Nak Ke Australia? Ini Tips Penting Untuk Mohon Visa
Pendek kata, kalau nak jalan-jalan ke Australia, kena buktikan yang duit dalam akaun bank mencukupi.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Umum sedia maklum bahawa sesetengah negara mewajibkan visa ke atas pelancong yang ingin berkunjung ke tanah airnya.
Oleh itu, sebelum berkunjung ke sesebuah negara berkenaan, anda haruslah membuat permohonan visa dengan kelulusan tertakluk kepada pihak imigresen negara tersebut.
Permohonan yang tidak lengkap boleh menyebabkan anda gagal mendapatkan visa, seterusnya menyebabkan kerugian lebih-lebih lagi jika sudah membuat tempahan berkaitan lebih awal.
Baca Artikel Berkaitan: Tiada Kerja Tetap, Influencer Dedah Rugi RM888 & Permohonan Visa Ke Amerika Syarikat Ditolak
Baca Artikel Berkaitan: Malaysia Terkecuali Daripada Senarai 14 Negara Dikenakan Larangan Visa Sementara Arab Saudi
Wanita Kongsi Cara Buat Permohonan Visa Ke Australia
Salah satu negara yang mewajibkan rakyat Malaysia membuat permohonan visa ialah Australia.
Menerusi laman Threads (@azirahalyanie), seorang wanita telah berkongsi cara membuat permohonan visa ke negara itu serta tips agar ia diluluskan.
Dia juga mengingatkan orang ramai agar membuat permohonan visa terlebih dahulu sebelum membeli tiket penerbangan. Ini bagi mengelakkan sebarang kerugian sekiranya permohonan tersebut ditolak.
Menurutnya, permohonan visa perlu dilakukan menerusi aplikasi Australia Electronic Travel Authority (ETA) dan laman web rasmi imigresen Australia.
Permohonan menerusi aplikasi bagaimanapun hanya terpakai bagi sesetengah negara sahaja. Menerusi aplikasi tersebut, pengguna perlu mengimbas pasport dan mengambil gambar ‘selfie’.
Dia bagaimanapun berkata rakyat Malaysia kebiasaannya hanya membuat permohonan visa di laman web dengan langkah-langkah di bawah:
- Daftar ImmiAccount.
- Isi borang dalam talian.
- Muat naik dokumen sokongan seperti sijil lahir dan penyata bank.
- Bayaran dikenakan sekitar RM80 ke RM90 seorang.
Sekadar info, jenis visa bagi rakyat Malaysia yang ingin berkunjung ke Australia bagi tujuan percutian ialah Electronic Travel Authority (Subclass 601).

Isi Borang Dengan Tepat, Nyatakan Alamat Tempat Tinggal Di Sana
Wanita itu kemudiannya menyenaraikan tips penting ketika membuat permohonan visa ke Australia agar mudah mendapat kelulusan.
Ketika mengisi borang, jangan tinggalkan atau palsukan sebarang maklumat. Sebagai contoh, pastikan pendapatan yang diterima dinyatakan dengan betul.
Isikan alamat tempat tinggal yang dirancang seperti hotel atau homestay walaupun masih belum membuat apa-apa tempahan.
Walaupun tiket penerbangan belum dibeli, namun tetapkan tarikh perjalanan yang dirancang termasuk tarikh pergi ke Australia dan balik semula ke tanah air.
Berdasarkan pengalamannya, permohonan visanya telah diluluskan dalam masa sembilan hari.

Tunjukkan Komitmen Di Malaysia Sebagai Bukti Kukuh
Di samping itu, boleh juga dedahkan komitmen di tanah air bagi menunjukkan bahawa anda pasti akan pulang semula ke Malaysia dan tidak bertujuan untuk mencari kerja di Australia.
Bagi mereka yang bekerja, tunjukkan surat pengesahan tempat kerja. Manakala individu yang memiliki perniagaan boleh menyatakan perincian perniagaan seperti nombor pendaftaran SSM.
Jika anda sudah berkahwin dan berkeluarga, jangan lupa untuk muat naik juga sijil nikah serta sijil lahir anak-anak.
Anda juga seeloknya menunjukkan bukti mempunyai dana yang mencukupi dengan memuat naik penyata bank, sebaiknya bagi tempoh tiga bulan.

Senaraikan Dokumen Tambahan Sebagai Bukti Ke Australia Untuk Bercuti
Selain itu, dia turut berkongsi contoh dokumen yang boleh dimuat naik bagi menunjukkan bahawa anda hanya ke Australia untuk bercuti dan bukan demi mencari kerja. Antara dokumen yang boleh disenaraikan ialah:
- Itinerari percutian
- Tiket kemasukan ke tempat tarikan jika ada
- Tarikh penerbangan pulang
- Bukti komitmen di Malaysia
Menurutnya, pihak imigresen Australia pasti akan menyemak jumlah wang di dalam akaun bank. Jadi jika tiada sebarang duit atau baki seperti tidak mencukupi, ia pasti akan menimbulkan keraguan bahawa anda ke Australia bagi tujuan mencari kerja.
Dia yang mempunyai perniagaan juga berkata turut merangkumi alamat kedai dan Google Business sebagai bukti mempunyai komitmen di dalam negara.
Tambahnya lagi, permohonan visa yang telah diluluskan akan dihantar menerusi alamat e-mel anda. Anda juga boleh menyemak status permohonan tersebut di laman web rasmi.
View on Threads
Australia Ketatkan Permohonan Visa Rakyat Malaysia Kerana Ramai Yang ‘Overstay’
Sekitar Mac tahun lalu, Australia telah memperketatkan permohonan visa oleh rakyat Malaysia.
Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia Danielle Heinecke berkata, hal ini adalah kerana rakyat Malaysia menjadi bilangan ‘overstay’ tertinggi di Australia.
“Malaysia mempunyai bilangan tinggal lebih masa tertinggi yang datang menggunakan visa pelancong, dan itu telah berlaku sejak sekian lama,” katanya.
Melalui perubahan tersebut, rakyat Malaysia yang ingin ke negara itu perlu mengemukakan lebih banyak dokumen berbanding sebelum ini.
Untuk info, permohonan visa bukan hanya diperlukan untuk berkunjung ke Australia. Semak keperluan visa untuk ke negara-negara lain [DI SINI].
Baca Artikel Berkaitan: “Bilangan Overstay Tertinggi” – Permohonan Visa Rakyat Malaysia Ke Australia Diperketatkan
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.