Now Reading
Nak Shopping Di Bangkok? Ini 5 Lokasi Yang Anda Boleh Kunjungi

Nak Shopping Di Bangkok? Ini 5 Lokasi Yang Anda Boleh Kunjungi

Antara lokasi menarik untuk membeli-belah di Bangkok, Thailand adalah JJ Mall, Platinum Mall dan ICONSIAM.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Selain berjalan dan melihat pemandangan indah, membeli-belah juga merupakan salah satu aktiviti yang ‘wajib’ dilakukan bagi mereka yang ‘kaki shopping’.

Buatnya harga yang dijual pula lebih murah berbanding di Malaysia, memang rambang mata nak buat pilihan sebelum membeli.

Kalau anda nak beli pakaian dan barangan mekap yang best, Bangkok, Thailand adalah antara lokasi yang menjadi tumpuan ramai.


5 Lokasi ‘Shopping’ Yang Best Di Bangkok

Menerusi bebenang dimuat naik di laman X (@zalyazahari), wanita ini berkongsi beberapa lokasi menarik untuk membeli-belah di sekotar Bangkok.

Paling best, harganya pun boleh tahan murah!

Antaranya:

#1. JJ Mall
Sumber: X

Kalau anda nak cari cenderahati seperti baju, bagasi, cawan dan sebagainya, JJ Mall yang terletak di bersebelahan dengan Pasar Chatuchak ini adalah antara yang sesuai.

Katanya harga untuk satu cawan hanya berharga 99 baht berbanding 200 baht yang biasa dijual oleh peniaga.

  • Lokasi: 588, Kampheang Phet 2 Rd, Chatuchak, Bangkok 10900 Thailand.
  • Waktu operasi: Dibuka setiap hari jam 10am hingga 7pm (Isnin-Jumaat) dan 10am hingga 8pm (Sabtu dan Ahad).
#2. Platinum Mall
Sumber: X

Bagi anda yang suka ber-OOTD dan mahu berpakaian ala-ala keperempuanan, Platinum Mall akan buat anda tak keruan.

Nak tahu sebab apa? Kerana pusat membeli-belah ini menjual pelbagai pakaian estetik. Confirm rambang mata tak tahu nak beli yang mana.

Bukan setakat baju, malah produk penjagaan badan dan wajah pun banyak dijual termasuklah jenama dari Malaysia dan Thailand sendiri.

Lokasi: 1398 Phetchaburi Rd, Thanon Phaya Thai, Ratchathewi, Bangkok 10400, Thailand.

Waktu operasi: Dibuka setiap hari jam 9am hingga 8pm.

#3. Chatuchak Market
Sumber: X

Bagi peggemar barangan kraftangan, Pasar Chatuchak menawarkan pelbagai pilihan untuk para pelancong. Kalau sudah penat berjalan, banyak juga kedai urut yang berada di sana.

Tapi kalau anda jenis tak suka pergi tempat panas dan perlu bersesak dengan orang, mungkin boleh elakkan dari ke Pasar Chatuchak ini.

  • Lokasi: 587, Kampheang Phet 2 Rd, Chatuchak, Bangkok 10900 Thailand.
  • Waktu operasi:
    • Rabu dan Khamis (7am hingga 6pm)
    • Jumaat (6pm hingga 12am)
    • Sabtu dan Ahad (9am hingga 6am)
#4. ICONSIAM
Sumber: X

Kepada anda yang nak ‘shopping’ beg tangan berjenama, ICON Siam adalah salah satu lokasi yang menjadi pilihan. Ada banyak juga jenama yang ada di sana, seperti Gucci, Louis Vuitton, Coach, Celine dan Dior.

  • Lokasi: 299 Charoen Nakhon Soi 5, Charoen Nakhon Road, Khlong San, 10600 Bangkok, Thailand.
  • Waktu operasi: Dibuka setiap hari jam 10am hingga 10pm.
#5. Asiatiaque
Sumber: X

Bila sebut Asiatiaque, lokasi ini sememangnya dikenali sebagai tempat untuk makan malam di atas cruise. Selain itu, terdapat banyak kedai cenderahati di sini tapi katanya barang-barang yang dijual lebih kurang sama seperti di Chatuchak Market dan JJ Mall.

Kalau bab makan pula, jangan risau kerana ada banyak food court halal di dalam Asiatiaque ini.

  • Lokasi: 2194 Charoen Krung Road, Wat Phraya Krai, Bang Kho Laem, Bangkok 10120, Thailand.
  • Waktu operasi: Dibuka setiap hari pada jam 11am hingga 12am.

Tips Untuk ‘Travel’ Ke Bangkok Dari Lapangan Terbang

Bangkok mempunyai dua lapangan terbang iaitu Don Mueng dan Suvarnabhumi.

Sekiranya penerbangan anda menaiki kapal terbang Air Asia atau Batik Air, pelancong akan diturunkan di Don Mueng tetapi penumpang Air Asia Thai pula akan diturunkan di Suvarnabhumi.

Kalau anda tiba mendarat di Suvarnabhumi, anda boleh menggunakan Airport Rail Links (ARL) untuk terus menuju ke Bangkok dengan berhenti di Stesen Phaya Thai.

Sumber: Hotels.com/ Coconuts

Bila dah sampai di Bangkok, mesti ramai yang tertanya jenis pengangkutan yang ada di sana kan?

Kalau anda mahu membeli-belah, naik pengangkutan awam lebih mudah atau boleh juga menempah perkhidmatan Grab atau Bolt.

Tetapi jika tujuan anda ke Bangkok adalah kerana urusan kerja dan perlu ke luar bandar tersebut, lebih baik sewa kenderaan.

Difahamkan pengguna jalan raya di Bangkok juga lebih berhemah.

Baca Artikel Berkaitan: Khairul Aming Kongsi 9 Tempat Makan Best Di Hat Yai. Harga Pun Murah!

Baca Artikel Berkaitan: Ini Tips Untuk Travel Ke Bangkok, Thailand

Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Ini Kongsi Itinerari ‘Solo Trip’ Ke Bangkok, Sesuai Untuk Shopping & Jalan-jalan!


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd