Now Reading
Itinerari 3 Hari 2 Malam Ke Jakarta Ini Sesuai Untuk Anda Yang ‘Kaki Shopping’. Jom!

Itinerari 3 Hari 2 Malam Ke Jakarta Ini Sesuai Untuk Anda Yang ‘Kaki Shopping’. Jom!

Antara barangan tempatan Indonesia yang anda boleh membeli-belah di Jakarta adalah jenama Reed & Moss, Alchemist, Roosy, Mornigsol dan sebagainya.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sejak akhir-akhir ini, banyak pula video yang viral di TikTok di mana kebanyakan lokasi menarik ditunjukkan adalah di Jakarta, Indonesia.

Yang paling best, katanya ada banyak jenama tempatan menarik dan dijual dengan harga yang murah. Bukan itu sahaja, terdapat pelbagai jenis kafe ‘hipster’ di Jakarta untuk korang yang suka ‘cafe hunting’.

Untuk korang yang belum pernah ‘explore’ Jakarta dan membuak-buak untuk bercuti ke sana dengan rakan-rakan, jom kami bantu senaraikan itinerari selama tiga hari dua malam di sana.


Itinerari 3 Hari 2 Malam Ke Jakarta

Itinerari ini kami sediakan khas untuk korang yang suka membeli-belah dan tak sabar untuk ‘shopping’ di Jakarta.

Jakarta ini besar ya sehingga ia dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti:

  • Jakarta Selatan
  • Jakarta Utara
  • Jakarta Pusat
  • Jakarta Timur
Sumber: KLM Malaysia

Sebagai info, penduduk Jakarta juga menggunakan perkhidmatan e-hailing seperti:

  • Grab
  • Gojek
  • AirAsia Ride
Sumber: Kr Asia

Tetapi kalau anda memilih untuk menaiki kereta, siap sedia untuk menghadapi kesesakan jalan raya mereka yang boleh tahan lama. Bak kata penduduk di sana, memang ‘macet’.

Tetapi jangan risau kerana Jakarta juga memiliki pengangkutan awam seperti LRT, MRT, Komuter dan bas awam kalau korang nak jimatkan kos dari segi pengangkutan.

Kalau korang dah bersedia untuk menerokai Jakarta, jom kita mulakan.

Day 1

Jadi untuk hari pertama selepas penerbangan tiba pada waktu pagi, korang boleh jalan-jalan di sekitar Jakarta Selatan atau juga disebut sebagai ‘Jaksel’ oleh masyarakat tempatan di sana.

Antara pusat membeli-belah popular yang ada di sekitar Jakarta Selatan adalah:

  • Grand Indonesia Mall
  • Plaza Indonesia
  • Lotte Shopping Avenue
  • Thamrin City
Sumber: Plaza Indonesia

Untuk korang yang suka ‘cafe hunting’, ada satu tempat iaitu Blok M yang mempunyai banyak kafe menarik di sana seperti:

  • Teru
  • Ruuang Kopi
  • Titik Temu
  • Scone Alley
  • Filosofi Kopi Perfecto
Sumber: PergiKuliner

Day 2

Untuk hari kedua pula, korang boleh explore ke sekitar Jakarta Utara yang berhampiran dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta.

Antara tempat menarik yang korang kena pergi terutamanya untuk ‘shopping’ jenama-jenama tempatan di sana adalah:

  • PIK Avenue
  • By The Sea Shopping District at Golf Island PIK
  • Central Market PIK
Sumber: Kumparan

Apabila sudah penat berjalan-jalan, mestilah korang lapar kan? Antara tempat makan yang korang boleh pergi sekitar Jakarta Utara ini adalah:

  • Pagi Sore, Komplek Rukan Golf Island di Pantai Indah Kapuk (PIK)
  • Aloha Pantai Pasir Putih PIK
  • Lands End PIK
Sumber: Tribunnews

Day 3

Untuk hari ketiga, korang mungkin perlu mengemas beg dan menyusun segala barangan yang dibeli hasil daripada membeli-belah selama dua hari.

Seelok-eloknya, anda bergerak ke lapangan terbang tiga ke empat jam lebih awal dan perlu mengambil kira tempoh kesesakan jalan raya di sana.


Jenama Tempatan Indonesia Yang Popular Dan Viral

Disebabkan terlalu banyak kedai yang best di sekitar Jakarta dan membuatkan korang rambang mata, jom kami kongsikan beberapa barangan jenama tempatan di sana yang boleh dibeli.

Antaranya:

  • Kasut Takkan
  • Kasut Reed & Moss
  • Kasut evol
  • Beg tangan Roosy
  • Baju 3 Mongkis
  • Pakaian Morningsol
  • Minyak wangi Alchemist
  • Produk mekap Somethinc
Sumber: Carousell

Sebenarnya ada banyak lagi jenama-jenama lokal di Indonesia yang korang boleh explore di sana.

Jadi apa tunggu lagi? Bolehlah mula planning dan survei harga tiket kapal terbang ke Jakarta, Indonesia sekarang!

Baca Artikel Berkaitan: Trip Balik Hari Johor Bahru-Singapura Dengan Bajet RM220 Je! Cukup Untuk Naik MRT, Bas & Makan

Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Ini Kongsi Itinerari 10 Hari 9 Malam Di Jepun

Baca Artikel Berkaitan: Wanita Ini Kongsi Itinerari Ke Bali Dengan Bajet RM1,500 Seorang Untuk 8H7M


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd