Now Reading
Taman Tema Dinosaur Terbesar Di Malaysia Kini Dibuka, Harga Tiket Serendah RM45

Taman Tema Dinosaur Terbesar Di Malaysia Kini Dibuka, Harga Tiket Serendah RM45

Monkeys Canopy Resort secara rasminya telah membuka sebuah taman dinosaur terbesar di Malaysia iaitu Dino Desert pada 25 Mei lalu.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sempena dengan cuti sekolah sehingga 3 Jun ini, para ibu bapa pastinya merancang lokasi yang sesuai untuk membawa anak-anak berjalan bagi mengisi masa lapang mereka dengan aktiviti berfaedah.

Kebiasaannya, tempat yang menjadi tumpuan ramai adalah taman tema air, pulau percutian, kampung halaman dan sebagainya.

Ada satu lagi tarikan terbaharu yang boleh dikunjungi oleh seisi keluarga iaitu taman dinosaur iaitu Dino Desert.


Dino Desert Dibuka Di Sungai Long, Kajang

Baru-baru ini, Monkeys Canopy Resort yang terletak di Sungai Long, Kajang, Selangor secara rasminya telah membuka sebuah taman dinosaur terbesar di Malaysia pada 25 Mei lalu.

Taman tema dinosaur seluas 11 ekar ini mempunyai pelbagai jenis spesies patung dipersembahkan bersama dengan papan infografik bagi memberikan lebih banyak info kepada para pengunjung.

Sumber: Instagram @monkeyscanopy
Sumber: Instagram @monkeyscanopy

Setiap patung tersebut dibina dengan saiz sebenar serta mengeluarkan bunyi.

Confirm korang akan rasa seperti sedang hidup pada zaman purba dengan keberadaan replika haiwan berkenaan.

Antara spesies dinosaur yang dipasang di taman tema ini adalah Mamenchisaurus dan Archaeopteryx.

Sumber: Instagram @monkeyscanopy
Sumber: Instagram @monkeyscanopy

Kalau pergi waktu malam pun best juga kerana mempunyai lampu berwarna-warni yang terang.

Sumber: Instagram @monkeyscanopy

Sebagai info, kebanyakan spesies patung itu adalah di kawasan terbuka dan tidak berbumbung. Jadi, digalakkan untuk memakai pakaian yang bersesuaian dan juga lupa untuk bawa payung sekali ya.


Harga Tiket Masuk

Bagi korang yang teringin untuk ke lokasi ini bersama ahli keluarga mahupun rakan-rakan, jom kami senaraikan harga tiket masuk seperti di bawah:

  • Dewasa: RM55
  • OKU, warga emas berusia 60 tahun ke atas dan kanak-kanak 3 hingga 12 tahun: RM45
  • Kanak-kanak bawah 2 tahun: Percuma

Pembelian tiket boleh dilakukan di laman web mereka dengan klik [DI SINI].


  • Alamat: Monkeys Canopy, Lot 683, Jalan Persiaran Sg Long Hill, Sungai Long, 43200 Cheras, Selangor.
  • Waktu operasi: Dibuka setiap hari pada jam 10:00 pagi sehingga 10:00 malam.

Baca Artikel Berkaitan: Kampung Ala-Ala Hobbit Kini Dibuka Di Cameron Highlands, Harga Tiket Tak Sampai RM50!

Baca Artikel Berkaitan: 5 Tempat Menarik Untuk Anda Lakukan Aktiviti ‘Indoor’ Sekitar Lembah Klang

Baca Artikel Berkaitan: Taman Tema Air SplashMania, Berbaloi Ke Pergi?


Jenis-jenis Dinosaur Yang Pernah Wujud Di Dunia

Sebelum korang bawa anak-anak ke Dino Desert ini, bolehlah ajak si kecil untuk mempelajari serba sedikit tentang spesies dinosaur yang wujud di dunia.

Mana tahu lama-kelamaan mereka berkebolehan untuk menghafal kesemua nama tersebut. Antaranya:

  • T-Rex (Tyrannosaurus Rex)
    • Sering dilihat dalam filem Jurrasic Park dan boleh memakan sehingga 230 kilogram daging dalam sekali santapannya.
  • Brontosaurus
    • Spesies herbivor yang memakan tumbuh-tumbuhan dan ketinggiannya boleh mencecah 27 meter dan berat 38 tan.
  • Stegosaurus
    • Juga sejenis herbivor dan mempunyai duri-duri pada bahagian badan sebagai ‘penarik’ untuk mencari pasangan.
  • Triceratops
    • Spesies bertanduk dengan ukuran kepala yang paling besar jika dibandingkan dengan dinosaur yang lain.
  • Velociraptor
    • Sejenis dinosaur yang memakan daging yang juga pernah muncul dalam filem Jurrasic Park.

Tahu tak, kajian saintis berpendapat bahawa kanak-kanak yang mampu menghafal nama dinosaur dengan betul mempunyai potensi untuk menjadi seseorang yang bijak.

Bolehlah perlahan-lahan pupuk anak untuk menggemari spesies haiwan ini.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd