Tokyo Street Di Pavilion KL Rai Ulang Tahun Ke-13 Dengan Tema ‘Maneki Neko Matsuri’
Sambutan ulang tahun ke-13 Tokyo Street di Pavilion Kuala Lumpur pada tahun ini diraikan selama sebulan dari 13 Julai sehingga 13 Ogos 2024.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Tokyo Street di Pavilion Kuala Lumpur kini meraikan ulang tahun ke-13 mereka dengan menawarkan pelbagai aktiviti menarik menerusi kempen bertemakan ‘Maneki Neko Matsuri’.
Untuk pengetahuan anda, Maneki neko atau ‘lucky cat’ merupakan patung yang popular dalam budaya Jepun kerana mereka percaya bahawa ia boleh membawa tuah yang baik.
Sepanjang bulan ini, sambutan tersebut juga akan diselitkan dengan budaya ‘kawaii’ dan pelbagai lagi tradisi Jepun yang mengagumkan.

Pameran Maneki Neko Matsuri Selama Satu Bulan
Kempen ini dilaksanakan dengan tema Maneki Neko Matsuri, sebuah pameran khas oleh seorang penggiat seni bernama Chun Yu akan disediakan untuk orang ramai.
Terdapat pelbagai bentuk patung ‘lucky cat’ yang anda boleh lihat di pameran berkenaan.

Mulai sekarang hingga 13 Ogos, pembeli boleh menikmati pelbagai aktiviti pengalaman Jepun termasuk bengkel maneki neko seperti membuat tanah liat kucing bertuah.
Bengkel tersebut akan berlangsung pada 13 Julai jam 3pm dan 21 Julai jam 5pm.
Selain itu ada juga bengkel membuat ‘lucky cat felt bag’ pada 14 dan 20 Julai jam pukul 3pm serta 27 Julai jam 4pm.

Antara Kedai-kedai Menarik Di Tokyo Street, Pavilion Kuala Lumpur
Apabila berada di Tokyo Street, anda akan merasa seolah-olah berada di Jepun kerana hiasan dan rekaan bentuk di kebanyakan premis yang menggunakan warna seperti kayu buluh.

Untuk anda yang belum pernah ke Tokyo Street, jom kami kongsikan beberapa kedai menarik di sana. Antaranya:
#1. Koun Na Neko

Koun Na Neko ini merupakan kedai menjual pelbagai jenis dan corak patung kucing yang juga digelar sebagai ‘Lucky Cat’.
Bagi masyarakat Jepun, mereka percaya bahawa patung kucing yang dilihat melambai-lambaikan tangan boleh membawa tuah, nasib yang baik dan hubungan yang sihat.
- Lokasi: Lot 6.29.00, Level 6, Tokyo Street
- Waktu operasi: Dibuka setiap hari pada jam 10AM sehingga 10PM.
#2. Haru To Natsu

Kalau anda perasan, rata-rata kediaman di bertemakan Jepun akan mementingkan elemen minimalis, selesa serta mementingkan bau yang wangi.
Di Haru To Natsu ini, anda boleh mendapatkan pelbagai jenis bau-bauan seperti lilin aromaterapi, beg potpourri dan banyak lagi wangian rumah yang sesuai.
- Lokasi: Lot 6.24.03, Level 6, Tokyo Street.
- Waktu operasi: Dibuka setiap hari pada jam 10AM sehingga 10PM.
#3. Bubu Kōbō

Siapa kata mi hanya boleh dinikmati untuk hidangan ‘savoury’ sahaja? Tarikan menarik di Bubu Kōbō iaitu pencuci mulut mont blanc Jepun baru-baru ini telah memasuki pasaran Malaysia di Tokyo Street.

Dengan tiga perisa untuk dipilih iaitu Kuri, Coklat dan Matcha, Bubu Kōbō juga menggabungkan kek span atau meringue pada bahagian bawah pencuci ini dan ia dihiasi dengan kepingan serta puri pilihan anda.
- Lokasi: Lot 6.14.00, Level 6 Tokyo Street.
- Waktu operasi: Dibuka setiap hari pada jam 10AM sehingga 10PM.
#4. Match Hero Kyoto

Kepada ‘matcha lover’ sekalian, anda perlu berkunjung ke kedai ke premis yang menjual pelbagai hidangan Matcha di sini seperti pencuci mulut aiskrim dan minuman yang dibuat khas menggunakan teh hijau Marukyu Koyamen.
Antara minuman yang anda perlu cuba di sini adalah Matcha Latte. Kalau nak lagi sedap, boleh juga tambah susu oat. Memang ‘umph’!
- Lokasi: Lot 6.16.00, Level 6, Tokyo Street.
- Waktu operasi: Dibuka setiap hari pada jam 10AM sehingga 10PM.
#5. Kuma Yukata

Bagi menjadikan pengalaman anda di Tokyo Street ini seakan-akan di Jepun, boleh juga mendapatkan pakaian tradisional Jepun di Kuma Yukata. Pakaian lelaki, wanita atau kanak-kanak, semuanya ada di sini.
Alang-alang sudah lengkap berpakaian seperti kimono, apa kata ajak ahli keluarga bergambar di sebuah ‘photobooth’ di Studio 808.
- Lokasi: 6.35.00, Level 6, Tokyo Street.
- Waktu operasi: Dibuka setiap hari pada jam 10AM sehingga 10PM.
Tawaran Menarik Untuk Para Pelanggan Tokyo Street
Apabila anda selesai membeli-belah, boleh ke kaunter concierge Tokyo Street di Aras 6 kerana terdapat hadiah menarik untuk para pelanggan.
Terhad kepada satu penebusan bagi setiap pelanggan setiap hari, pembeli yang membelanjakan sekurang-kurangnya RM130 di mana-mana premis di kedai Tokyo Street dalam satu resit, anda layak untuk mencuba mesin maneki neko gachapon dan menerima hadiah istimewa.

Pastikan anda turut serta dalam cabutan bertuah ‘Spend & Win’, di mana 13 pemenang akan dipilih untuk menerima jam tangan Casio atau lilin wangi berinspirasikan Jepun.
Untuk maklumat lanjut mengenai Tokyo Street, boleh terus melayari Pavilion KL atau menghubungi Concierge Pavilion Kuala Lumpur di talian 03 2118 8833.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.



