Agoda Dedah 3 Lokasi Travel Paling Popular Di Malaysia Yang Jadi Tumpuan Warga Eropah
Menurut dapatan Agoda, tiga lokasi dengan carian tertinggi oleh pelancong asing adalah Kuala Lumpur, Pulau Perhentian dan juga Langkawi.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Platform pelancongan digital, Agoda mengumumkan bahawa Malaysia kekal sebagai destinasi Asia ke-4 dengan carian tertinggi oleh pelancong Eropah untuk tahun kedua berturut-turut, menjelang cuti musim panas di Eropah.
Thailand, Indonesia, dan Jepun meraih kedudukan tiga teratas, manakala Vietnam muncul buat kali pertama di tempat kelima dalam senarai tersebut.

Sebagai info, laporan daripada laporan Agoda ‘Trend Percutian Musim Panas Eropah ke Asia’ adalah berdasarkan carian penginapan untuk percutian pada bulan Julai dan Ogos, iaitu bulan kemuncak cuti musim panas bagi pelancong Eropah.
Di antara destinasi popular, Malaysia mencatatkan peningkatan tertinggi, dengan kenaikan 20% dalam carian berbanding tahun lepas.

China yang mendapat manfaat daripada pengecualian visa diperkenalkan untuk beberapa pasaran Eropah, menunjukkan peningkatan 14%, manakala Sri Lanka meningkat sebanyak 13%.
Perancis, Itali, Sepanyol, United Kingdom, dan Netherlands kekal sebagai lima pasaran Eropah yang menjana carian tertinggi untuk perjalanan ke Malaysia, dengan sedikit perubahan kedudukan apabila Sepanyol mendahului UK berbanding tahun lepas.
Sementara itu, Perancis (+95%), Republik Czech (+95%), dan Poland (+74%) mencatatkan peningkatan carian tahun tertinggi, mencerminkan minat dan daya tarikan Malaysia yang semakin menyerlah dalam kalangan pelancong Eropah.

3 Lokasi Carian Tertinggi Oleh Pelancong Ketika Bercuti Di Malaysia
Kalau anda nak tahu, destinasi pelancongan di Malaysia dengan carian tertinggi adalah Kuala Lumpur, Pulau Perhentian dan Langkawi.
Buat mereka yang merancang untuk bercuti ke tiga-tiga lokasi tersebut, di sini kami kongsikan beberapa tempat menarik dan popular yang perlu dikunjungi. Antaranya:
#1. Kuala Lumpur
Apabila sebut sahaja Malaysia, sudah tentu anda akan terbayang bandar Kuala Lumpur di minda. Lokasi tarikan pelancong ini merupakan sebuah pusat ekonomi membangun yang pesat dengan kemajuan infrastruktur dan ekonomi.
Selain itu, bandar yang gah ini juga mempunyai pelbagai tempat menarik yang anda boleh lawati bersama keluarga tercinta atau rakan-rakan anda.
- Skybridge, KLCC
Sekiranya anda berhasrat untuk melawat bangunan ikonik dan mercu tanda, Menara Berkembar Petronas (KLCC) adalah tempatnya. Di sana, anda boleh menikmati pemandangan ibu kota dan mengunjungi Skybridge.

Harga tiket bermula dari RM35 untuk dewasa dan RM17 bagi kanak-kanak (warganegara Malaysia).
- Waktu Operasi: 9AM-9PM (Selasa hingga Ahad)
- Alamat: 201A-C, Jln Ampang, Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

- Aquaria KLCC
Berkeluasan 60,000 kaki persegi, Aquaria KLCC adalah salah satu tarikan menarik di Kuala Lumpur kerana anda boleh melihat pelbagai jenis haiwan laut. Buat mereka yang tidak tahu, Aquaria KLCC juga menjadi rumah kepada lebih 5,000 spesis hidupan akuatik serta daratan.

Lokasi ini sesuai dikunjungi oleh semua golongan umur dari kanak-kanak hinggalah orang dewasa. Ibu bapa yang nak bawa anak-anak kecil ke sini pun tiada masalah.
Harga tiket boleh dirujuk [DI SINI].

- Waktu Operasi: 10AM-8PM (Setiap hari)
- Alamat: Kuala Lumpur Convention Centre, Jalan Pinang, Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur
Alang-alang berada di sana, jangan lupa singgah ke Kampung Baru kira-kira 1.3 kilometer (KM) dari Aquaria KLCC bagi mencari sarapan pagi, makan tengahari, atau makan malam.
Buat geng foodie, Kampung Baru menawarkan pelbagai kedai makan viral dan menyelerakan. Apabila berkunjung ke sana, boleh lah masukkan port-port ini dalam senarai!

- Bubur Lambok & Gerai Pak Hassan
- Nasi Lemak Wanjo
- BP Baryani Kampung Baru
- Suraya Seafood Thai
- Sambal Bakar Malaya
- WhiteButter.KL
- Masakan Padang Asli
- REXPERIENCE KL
REXPERIENCE (RXP) adalah galeri seni digital imersif yang terletak di bekas pawagam REX Cinema di REXKL, tengah Kuala Lumpur.
Tempat ini sesuai buat anda yang mahukan percutian yang santai. Mana tidaknya, lepas puas berjalan di ibu kota, sudah tentu anda mahu pergi ke lokasi yang lebih aman pula.

REXPERIENCE menyediakan pengalaman seni audio‑visual yang mendalam menggunakan teknologi seperti Unreal Engine, TouchDesigner, lidar, sistem audi spatial dan real‑time projection.
Peminat seni wajib datang ke sini!

Harga tiket adalah RM60 bagi dewasa untuk pameran biasa, manakala RM80 untuk sesi dengan persembahan langsung. Diskaun pula akan diberikan kepada pelajar, warga emas, Orang Kurang Upaya (OKU) dan kanak-kanak.
- Waktu Operasi: 10AM-10PM (Setiap hari)
- Alamat: 80, Jalan Sultan, City Centre, 50000 Kuala Lumpur
Baca Artikel Berkaitan: Kuala Lumpur Raih Tangga Ke-2 Destinasi Popular 2025
#2. Pulau Perhentian
Terletak di negeri Terengganu, Pulau Perhentian menjadi antara lokasi dengan carian tertinggi buat mereka yang melancong ke Malaysia. Di sana, anda boleh menikmati pemandangan laut kehijauan dan hidupan marin yang cantik.
Untuk info, tempoh lawatan terbaik ke Pulau Perhentian adalah dari bulan Mac hinggalah Oktober.

Kebiasaannya pelancong akan ‘island hopping’ ke pulau-pulau kecil di sana bagi meneroka sebanyak aktiviti yang boleh iaitu di Pulau Rawa, Tokong Burung, dan Latar Air Berani.
Lokasi tarikan pelancong di sana pula adalah:
- Kampung Pasir Hantu
Kampung Pasir Hantu adalah sebuah perkampungan nelayan yang terletak di Pulau Perhentian Kecil. Di sana, anda boleh melihat kehidupan laut dan rutin harian penduduk tempatan.
Lokasi ini lebih tertumpu kepada pemandangan cantik serta udara segar. Kalau anda nak ber-OOTD bersama air laut bak kristal, di sinilah tempatnya.
- Alamat: Kampong Pasir Hantu, Pulau Perhentian Kecil, Besut, Terengganu

- Turtle Bay
Terletak tidak jauh dari Teluk Pauh, Titik Penyu atau Turtle Bay adalah lokasi yang perlu dikunjungi semasa di Pulau Perhentian.
Sekadar info, sebab mengapa pantai itu dipenuhi penyu adalah kerana kawasan dasar laut di sekitar Titik Penyu itu merupakan tempat hidupan itu mencari makanan.

Pun begitu, anda dilarang untuk merosakkan habitat mereka. Cukuplah sekadar melihat dari jauh. Nak ambil gambar kenangan pun boleh!
- Alamat: Turtle Bay Divers, Pulau Perhentian Kecil, Besut, Terengganu

- Tokong Laut
Tokong laut atau nama lainnya Temple of the Sea adalah tapak menyelam terbaik yang anda boleh cari di Pulau Perhentian.
Seperti yang kita tahu, setiap pulau kecil mempunyai keunikannya tersendiri. Di Tokong Laut, anda boleh snorkeling sambil menikmati keindahan batu karang pelbagai bentuk dan warna.

Hidupan marin lain yang boleh diterokai termasuklah jerung bulus halus, penyu, leka besar, sotong dan banyak lagi.
- Alamat: XM64+82, Kecil, Besut, Terengganu
Antara aktiviti tambahan lain yang boleh dilakukan di Pulau Perhentian adalah seperti:
- Scuba diving: Di Dive Centre Long Beach dan Teluk Dalam
- Tour Snorkeling: Sekitar pulau di Shark Point, Turtle Point dan Coral Garden
- Sukarelawan jaga penyu: Di Perhentian Turtle Project
- Hiking: Melalui trek dari Coral Bay ke Windmill Hill atau Teluk Pauh
- Windmill Viewpoint: Nikmati pemandangan 360 darjah laut dan pulau

#3. Langkawi
Carian popular terakhir yang didedahkan oleh Agoda adalah Langkawi. Pulau tropika yang terletak di utara Malaysia ini telah menjadi pilihan lokasi pelancongan ramai sejak dahulu lagi.
Bukan sahaja kaya dengan keindahan alam semula jadi, malah Langkawi juga mempunyai sejarah, budaya dan tersedia dengan pengalaman membeli-belah bebas cukai.

- Langkawi Cable Car (SkyCab)
Apabila bercuti di sana, jangan pergi ke pantai sahaja. Sebenarnya banyak lagi tempat tarikan lain seperti SkyCab.

Tempat ini sangat sesuai untuk kanak-kanak kerana ia menawarkan pelbagai aktiviti menyeronokkan seperti perjalanan menaiki kereta kabel, berjalan di Langkawi SkyBridge, menonton tayangan teater sfera 360° di SkyDome dan simulasi ‘ride’ dinosaur dengan gerakan 4D.
Selain itu, anda juga boleh melawat muzium seni 3D terbesar di Malaysia iaitu di 3D Art Langkawi (Art in Paradise).

Harga tiket boleh dirujuk [DI SINI].
TIPS: Elak pergi ketika cuti umum atau cuti persekolahan untuk elak berbaris dan menunggu lama.
- Waktu operasi: 9.30AM-7PM (Setiap hari)
- Alamat: Jalan Telaga Tujuh, 07000 Langkawi, Kedah
- Makam Mahsuri
Jika anda minat dengan sejarah, jangan lupa untuk berkunjung ke Makam Mahsuri bagi mendalami kisah-kisah lampau di pulau itu.
Pasti ada di antara anda yang tahu bahawa makam ini dibina demi memperingati kisah legenda Mahsuri binti Pandak Mayah yang difitnah sehingga dihukum bunuh.

Makam Mahsuri ini berada kira-kira 20 minit dari Pekan Kuah. Harga tiket pula adalah seperti berikut:
- Dewasa: RM15
- Kanak-kanak: RM13
- Pelancong asing (dewasa/kanak-kanak): RM20/RM13

- Waktu operasi: 9AM-6PM (Setiap hari)
- Alamat: Jalan Makam Mahsuri, Kampung Mawar, 07000 Langkawi, Kedah
Tidak lengkaplah perjalanan ke Langkawi tanpa membeli ole-ole untuk dibawa ke rumah. Antara barang ‘wajib’ yang selalu dibeli sebelum meninggalkan Langkawi adalah coklat dan set pinggan mangkuk.

Buat mereka yang buntu nak ke mana, berikut kami kongsikan tempat anda boleh pergi untuk dapatkan barangan tersebut:
- Cenang Mall, Langkawi
- Langkawi Fair
- Rams
- Idaman Suri
- Jetty Point
- Zeno Duty Free Shopping Centre
- Haji Ismail Group
- Langkawi Saga Shopping Centre
- Warisan Duty Free
Baca Artikel Berkaitan: Itinerari 2 Hari, 1 Malam Di Langkawi Ini Sesuai Untuk Percutian Pendek Yang ‘Chill’
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.