Now Reading
Festival Bunga, Royal Floria Putrajaya Kembali Lagi Untuk Tahun 2024! Tiket Masuk Bermula RM10

Festival Bunga, Royal Floria Putrajaya Kembali Lagi Untuk Tahun 2024! Tiket Masuk Bermula RM10

FLORIA Diraja Putrajaya (FRP2024) berlangsung pada tahun ini di Persisiran Tasik, Presint 2, Putrajaya pada 22 Ogos sehingga 1 September 2024.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kepada penggemar tanaman bunga yang cantik-cantik terutamanya golongan wanita, pastinya anda akan teruja dengan penganjuran FLORIA Diraja Putrajaya (RFP2024) yang kembali pada tahun ini.

Acara tersebut yang tampil dengan tema ‘Raikan Bersama! Celebrate Together!’ menampilkan pelbagai jenis bunga yang indah dan pastinya menawan hati para pengunjung.

Bagi penganjuran kali ini, bunga Petunia diangkat sebagai tema bagi Royal Floria Putrajaya kerana ia tumbuh dengan pelbagai warna dan rupa bentuk.


FLORIA Diraja Putrajaya Dirasmikan Oleh Raja Permaisuri Agong

RFP2024 pada tahun ini yang diadakan di Persisiran Tasik, Presint 2, Putrajaya dibuka bermula hari ini (22 Ogos) sehingga 1 September 2024.

Selari dengan status Diraja, acara tersebut turut dirasmikan oleh Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah pada hari pertama pelancaran FLORIA Diraja Putrajaya pada hari ini (22 Ogos).

RFP2024 yang sudah memasuki edisi kali ke-13 ini telah dianjurkan sejak tahun 2007 dan kali terakhir ia diadakan adalah pada tahun 2022 yang lalu.

Sumber: Astro Awani/ Malaysia Traveller

Antara agensi dan syarikat yang turut serta dalam pameran tersebut adalah

  • Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)
  • Perbadanan Labuan (PL)
  • Jabatan Landskap Negara (JLN)
  • Majlis Perbandaran Sepang (MPS)
  • Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ)
  • Majlis Bandaraya Seremban (MBS)
  • Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP)
  • Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB)
  • Putrajaya Holding
  • Pulse Group 

Apa Yang Ada Di FLORIA Diraja Putrajaya?

Selain terdapat pameran bagi lebih 700,000 bunga-bungaan di sana, ada banyak lagi aktiviti menarik yang disediakan di sana.

Antaranya:

  • Astaka Flora yang mempamerkan bunga-bungaan dalam bangunan yang menghimpunkan penyertaan dari 10 buah negara Asia Tenggara.
  • Taman Malaysia Madani
  • Taman Diraja
  • 30 lot gerai jualan Garden Bazaar yang menjual pelbagai produk landskap, hortikultur dan perkebunan.
  • 14 lot Community Garden yang menjual hasil dan produk pertanian bandar dari Kebun Komuniti Putrajaya.
  • 8 lot gerai jualan kraftangan produk seni dan kraf tempatan oleh Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (PKKM).
  • 164 lot gerai jualan makanan dan minuman yang dikenali sebagai Feast Garden

Harga Tiket Untuk Para Pengunjung

Bagi anda yang berminat untuk berkunjung ke FLORIA Diraja Putrajaya (FRP2024) bersama ahli keluarga dan rakan-rakan pencinta bunga, berikut adalah senarai harga tiket:

  • Dewasa (MyKad): RM10
  • Kanak-kanak 7 tahun ke atas (MyKad): RM5
  • Dewasa (Tiada MyKad): RM30
  • Kanak-kanak 7 tahun ke atas (MyKad): RM25
  • Kanak-kanak bawah 7 tahun & OKU (MyKad & Non-MyKad): Percuma

Pembelian tiket boleh dilakukan dengan klik [DI SINI].

Kalau anda bimbang jika tersesat dalam FLORIA Diraja Putrajaya, berikut adalah peta lokasi di sana. Semoga ia membantu dan selamat berjalan-jalan!

Sumber: Floria Putrajaya
Sumber: Floria Putrajaya

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd