Now Reading
Malaysia Airlines Lancar Penerbangan Terus Ke Paris Bermula Mac 2025 Ini

Malaysia Airlines Lancar Penerbangan Terus Ke Paris Bermula Mac 2025 Ini

Perkhidmatan ini akan bermula dengan penerbangan terus (direct flight) menggunakan A350-900 dan tiket akan mula dijual bermula hari ini (6 September)

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Setiap kali ke Paris pasti ramai yang menyifatkan ia merupakan kota cinta malah mercu tanda ikonik Eiffel Tower di ibu negara Perancis itu sering menjadi saksi percintaan pengunjungnya.

Malah ada juga segelintir darinya menjadikan kota Perancis ini sebagai salah destinasi untuk ‘bonding’ bersama yang tersayang.

Malaysia Airlines lancarakan penerbangan terus ke CDG, Paris

Yang menariknya, hari ini (6 September) Malaysia Airlines telah melancarkan satu penerbangan terus ke Lapangan Terbang Charles de Gaulle di Paris. Pelancaran ini secara tidak langsung telah mengembangkan lagi sayap syarikat penerbangan itu di Eropah.

Laluan penerbangan ini akan bermula pada 22 Mac 2023 dan ia mewakili destinasi ke-68 Malaysia Airlines yang secara tidak langsung mengukuhkan kedudukannya sebagai pintu masuk ke Asia dan seterusnya.

Lancarkan kempen ‘Time For Paris’, harga tiket pergi dan balik RM3,699

Dalam meraikan penerbangan ke laluan tersebut selepas hampir sedekad, Malaysia Airlines telah melancarkan kempen ‘Time For Paris’.

Haa pasti ada yang sudah mula tertanya-tanya bilakan tiket boleh dibeli? Ia akan mula dijual hari ini (6 September) dengan tambang pengenalan pergi dan balik (all-in return) bernilai RM3,699.

Penerbangan di KLIA1 bermula 29 Mac

Perkhidmatan ini akan bermula dengan penerbangan terus (direct flight) menggunakan A350-900 sebanyak empat kali seminggu dari 22 Mac 2025 sebelum frekuensinya menjadi satu hari sekali dari 29 Mac 2025.

Untuk makluman selain Menara Eiffel, Paris juga terkenal dengan beberapa bangunan dan mercu tanda ikonik yang lain seperti Muzium Louvre dan Katedral NotreDame.

Malah pengunjung turut ke kota cinta ini untuk meneroka dunia fesyen, makanan seperti pastri, budaya, tempat menarik, seni bina yang bersejarah, galeri seni dan banyak lagi.

Lihat potensi besar untuk tarik pelancong utama

Pengarah Urusan Penerbangan Malaysia (MAG), Datuk Kapten Izham Ismail berkata perluasan penerbangan ke Eropah menandakan satu kejayaan untuk Malaysia Airlines.

“Dengan kedatangan pesawat bersaiz lebih besar bermula suku kempat tahun ini, kami bersedia untuk membawa bandar yang sudah lama dinanti-nantikan kerangkaian kami.

“Walaupun pasaran Eropah sangat kompetitif, kami melihat potensi yang sangat besar untuk laluan ini untuk menarik pelancong utama, bukan sahaja dari Malaysia tetapi juga dari kawasan jiran.

“Dengan melancarkan perkhidmatan terus dari Kuala Lumpur ke Paris kami mengesahkan kedudukan kami sebagai syarikat penerbangan utama dan mengukuhkan peranan kami sebagai pintu masuk ke Asia dan seterusnya,” jelasnya.

Menurut Kapten Izham lagi, laluan ini akan menggunakan pesawat A350-900 yang canggih serta telah beroperasi di laluan utama seperti London dan Doha. Malah ia pasti memberikan pengalaman perjalanan bertaraf dunia kepada penumpang.

Pamer teknologi AI canggih untuk beri pengalaman perjalanan yang lebih menarik

Dalam pada itu dengan perluasan ini, MAG juga secara sukacitanya mengumumkan Malaysia Airlines dan Google Gemini telah mengubah pengalaman perjalanan dengan mempamerkan teknologi AI yang canggih.

Selain itu, Gemini buat pertama kali pada demonstrasi fizikal di Malaysia di Arena MAG ketika pameran MATTA.

Google Gemini turut terkenal dengan keupayaan canggihnya secara semula jadi memproses bahasa dan analitik ramalan, mewakili sempadan seterusnya dalam inovasi AI. Pengunjung dapat mengambarkan destinasi idaman mereka menerusi penjana imej berkuasa AI dan terima jadual perjalanan yang diperibadikan menggunakan keupayaan (advanced) dari Google Gemini.

Rombak program perjalanan MHbiz Travel-MHcorporate, dapat mata ganjaran yang boleh ditebus kepada pelbagai faedah

Sementara itu, Malaysia Airlines juga sedang merombak program perjalanan dari MHbiz Travel kepada MHcorporate.

Program yang direka bentuk baharu ini akan memberikan fleksibiliti yang tiada tandingan, penjimatan pendahuluan pada laluan Malaysia Airlines, dan ‘customize travel solutions’ yang disesuaikan untuk Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) dan juga syarikat besar.

Bukan hanya itu MHcorporate juga menyediakan pengalaman perjalanan yang premium (ekslusif) dengan pengurusan perhubungan yang berdedikasi, tambang keutamaan dan pengenalan mata ganjaran (Corporate Enrich Points), di mana ia boleh ditebus untuk pelbagai faedah.

Selain itu, untuk meraikan pelancarannya, PKS yang mendaftar dengan MHcorporate boleh memperoleh sebanyak empat kali mata ganjaran (Corporate Enrich Points) pada tambang asas dan nikmati diskaun tambahan sebanyak 5% tawaran MATTA Fair untuk perjalanan sehingga 31 Disember ini.

Peningkatan ini sejajar dengan strategi Malaysia Airlines untuk mengembangkan pengembaraan perniagaan globalnya sambil menyediakan perkhidmatan yang luar biasa di seluruh dunia.

MAG turut meningkatkan sifat MHcorporate Marine dan merombak tawaran MH MICE, yang bertujuan untuk memacu lebih banyak lagi perniagaan MICE ke Malaysia dan meletakkan Malaysia sebagai hab utama untuk mesyuarat, insentif, persidangan dan pameran.

Sebagai ahli oneworld® alliance, Malaysia Airlines pada ketika ini menawarkan lebih 900 destinasi di 170 wilayah di seluruh dunia.

Diskaun 30% untuk tambang penerbangan sempena MATTA Fair

Sebagai info tambahan, ketika ini program MATTA Fair 2024 sedang berlangsung di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC) bermula 6 hingga 8 September ini.

Malah para penumpang boleh mengambil peluang dengan memanfaatkan diskaun sehingga 30% untuk tambang penerbangan kedua-dua kategori Ekonomi dan Kelas Perniagaan (Business Class) di semua penerbangan Malaysia Airlines dan semua tempat duduk di FireFly.

Tawaran hebat ini ditawarkan dari 5 hingga 16 September 2024 di platform penerbangan berkenaan untuk perjalanan segera sehingga 31 Ogos 2025.

Apa yang lebih menarik selain promosi penerbangan, pengunjung juga boleh merasai pengalaman unik dengan melawat Arena MAG seluas, 11,000 kaki persegi. Selain itu, anda juga dapat melihat:

  • Paparan produk signature dalam definisi tinggi: Terokai kabin A330neo menerusi Virtual Reality (VR) yang menampilkan Collins Aerospace Elevation Business Class Seats dan inovatif kepada tempat duduk kelas ekonomi iaitu Recaro CL3810 yang telah memenangi anugerah. Nikmati kejutan Augmented Reality (AR) penapis pada telefon anda di booth dan rasai pengalaman berkalan dalam kabin 360° pertama kami.
  • Pengalaman berada dekat dengan lagenda sukan: Datang dan temui lagenda Manchester United secara ekslusif di Arena MAG! Jangan lepaskan peluang ekslusif ini untuk berhubung bersama wira pujaan anda dan nikmati permain yang menyeronokkan di zon Malaysia Airlines’ Global Partners.
  • Melihat masa depan kepada pengalaman perjalanan: Masuk ke booth foto AI di Arena MAG dan anda akan dibawa ke destinasi idaman yang dikuasakan dari teknologi canggih Google Gemini. Apa yang lagi menarik, anda juga boleh mencipta jadual perjalanan yang sempurna dengan mudah menerusi perjalanan berkuasa Ai. Hanya perlu masukan butiran perjalanan, teman destinasi, tempoh penginapan, bajet dan terima jadul perjalanan peribadi.

Pelbagai lagi aktiviti menarik turut disediakan dan pengunjung berpeluang memenangi pelbagai hadiah. Kemuncak bagi acara ini adalah Peraduan Pembeli yang dinanti-nantikan, yang dianjurkan bersama oleh Malaysia Airlines dan MATTA, di mana sejumlah 23 tiket pergi balik akan diberikan termasuk Tiket Kelas Perniagaan ke London dan Da Nang, dan tiket kelas Ekonomi ke Jepun dan Vietnam, antara destinasi yang menarik.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitterThreads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd