Now Reading
Ini Senarai Aktiviti Untuk 48 Jam Di Club Med Cherating. Produktif & FUN!

Ini Senarai Aktiviti Untuk 48 Jam Di Club Med Cherating. Produktif & FUN!

Antara aktiviti yang ditawarkan di Club Med Cherating ialah berlayar, mendaki bukit, Flying Trapeze dan Rock Climbing.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sebagai rakyat Malaysia, korang mesti tak sabar bila tiba musim cuti kan? Kadang-kadang bukan main panjang lagi cutinya dengan pelbagai ‘public holiday’.

Mungkin ramai yang gemar bercuti ke luar negara. Tapi jangan tak tahu, Malaysia juga ada bermacam tempat yang menarik untuk dikunjungi.

Sama ada di tempat peranginan tanah tinggi, pulau mahupun tepi pantai, penduduk di negara ini mempunyai macam-macam pilihan.


Pakej Percutian ‘All-Inclusive’ Di Club Med Cherating

Kalau korang suka bercuti di pantai atau lokasi yang dikelilingi alam sekitar, Club Med Cherating semestinya tempat yang kena masuk ‘bucket list’!

Merupakan sebuah ‘one-stop destination’, korang tak perlu keluar dari sana untuk melakukan pelbagai aktiviti. Makan minum pun tersedia sepanjang waktu.

Team TRP telah berpeluang untuk merasai sendiri pengalaman sebagai tetamu di resort yang berprestij di Pahang itu.

Sumber gambar: Sharifah/ TRP

Ini Aktiviti Selama 3 Hari Di Club Med Cherating

Jadi kalau korang berminat untuk menjejakkan kaki ke Club Med Cherating, di sini kami kongsikan apa aktiviti yang boleh dilakukan selama tiga hari berada di sana.

Day 1

Di Club Med Cherating, tetamu boleh check-in bermula dari jam 3 petang. Korang akan diberi ‘wristband’ yang perlu dipakai sepanjang masa di resort berkenaan.

Yang bestnya, wristband tersebut juga digunakan sebagai akses untuk ke bilik. Tak perlu risau tertinggal kad akses!

Selepas check-in, korang bolehlah mula ‘explore’ resort dan pantai di sana. Kalau lapar, singgah ke Enak Restaurant dahulu untuk ‘late lunch’. 

Aktiviti Pantai Di Private Beach

Selain pantai berhampiran bilik penginapan, Club Med Cherating mempunyai sebuah lagi pantai yang digelar Private Beach di bahagian selatan.

Untuk ke sana, tetamu boleh naik keretapi yang akan berlepas setiap setengah jam bermula 9.30 pagi sehingga 6 petang.

Selepas kira-kira 10 minit, korang akan sampai di Private Beach dan bolehlah join macam-macam aktiviti yang ditawarkan seperti jet ski, kayak dan bola tampar. Siap boleh berlayar lagi!

Sumber gambar: Shathana
Zen Pool

Selepas dah puas beriadah di tepi pantai, mungkin korang nak ‘chill’ kat pool sebelum pulang ke bilik. Cuma kena jalan sedikit dari kawasan aktiviti pantai untuk ke Zen Oasis.

Untuk info, Zen Oasis merupakan zon senyap di resort ini dan hanya dibuka untuk tetamu berumur 18 tahun ke atas. 

Tetamu boleh menikmati minuman yang dipesan dari ‘pool bar’ sambil mencuci mata dengan pemandangan Laut China Selatan yang luas.

Sumber gambar: Sharifah/ TRP
Saksikan Night Show & Sertai Aktiviti Menarik 

Di sebelah malam, jangan terus balik ke bilik pula selepas makan malam. Kalau resort lain mungkin sedikit sunyi, namun lain pula bagi Club Med Cherating yang mengadakan persembahan bertema setiap malam.

Antara persembahan yang kami dapat saksikan ialah Circus Show pada Rabu dan Lion Dance keesokan malamnya.

Selepas persembahan pula, korang boleh lepak di lobi resort sambil menikmati minuman yang dipesan di ‘open bar’ atau menyertai aktiviti setiap malam mengikut tema yang ditetapkan. 

Paling menarik adalah pada hari Khamis apabila mereka mengadakan Interactive Night. Tetamu berpeluang untuk mencuba macam-macam permainan dan aktiviti tempatan seperti bermain congkak, menulis kaligrafi Cina dan memakai henna. 

Sumber gambar: Sharifah/ TRP

Day 2

Lepas dah puas lakukan aktiviti pantai dan melepak di pool, pada hari kedua ini korang bolehlah meluangkan masa untuk ‘explore’ alam sekitar pula. 

Nature Trail

Bagi mereka yang berminat dengan hutan, Nature Trail adalah salah satu aktiviti yang tidak harus dilepaskan.

Korang akan memulakan perjalanan daripada pantai di kawasan utama resort untuk merentasi hutan sehingga ke Private Beach. 

Perjalanan tersebut akan mengambil masa sekitar sejam bagi jarak sejauh 1.7km dan mempunyai bahagian yang sedikit curam yang perlu didaki.

Waktu itu, korang juga mungkin akan berpeluang untuk berjumpa dengan pelbagai haiwan termasuk lotong jenis Dusky Leaf Monkey yang jarang ditemui. 

Sumber gambar: Sharifah/ TRP
Rock Climbing 

Lepas dah selesai perjalanan di Nature Trail dan tiba di Private Beach, korang wajib cuba cabar diri dengan aktiviti Rock Climbing.

Jangan risau kalau tak ada sebarang pengalaman sebab newbie pun boleh cuba. Bila berjaya naik ke atas, mesti korang akan rasa penuh adrenalin!

Aktiviti Sukan

Club Med Cherating juga ada menyediakan pelbagai fasiliti sukan untuk para tetamu seperti tenis, squasy dan futsal. 

Tapi paling penting, jangan sia-siakan peluang untuk mencuba sukan memanah. Kalau kat tempat lain korang kena bayar tau, tapi percuma sahaja di resort ini.

Sumber gambar: Sharifah/ TRP
Flying Trapeze 

Kalau korang tak gayat dengan ketinggian dan sukakan ‘adventure’, wajib cuba aktiviti Flying Trapeze yang merupakan salah satu tarikan utama di Club Med Cherating.

Bagi orang dewasa, aktiviti ini dibuka dari pukul 4 petang hingga 6 petang. Sewaktu kami di sana, ramai kanak-kanak yang turut menyertai aktiviti ini tanpa kelihatan takut walaupun sikit.

Memandangkan kanak-kanak pun boleh cuba, malulah kalau korang tak try!

Makan Malam Di Rembulan Restaurant

Pada malam kedua, jom berubah angin dan menikmati makan malam di Rembulan Restaurant yang terletak di Private Beach.

Korang boleh naik keretapi seawal jam 6.45 petang supaya tiba di sana ‘on time’ untuk makan malam. Sambil-sambil itu bolehlah tengok matahari terbenam.

Berbeza dengan restoran utama yang menyediakan bufet, hidangan di sini berkonsepkan ‘3-course meal’ yang mana tetamu akan dihidangkan dengan pembuka selera, hidangan utama dan pencuci mulut

Jangan lupa buat tempahan lebih awal untuk menjamu selera di sana.

Sumber gambar: Sharifah/ TRP

Day 3

Di hari terakhir, korang mungkin nak rileks sahaja sebelum ‘check-out’. Jadi kami cadangkan untuk bersiar-siar di sekitar resort sambil menikmati pemandangan yang penuh kehijauan.

Kalau berkesempatan, boleh juga join aktiviti yoga atau pilates yang diadakan setiap pagi.

Lepas dah ‘check-out’, tetamu sempat lagi makan tengahari sebelum meninggalkan Club Med Cherating.

Sumber gambar: Sharifah/ TRP

Satu Bayaran Untuk Semua 

Jadi kalau korang berminat dengan semua aktiviti di Club Med Cherating ini, tunggu apa lagi! 

Bayaran sebilik (2 pax) untuk satu malam bermula dari kira-kira RM1,200. Tetapi korang akan dapat diskaun kalau ‘book’ untuk tempoh lebih lama.

Bayaran ini adalah ‘all-in’ bagi segala-galanya termasuk bilik, makan minum sepanjang masa di sana, open bar, serta akses kepada pelbagai aktiviti. 

Untuk ibu bapa yang mempunyai anak berumur 4 hingga 17 tahun, mereka boleh menyertai Mini Club, Kids Club dan Teen Club tanpa sebarang caj tambahan. Memang syok untuk seisi keluarga!


Club Med Cherating

Kalau berminat untuk ke Club Med Cherating, ini info yang perlu korang tahu.

Lokasi: Jalan Kuantan Sungai Lembing, 26080 Kuantan, Pahang

Harga: Bermula RM1,241 semalam untuk satu bilik (2 pax)

Website: https://www.clubmed.com.my/r/cherating-beach/y


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd