Now Reading
Itinerari 2 Hari, 1 Malam Di Langkawi Ini Sesuai Untuk Percutian Pendek Yang ‘Chill’

Itinerari 2 Hari, 1 Malam Di Langkawi Ini Sesuai Untuk Percutian Pendek Yang ‘Chill’

Antara tempat menarik yang boleh dikunjungi berhampiran Ombak Villa Langkawi ialah Langkawi Sky Bridge, Pantai Cenang dan Underwater World Langkawi.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Pulau Langkawi merupakan salah satu destinasi pilihan di Malaysia, bukan sahaja buat pelancong tempatan tetapi juga bagi mereka dari luar negara.

Manakan tidak, Langkawi telah diiktiraf sebagai pulau kedua terbaik di Asia pada tahun 2024 iaitu selepas Koh Samui, Thailand, sekaligus mengalahkan Phuket dan Bali.

Malah, pulau yang terletak di Kedah itu juga telah diiktiraf sebagai Pulau Percutian Terbaik di Malaysia di Anugerah Industri Pelancongan Malaysia 2022.

Baca Artikel Berkaitan: Langkawi Diiktiraf Sebagai Pulau Percutian Terbaik Di Malaysia

Baca Artikel Berkaitan: Langkawi Diiktiraf Sebagai Pulau Kedua Terbaik Di Asia, Bali & Phuket Pun Kalah!

Baca Artikel Berkaitan: Owner Restoran Di Langkawi Terkejut Pelanggan Datang Naik Helikopter Untuk Jamu Selera

Ombak Villa Langkawi Penginapan Pilihan, Hanya 5 Minit Dari Airport

Pada minggu lepas, team TRP telah menerima jemputan bagi menghadiri ke perasmian ruang acara pertama di Langkawi yang berhadapan laut iaitu Senja.

Kami juga telah diberi tempat penginapan di Ombak Villa Langkawi selaku hotel yang mengelolakan ruang acara Senja.

Hanya terletak lima minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LGK), hotel itu merupakan salah satu tempat peranginan bertaraf empat bintang di pulau tersebut.

Baca Artikel Berkaitan: Langkawi International Airport Sekali Lagi Rangkul Anugerah Lapangan Terbang Terbaik Di Asia Pasifik

Kawasan hotel itu mungkin sedikit sunyi memandangkan ia tidaklah terletak begitu dekat dengan tempat-tempat pelancongan, menjadikan ia destinasi yang sesuai untuk anda beristirehat dan ‘chill’.

Jadi, jom kami kongsikan aktiviti menarik yang boleh dilakukan dan tempat menarik berhampiran buat pengunjung di hotel itu!

Itinerari 2 Hari, 1 Malam Di Pulau Langkawi Berhampiran OVL

Day 1

Apabila berkunjung ke Pulau Langkawi dari Kuala Lumpur, kami mencadangkan agar anda menaiki penerbangan pada awal pagi supaya dapat tiba tepat untuk makan tengahari.

Makan tengahari di Restoran Cili Kampung

Setibanya di sana, bolehlah terus berkunjung ke Restoran Cili Kampung yang terletak di Kedawang (hanya 10 minit dari lapangan terbang) bagi menikmati masakan asli Melayu Negeri Sembilan.

Untuk pengetahuan anda, inilah restoran Cili Kampung yang asli sebelum beberapa cawangan lain dibuka termasuk di Kuala Lumpur.

Sumber gambar: @cilikampung_langkawi/ Instagram
Chill Di Ombak Villa Langkawi

Seusai menjamu selera masakan asli Melayu itu, bolehlah terus ke Ombak Villa Langkawi untuk check-in.

Anda pasti teruja dengan keindahan di resort itu yang menampilkan reka bentuk moden dan ciri-ciri seni bina tradisional Melayu.

Selepas perjalanan yang penat, pengunjung yang menginap di Ombak Villa Langkawi bolehlah beristirehat sementara. Setiap bilik air juga dilengkapi dengan bathtub tau, jadi bolehlah berendam!

Langkawi Sky Bridge & Kereta Kabel

Apabila telah selesai ‘freshen up’, anda boleh berkunjung ke Langkawi Sky Bridge dengan menaiki kereta kabel.

Pemandangan di atas jambatan tergantung itu pastinya amat memukaukan. Namun terdapat juga bahagian jambatan dengan lantai kaca dan mungkin kurang sesuai buat mereka yang takut dengan ketinggian.

Memandangkan Langkawi Sky Bridge hanya dibuka sehingga jam 6 petang, jangan ke sana terlalu lewat takut tak sempat menikmati pemandangan di atas jambatan itu.

Sumber gambar: Langkawi.com
Saksikan Matahari Terbenam Di Senja

Menjelang senja, mereka yang menginap di Ombak Villa Langkawi berpeluang untuk menikmati pemandangan matahari terbenam dari ruang acara Senja.

Anda juga boleh berjalan di tepi pantai berhadapan Senja, namun diingatkan bahawa pantai di kawasan Ombak Villa Langkawi tidak sesuai untuk mandi-manda.

Sumber gambar: Sharifah/ TRP

Baca Artikel Berkaitan: MK Land Perkenalkan ‘Senja’, Ruang Event Dengan Latar Belakang Sunset

Fire Show di Pantai Cenang

Pada sebelah malam pula, anda bolehlah berkunjung ke kawasan Pantai Cenang untuk makan malam dan menonton persembahan api (fire show).

Kalau anda malas untuk keluar, jangan risau! Ombak Villa Langkawi juga menyediakan Sunset Steamboat & Grill Dinner di Amai Bistro dengan harga berpatutan.

Day 2

Pada hari kedua, anda boleh memulakan pagi dengan beriadah di kolam renang bersaiz separuh kolam Olimpik di resort berkenaan yang menghadap ke laut Andaman.

Jangan lepaskan peluang juga untuk berkunjung ke kebun kecil ‘Daun & Akar’ di resort berkenaan.

Sebagai info, terdapat 15 jenis tanaman di kebun itu yang kemudiannya diambil dan digunakan dalam masakan di restoran di Ombak Villa Langkawi dan Senja.

Sumber gambar: Sharifah/ TRP
Peminat Sejarah Boleh Kunjungi Makam Mahsuri

Jika anda minat dengan sejarah, jangan lupa untuk berkunjung ke Makam Mahsuri bagi mendalami kisah-kisah lampau di pulau itu.

Pasti ramai yang tahu bahawa makam ini dibina demi memperingati kisah legenda Mahsuri binti Pandak Mayah yang difitnah sehingga dihukum bunuh.

Underwater World Langkawi

Destinasi seterusnya adalah lokasi yang tidak patut dilepaskan terutamanya bagi mereka yang membawa anak-anak ke Langkawi.

Dengan terowong akuarium yang besar, pengunjung di Underwater World Langkawi dapat menyaksikan pelbagai haiwan laut termasuk ikan yu, stingray dan penyu.

Siap ada seksyen khas untuk penguin dan anjing laut tau!

Sumber gambar: Underwater World Langkawi
Membeli-Belah Di The ZON Duty Free

Bila ke Langkawi, tak lengkaplah kalau tak beli coklat kan! Langkawi memang terkenal sebagai kawasan bebas cukai, jadi terdapat barang-barangan di sana yang dijual dengan harga murah.

Untuk membeli-belah, bolehlah ke sekitar kawasan Cenang, terutamanya di pusat beli-belah The ZON Duty Free. Memang rambang mata!

Akhirnya, tibalah masa untuk ke lapangan terbang bagi penerbangan pulang ke Kuala Lumpur. Pastikan barang-barang yang dibeli tadi tak melebihi muatan bagasi ya!

Banyak Lagi Tempat Pelancongan Menarik Di Langkawi

Di samping tempat-tempat yang kami senaraikan di atas, sebenarnya terdapat banyak lagi lokasi menarik di Langkawi yang boleh dikunjungi.

Namun kesemuanya terletak agak jauh dari Ombak Villa Langkawi dan boleh memakan masa sehingga lebih 30 minit.

Antara lain-lain tempat pelancongan menarik di Pulau Langkawi termasuk:

  • Dataran Helang
  • Tanjung Rhu
  • Mardi Agro Technology Park
  • Kompleks Kraf Langkawi
  • Kilim Karst Geoforest Park
Sumber gambar: Lembaga Pembangunan Langkawi

Jika anda berminat untuk bermalam di Ombak Villa Langkawi, berikut merupakan info penting:

Alamat: Ombak Villa Langkawi, Lot 78, Jalan Kuala Muda, 07100 Langkawi, Kedah.
Nombor telefon: 04-955 8181

Baca Artikel Berkaitan: Jom Explore 10 Tempat Best Di Pulau Langkawi. #2 Paling Wajib Pergi!

Baca Artikel Berkaitan: Blue Lagoon Langkawi Dianggap ‘Hidden-Gem’ Di Gunung Mat Cincang


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd