Pulau Tioman, Bali, Bangkok & 7 Lagi Destinasi Terbaik Asia 2025 Menurut Agoda
Kalau tak tahu nak holiday dekat mana tahun ini, boleh tengok senarai dari Agoda!


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Agoda iaitu platform pelancongan digital telah mendedahkan senarai destinasi di Asia untuk tahun 2025. Panduan bulanan ini bermula dari Mac – mengetengahkan tarikan bermusim, keunikan budaya, dan pengalaman istimewa boleh dinikmati di seluruh benua Asia.
Panduan oleh Agoda Untuk Pengalaman Lebih Menarik
Andrew Smith selaku Naib Presiden Kanan Bekalan di Agoda berkata, “Matlamat kami di Agoda adalah untuk memudahkan dan memberi inspirasi kepada orang ramai untuk meneroka dunia dengan harga mampu milik.
“Panduan ini direka khas untuk membantu pelancong menemui keajaiban Asia sepanjang tahun ini. Dengan platform Agoda yang mesra pengguna, menerokai keindahan dan kepelbagaian Asia kini menjadi lebih mudah.”
Destinasi Asia Yang Disyorkan Oleh Agoda Untuk Tahun 2025
#1. Mac: Tokyo, Jepun

Nikmati keindahan bunga sakura mekar di Tokyo, dengan taman-taman tradisional dan kawasan bersejarah sebagai latar yang mempesona. Cuaca musim bunga nyaman menjadikannya masa yang sempurna untuk menerokai bandar budaya ini.
#2. April: Cebu, Filipina

Cuaca cerah dan air laut jernih menjadikan bulan April waktu terbaik untuk aktiviti island-hopping ke destinasi seperti Kawasan Falls dan Moalboal. Pengunjung juga boleh bersantai di pantai berpasir putih, menyelami keindahan hidupan marin pelbagai, serta merasai warisan budaya yang kaya di bandar ini.
#3. Mei: Da Nang, Vietnam

Dengan cuaca nyaman dan suasana kurang sesak, bulan Mei adalah waktu ideal untuk menikmati pantai di Da Nang atau meneroka Marble Mountains. Tidak jauh dari sini, Hoi An memikat hati dengan jalan-jalan yang diterangi cahaya tanglung dan pemandangan tepi sungai yang mendamaikan.
#4. Jun: Chengdu, China

Terkenal dengan budaya meriah dan masakan lazat, Chengdu menawarkan peluang kepada pelancong untuk melawat Pusat Penyelidikan Pembiakan Panda Gergasi terkenal serta menikmati hidangan pedas Sichuan. Cuaca nyaman pada bulan Jun menjadikannya waktu sesuai untuk berkunjung.
#5. Julai: Pulau Tioman, Malaysia

Air laut jernih dan terumbu karang yang kaya menjadikan Pulau Tioman sebuah syurga bagi penyelam pada bulan Julai. Pulau ini juga terkenal dengan pantai yang bersih serta hutan hujan tropika, sesuai untuk pencinta alam semula jadi.
#6. Ogos: Bali, Indonesia

Nikmati musim kering di Bali dengan pantai, kuil, dan pemandangan alam menakjubkan. Lawati Pura Uluwatu, sawah padi di Ubud, dan keindahan Nusa Penida.
#7. September: Kathmandu, Nepal

Terokai Nepal pada musim selepas monsun. Lawati Durbar Square, sertai aktiviti pendakian di Lembah Kathmandu, dan nikmati pemandangan Banjaran Himalaya yang menakjubkan.
#8. Oktober: Jaipur, India

Sambut perayaan Deepavali dengan meriah di bandar yang diberi gelaran Bandar Merah Jambu. Mercu tanda bersejarah seperti Amber Fort dan Hawa Mahal menambahkan lagi daya tarikan budaya bandar ini.
#9. November: Siem Reap, Kemboja

Terokai Angkor Wat pada musim sejuk di Kemboja. Saksikan matahari terbit di kompleks kuil, lawati Kuil Bayon, dan alami suasana unik di Old Market (Pasar Lama).
#10. Disember: Bangkok, Thailand

Akhiri tahun anda di destinasi Krismas paling popular di Asia, menurut senarai destinasi Krismas 2024 Agoda. Saksikan keindahan hiasan lampu Krismas yang mempesonakan di pusat beli-belah dan raikan ketibaan Tahun Baru dengan pertunjukan bunga api yang hebat di sepanjang Sungai Chao Phraya.
Untuk info, Agoda menawarkan lebih daripada 5 juta tempat penginapan, lebih 130,000 laluan penerbangan, serta lebih 300,000 aktiviti liburan, menjadikan percutian anda ke destinasi terbaik Asia sepanjang tahun lebih mudah.
[Agoda.com]Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.