Kuching Tersenarai Antara Destinasi Musim Panas Paling Murah Di Asia – Agoda
Untuk makluman, senarai ini disusun hasil daripada analisis Agoda yang melihat purata kadar bilik bagi sepuluh destinasi paling popular di sembilan pasaran sekitar Asia.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Berdasarkan data terkini dari platform pelancongan digital Agoda, Kuching berjaya merampas semula gelaran ini daripada Kuala Terengganu yang mendahului pada musim sebelumnya (April hingga Mei).
Dengan kadar purata penginapan sekitar RM227.64 satu malam, Kuching sekali lagi membuktikan bahawa “bagai sirih pulang ke gagang”, ia tetap menjadi pilihan utama bagi percutian bajet rakyat Malaysia.
Surabaya Tampil Sebagai Destinasi Paling Bajet Peringkat Asia
Melihat kepada senarai di peringkat Asia, Surabaya, Indonesia muncul sebagai destinasi paling bajet, dengan kadar purata hanya RM150.33 satu malam, diikuti oleh Tirupati, India (RM158.92) dan Hat Yai, Thailand (RM167.51).
Menurut Fabian Teja selaku Pengarah Negara Agoda untuk Malaysia dan Brunei, “Data Agoda kali ini jelas membuktikan bahawa ramai pelancong masih bijak memilih destinasi yang bukan sahaja menarik, malah mesra poket.
“Sama ada meneroka lorong-lorong bersejarah di Kuching, menikmati sajian jalanan di Hat Yai atau menyelami keunikan budaya di Tirupati, semuanya memberi peluang untuk mencipta kenangan tanpa membuat dompet menangis,” ujarnya.
10 Destinasi Paling Popular Di Sembilan Pasaran Utama Asia
#1. Surabaya, Indonesia (RM150.33)
Surabaya cukup dikenali dengan sejarahnya yang panjang dan budayanya yang penuh warna. Berjalan di sekitar kota ini, anda boleh menikmati keindahan seni bina bersejarah, merasai suasana pasar yang meriah, dan tentunya mencuba aneka hidangan jalanan yang menggoda selera.
Selain itu, Surabaya juga sering menjadi pintu masuk utama buat mereka yang ingin meneroka keindahan alam sekitar seperti Gunung Bromo dan Pulau Madura.
#2. Tirupati, India (RM158.92)
Tirupati, yang terkenal dengan Kuil Venkateswara, memang menjadi tempat tumpuan buat mereka yang ingin menenangkan jiwa. Namun seperti kata pepatah, ‘sambil menyelam minum air’, kunjungan ke sini bukan sekadar untuk beribadat sahaja.
Tirupati turut menjanjikan pengalaman budaya yang indah dengan festival yang meriah, alunan muzik tradisional yang mendayu, dan sajian masakan India Selatan yang mampu membuka selera sesiapa sahaja.
#3. Hat Yai, Thailand (RM167.51)
Terkenal dengan pasar yang sentiasa hiruk-pikuk, Hat Yai sememangnya destinasi serba lengkap. Selain suasana bandar yang penuh warna, kota ini juga menjadi pintu masuk ke pantai dan pulau-pulau cantik di sekitarnya. Sesuai untuk anda yang ingin menikmati keindahan alam dan keseronokan kota dalam satu perjalanan.
BACA JUGA: Mekyun Kongsi 4 Tempat Makan Halal & Murah Di Hat Yai
#4. Dalat, Vietnam (RM193.28)
Tersembunyi di Tengah Tanah Tinggi, Dalat memang terkenal dengan cuaca sejuk, pemandangan cantik dan bangunan gaya kolonial Perancis yang penuh pesona. Kalau anda jenis yang suka ‘cuci mata sambil hirup udara segar’, boleh cuba aktiviti seperti mendaki, berbasikal atau jalan-jalan di taman bunga yang penuh warna.
#5. Iloilo, Filipina (RM201.87)
Iloilo menjanjikan gabungan menarik antara tinggalan sejarah, pantai yang memukau dan pilihan makanan tempatan yang menyelerakan. Di sini, anda boleh menjejak kaki ke gereja kolonial Sepanyol yang berusia ratusan tahun, menikmati hidangan tempatan yang unik, dan beristirahat di pantai-pantai indah di pulau-pulau berhampiran.
#6. Kuching, Malaysia (RM227.64)
Lebih daripada sekadar bandar, Kuching adalah lambang keharmonian pelbagai kaum di Malaysia. Dari taman negara, muzium warisan, hingga ke pasar kek lapis – semuanya ada.
BACA JUGA: Sarawak Just Dropped The Mic On Higher Education: Free University For All Its People
#7. Nagoya, Jepun (RM386.55)
Nagoya penuh dengan pengalaman menarik untuk para pengembara. Dari Istana Nagoya yang ikonik hinggalah ke Muzium Peringatan Toyota yang sarat dengan sejarah industri. Bagi penggemar makanan, jangan lepaskan peluang menikmati hidangan terkenal di sini iaitu hitsumabushi, nasi bersama belut panggang yang cukup menggoda selera. Buat kaki shopping pula, kawasan membeli-belahnya yang sentiasa sibuk pasti membuatkan anda rambang mata memilih.
#8. Kaohsiung, Taiwan (RM386.55)
Kaohsiung, sebuah bandar pelabuhan yang penuh warna-warni, menawarkan gabungan menarik antara warisan budaya, pasar malam yang meriah dan lokasi indah seperti Lotus Pond yang terkenal. Bagi anda yang ingin merasai keunikan selatan Taiwan, Kaohsiung sememangnya destinasi yang tidak menghampakan.
#9. Daejeon, Korea Selatan (RM399.44)
Daejeon menawarkan gabungan tarikan moden dan keindahan alam semula jadi. Antara lokasi yang wajib dikunjungi termasuklah Expo Science Park dan Yuseong Hot Springs yang cukup popular. Dengan taman-taman hijau dan muzium yang menarik, Daejeon sesuai untuk percutian bersama keluarga mahupun buat yang ingin mengembara secara solo.

Data ini diambil daripada tempahan yang dibuat antara Mac hingga Mei 2025, dengan tarikh daftar masuk antara 1 Jun hingga 31 Ogos 2025. Harga yang dikongsikan ini adalah purata, jadi ia mungkin berubah mengikut masa. Sebagai rujukan, kadar tukaran mata wang diambil daripada Wise.com pada 23 Jun 2025.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.
I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer & Assistant Editor.