif baharu untuk menikmati pesona Langkawi.

“Kami mahu OVL berkembang sebagai pemangkin utama dalam memperkayakan landskap pelancongan yang lestari, sejajar dengan visi LADA dan aspirasi negeri serta negara”.

Dengan pembukaan ini, OVL menegaskan misinya untuk bukan sekadar menjadi resort, tetapi sebuah destinasi yang menghubungkan komuniti, pelancong, serta keindahan Langkawi dalam satu pengalaman bermakna.

Mengenai SENJA & Kuala Melaka Inn

Senja by Ombak Villa Langkawi (SENJA): Ruang acara pertama di Langkawi yang menghadap laut, dengan kelestarian sebagai teras utama. Diperakui Gangsa oleh GreenRE, SENJA dilengkapi ciri mesra alam seperti panel solar, tadahan air hujan, pengudaraan semula jadi, sistem penyejukan pasif serta penggunaan bahan lestari.

Fasad kaca yang luas bukan sahaja menjimatkan tenaga, malah memberikan pemandangan laut yang terbentang tanpa halangan. Dengan kapasiti sehingga 400 tetamu di dalam dan 300 di luar, SENJA sesuai untuk majlis intim mahupun acara berskala besar.

Kuala Melaka Inn (KMI): Pilihan penginapan bajet bersebelahan Ombak Villa Langkawi, dengan 60 bilik dan kadar harga bermula serendah RM80. Memberi pengalaman selesa dan berpatutan tanpa menjejaskan kualiti, KMI menjadi pilihan ideal untuk percutian keluarga, rombongan berkumpulan atau pengembara yang mencari nilai terbaik.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd