Now Reading
Raih Sijil ‘Green Globe’, Club Med Cherating Jadi Lokasi Holiday Mesra Alam Sekitar

Raih Sijil ‘Green Globe’, Club Med Cherating Jadi Lokasi Holiday Mesra Alam Sekitar

Antara usaha kelestarian yang dijalankan di Club Med Cherating adalah penggunaan keretapi untuk ke Private Beach dan air yang dikitar semula.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Semua orang mesti tak sabar untuk merehatkan minda ketika bercuti di hotel mahupun resort.

Dalam masa sama, terdapat sesetengah kumpulan masyarakat yang mahu memainkan peranan dalam kelestarian alam sekitar walaupun ketika sedang bercuti.

Jadi kalau korang mencari tempat yang lestari bagi percutian seterusnya, Club Med Cherating semestinya destinasi paling sesuai!

Untuk info, 46 resort Club Med telah menerima sijil ‘Green Globe’ bagi pengurusan kelestarian, dengan Cherating menjadi salah satu yang mendapat status ‘Platinum’ kerana memegang sijil tersebut selama 10 tahun berturut-turut.

Sumber gambar: Sharifah/ TRP

7 Usaha Kelestarian Oleh Club Med Cherating

Ketika team TRP berkunjung ke Club Med Cherating tempoh hari, kami telah didedahkan dengan pelbagai usaha yang dilakukan oleh pihak resort berkenaan dalam mengekalkan kelestarian.

Menerusi tagline ‘Happy to Care’, resort berkenaan turut mengajak para tetamu memainkan peranan dalam melindungi alam sekitar.

#1. Penggunaan Keretapi Untuk Ke Private Beach

Kalau korang ke Club Med Cherating, salah satu tarikan menarik adalah penggunaan keretapi bagi membawa tetamu dari bangunan resort utama ke Private Beach.

Ini semestinya satu inisiatif yang bagus memandangkan tidak banyak pelepasan karbon akan berlaku berbanding jika setiap keluarga perlu membawa kenderaan sendiri.

Keretapi tersebut juga bergerak setiap setengah jam mengikut jadual yang ditetapkan, jadi korang tak perlu risau jika terlepas train.

Sumber gambar: Sharifah/ TRP
#2. Tiada Penyedut Minuman & Botol Plastik

Mungkin kedengaran simple, cuma tak gunakan penyedut minuman dan botol plastik? Namun berdasarkan pengalaman kami, masih banyak resort lain yang tidak melakukan sedemikian.

Di Club Med Cherating, tiada straw disediakan walaupun di ‘open bar’. Namun tetamu masih boleh meminta straw terutamanya buat kanak-kanak ataupun mereka yang mempunyai kesukaran fizikal.

Botol minuman plastik juga tidak dijual, sebaliknya resort tersebut menyediakan balang minuman dan cawan bagi para tetamu di kesemua bar. Jadi kalau korang ke sana, jangan lupa bawa botol atau tumbler sendiri untuk mengisi air minuman.

#3. Tempat Penyu Bertelur

Pasti ramai yang tahu pesisir pantai di Pantai Timur menjadi tempat penyu-penyu mendarat untuk bertelur.

Dalam pembinaan resortnya, Club Med sama sekali tidak mengetepikan haiwan laut tersebut dan memelihara kawasan pantai yang menjadi tempat penetasan telur penyu.

Malah, korang juga akan berpeluang untuk melihat telur penyu menetas jika berkunjung ke sana antara bulan Julai dan Oktober.

Sumber gambar: Club Med
#4. Air Dikitar Semula

Tidak dapat dinafikan bahawa banyak air yang digunakan di resort. Bukan sahaja di bilik-bilik tetamu, tetapi juga di kawasan kolam renang, dapur dan sebagainya.

Namun air ini tidaklah terbuang begitu sahaja. Sebaliknya, Club Med Cherating mempunyai loji rawatannya yang tersendiri.

Oleh itu, kesemua air yang telah digunakan akan dirawat dan dikitar semula untuk digunakan dalam sistem pengairan bagi pelbagai tumbuh-tumbuhan di resort berkenaan.

Sumber gambar: Sharifah/ TRP
#5. Pelbagai Tanaman Di Seluruh Resort

Ketika di sana, kami juga berpeluang mengikuti ‘Botanical Walk’ di sekeliling resort berkenaan dan melihat pelbagai spesies tumbuh-tumbuhan.

Yang menariknya, bukan hanya tumbuhan tempatan, tetapi terdapat juga pokok-pokok dari seluruh dunia seperti Chinese Fan Palm, Indian Banyan dan Bird of Paradise.

Bagi peminat tumbuh-tumbuhan, inilah masanya untuk mencuci mata. Siap ada banyak pokok Monstera lagi!

Sumber gambar: Sharifah/ TRP
#6. Mewujudkan ‘Insect Hotel’

Kalau tempat lain selalunya mesti nak hapuskan serangga yang ada, namun lain pula bagi Club Med Cherating yang siap bina ‘insect hotel’.

Ketika Botanical Walk, kami diberitahu bahawa ia bertujuan untuk menarik kedatangan serangga yang menjadi pendebunga.

#7. G.E. Dari Kalangan Penduduk Tempatan

Walaupun Club Med Cherating mengambil individu dari pelbagai negara dan latar belakang sebagai penganjur (G.O.) di resort tersebut, namun kesemua pekerja yang digelar G.E. (Gentils Membres) dipilih dari kalangan penduduk tempatan.

G.E. termasuklah mereka yang bertugas di bahagian dapur, pengurusan bilik, pemandu keretapi dan sebagainya.

Extra: ‘Laundry bag’ pun guna beg kertas dan bukan plastik ya!


Club Med Cherating Destinasi Lestari

Lepas dah baca semua usaha yang Club Med Cherating lakukan untuk alam sekitar, mesti korang tertarik untuk berkunjung ke sana kan. Walaupun sedang bercuti, korang tetap akan memainkan peranan dalam menjaga alam sekitar.

Jadi kalau berminat, ini info lain yang korang perlu tahu tentang Club Med Cherating.

Lokasi: Jalan Kuantan Sungai Lembing, 26080 Kuantan, Pahang

Harga: Bermula RM1,241 semalam untuk satu bilik (2 pax)

Website: https://www.clubmed.com.my/r/cherating-beach/y

Baca Artikel Berkaitan: Ini Senarai Aktiviti Untuk 48 Jam Di Club Med Cherating. Produktif & FUN!


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd