Now Reading
Cuaca Panas Melampau? Ini 3 Destinasi ‘Cool Down’ Paling Dicari Rakyat Malaysia – Agoda

Cuaca Panas Melampau? Ini 3 Destinasi ‘Cool Down’ Paling Dicari Rakyat Malaysia – Agoda

Kajian Agoda menunjukkan peningkatan ketara dalam carian destinasi sejuk dan berpantai oleh pelancong tempatan musim panas ini.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Musim panas kali ini terasa luar biasa. Suhu tinggi dan kelembapan yang membahang dijangka berterusan sehingga September, dan ramai di kalangan rakyat Malaysia memilih untuk ‘melarikan diri’ bukan ke pusat beli-belah berhawa dingin, tetapi ke destinasi pantai yang menyegarkan.

Menurut data carian dari platform pelancongan digital Agoda, terdapat peningkatan ketara sebanyak 35% dalam carian untuk destinasi pantai pada bulan Mei 2025 (bagi tempahan antara Jun hingga Ogos), berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya (2024).

Ini menunjukkan trend percutian ‘lari dari bahang’ semakin hebat dalam kalangan pelancong tempatan yang inginkan suasana berangin, tenang dan sejuk secara semula jadi.

3 Destinasi Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Menyejukkan Badan

Tiga destinasi yang mencuri tumpuan tahun ini ialah Semporna, Kuala Terengganu, dan Pulau Tioman.

#1. Semporna, Sabah

Destinasi di Sabah ini mencatatkan peningkatan carian tertinggi, sebanyak 38%. Terkenal dengan laut yang membiru dan penginapan atas air, Semporna bukan sekadar cantik di mata, tetapi juga menyejukkan jiwa.

Antara tarikan utama ialah aktiviti snorkeling dan skuba diving di sekitar Mabul, Kapalai, dan terumbu karang Sipadan yang sangat ikonik. Semporna menawarkan pengalaman ‘cool down’ sebenar bukan hanya dari angin laut, tetapi dari keheningan bawah laut yang memukau.

Sumber: Freepik
#2. Kuala Terengganu

Dengan peningkatan carian sebanyak 37%, Kuala Terengganu kekal sebagai permata Pantai Timur yang semakin mendapat perhatian. Ramai pelancong memilih lokasi ini bukan hanya untuk pantainya yang tenang, tetapi juga kerana kekayaan warisan budaya dan suasana tempatan autentik.

Dari persembahan seni di Pantai Batu Buruk, ke pasar tepi laut yang meriah, sehingga perkampungan membuat bot tradisional semuanya memberikan pengalaman bercuti yang penuh nilai dan memori.

Sambil meneguk air kelapa segar di tepi pantai, pengunjung boleh menikmati hembusan bayu Laut China Selatan yang memang menyamankan.

Sumber: Visit Malaysia
#3. Pulau Tioman, Pahang

Pulau Tioman pula menunjukkan peningkatan carian sebanyak 27%. Lokasi ini terus menjadi pilihan pelancong yang mahukan ketenangan, jauh dari hiruk-pikuk bandar. Apa yang menarik, banyak pusat peranginan di sini terletak di tengah hutan hujan tropika, menawarkan suasana redup dan nyaman secara semula jadi.

Aktiviti seperti merentas hutan, mandi di kolam air terjun semula jadi (seperti Air Terjun Asah), atau sekadar berehat di vila atas air menjadikan Tioman tempat bersembunyi yang ideal ketika cuaca panas melanda.

Sumber: Agoda

Untuk maklumat lanjut dan tawaran terkini, lawati laman web Agoda [DI SINI] atau muat turun aplikasi mudah alih Agoda di IOS dan juga Google Play.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd