Now Reading
Wanita Kongsi Itinerari 6 Hari 5 Malam Di Korea, Sesuai Untuk Beginner. Kos RM3,300 Je!

Wanita Kongsi Itinerari 6 Hari 5 Malam Di Korea, Sesuai Untuk Beginner. Kos RM3,300 Je!

Harga tiket kapal terbang untuk perjalanan pergi balik ke Korea adalah sekitar RM1,200 untuk seorang menaiki penerbangan AirAsia.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Korea Selatan adalah salah satu destinasi yang menjadi pilihan buat rakyat Malaysia untuk pergi bercuti.

Budaya Korea seperti makanan mereka ditambah pula dengan rancangan K-drama membuatkan masyarakat Malaysia teringin untuk menerokai sendiri negara Korea yang selama ini dilihat di kaca televisen sahaja.


Kos Untuk Memudahkan Perjalanan Dari Segi Pengangkutan Dan Penginapan

Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh seorang pengguna X (Twitter @zatilaznina), wanita ini menceritakan perjalanannya ke Korea Selatan selama 6 hari 5 malam bersama rakan dengan bajet RM3,300 untuk seorang.

Katanya, itinerari yang dikongsikan sesuai untuk mereka yang pertama kali ke negara tersebut tanpa menggunakan servis ejen pelancongan.

Tiket Kapal Terbang

Untuk tiket kapal terbang, mereka menempah penerbangan AirAsia semasa jualan murah dan berjaya membeli tiket pergi balik berserta daftar masuk beg 20 kilogram dan hidangan makanan dengan harga RM1,200 seorang.

Penerbangan mereka dianggarkan dalam tempoh enam jam tanpa sebarang transit.

Penginapan

Penginapan mereka telah ditempah menerusi aplikasi Airbnb. Kepada anda yang mahu mencari lokasi penginapan best berhampiran Seoul, boleh cari di sekitar Yongsan-gu.

Kos penginapan mereka adalah sekitar RM1,600 untuk dua orang selama 6 hari 5 malam.

K-ETA

Bagi membolehkan anda memasuki negara ini, para pelancong diwajibkan untuk membuat permohonan visa yang dipanggil K-ETA dengan bayaran RM19 seorang yang boleh dimohon [DI SINI].

Discover Seoul Pass

Dengan adanya Discover Seoul Pass ini, anda boleh menjimatkan kos kerana ia boleh memasuki pelbagai lokasi menarik secara percuma.

Antara lokasinya adalah:

  • Namsan Tower
  • Lotte World
  • Gyeongbokyung Palace
  • Seoul Hop On Hop Off
  • Sewa pakaian tradisional Korea iaitu Hanbok selama satu hari

Pas ini juga berfungsi sebagai kad T-Money untuk menaiki pengangkutan awam. Senang kata ia seperti kad Touch ‘n Go yang perlu ditambah nilai apabila mahu digunakan.

Jika anda mahu membeli pas ini untuk digunakan dalam tempoh 48 jam, ia berharga RM235 untuk seorang.

Pengangkutan Awam

Bagi membolehkan anda menggunakan pengangkutan awam seperti kereta api bawah tanah dan bas, perlu ada kad T-Money yang telah ditambah nilai. Kalau anda nak tahu jadual pengangkutan awam pula, boleh muat turun aplikasi Naver Map atau Citymapper.


Itinerari 6 Hari 5 Malam Di Korea Dengan Bajet RM3,300 Seorang

Day 1

Untuk hari pertama, lokasi yang dituju adalah Seoul dan Myeongdong Street.

Dari Lapangan Terbang Incheon, anda boleh menaiki kereta api laju AREX untuk ke Seoul menggunakan Discover Seoul Pass atau menaiki bas dengan harga RM40 seorang.

Di Myeongdong Street, ia dikenali sebagai ‘syurga’ produk penjagaan wajah dan juga makanan jalanan (street food) yang viral di Korea.

Sumber: Twitter
Day 2

Pada hari kedua, mereka ke Gyeongbokgung Palace untuk menyewa pakain tradisional Hanbok dan bergambar di lokasi berkenaan.

Masuk ke Gyeongbokgung Palace ini adalah percuma jika ada memakai Hanbok. Tetapi bayaran RM12 dikenakan kepada mereka yang memakai pakaian biasa.

Sumber: Twitter

Kemudian, mereka ke Bukchon Hanok Village pula. Di sini, anda boleh melihat rumah-rumah lama Hanok.

Sumber: Twitter

Lokasi seterusnya adalah Ikseon-Dong iaitu terkenal dengan pelbagai kafe yang cantik. Baju-baju comel pun banyak dijual di sini.

Sumber: Twitter

Kalau anda suka tengok matahari terbenam, Naksan Park adalah tempat yang sesuai kerana pemandangannya cukup memukau.

Sumber: Twitter

Namsan Tower menjadi destinasi terakhir pada hari kedua. Kalau datang ke Korea tanpa melawat Namsan Tower, tidak lengkap percutian anda. Best sangat di sini, boleh tengok bandar Seoul dari bahagian atas.

Sumber: Twitter
Day 3

Percutian hari ketiga di Korea dimulakan dengan ke Lotte World yang mempunyai pelbagai permainan indoor dan outdoor untuk dicuba.

Di sini, katanya ada trend di mana pengunjung memakai baju sekolah seperti pelajar Korea. Jadi, jangan terkejut jika anda melihat banyak kedai yang menjual pakaian sekolah di dalam Lotte World.

Sumber: Twitter

Selepas puas berjalan di Lotte World, anda boleh bersiar-siar di Hongdae. Suasananya lebih kurang seperti di Myeongdong Street tetapi lebih meriah dengan kumpulan busking.

Day 4

Hari keempat agak berlainan kerana mereka berjalan-jalan di luar kawasan Seoul untuk melihat keindahan alam semula jadi di beberapa lokasi.

  • Petite France

Tempat ini pernah menjadi lokasi perfileman untuk k-drama My Love From The Star dan Secret Garden. Bolehlah merasa ala-ala di Perancis. Selain itu, satu lagi tarikan yang ditambah di sini iaitu Italy Village Pinocchio.

Sumber: Twitter
  • Gangchon Rail Bike

Anda boleh menaiki rail bike sepanjang enam kilometer selama 40 minit sambil melihat pemandangan alam semula jadi. Rancangan realiti televisyen Running Man pun pernah shooting di sini.

Sumber: Twitter
  • Nami Island

Siapa pernah tengok k-drama Winter Sonata? Di Nami Island inilah lokasi penggambaran mereka. Memang cantik ya di sini.

Sumber: Twitter

Selepas selesai ke tiga lokasi ini yang ditempah menerusi aplikasi Klook dengan pakej RM235 seorang, mereka ke Banpo Bridge untuk melihat pertunjukan air pancut pelangi.

Sumber: Twitter
Day 5

Kepada anda yang mahu memborong barangan cenderamata, boleh berkunjung ke Namdaemun Market. Banyak sungguh ya barang murah-murah di sini.

Selepas puas membeli-belah, lokasi seterusya adalah Starfield Coex Library. Perpustakaan ini terkenal sebagai lokasi yang Instagramable. Setiap sudut cantik untuk bergambar.

Sumber: Twitter

Tempat-tempat Makan Yang Halal Di Korea

Kepada anda yang mencari kedai-kedai makan Halal di Korea, berikut adalah lokasi yang anda boleh pergi:

  • Iftar, Hongdae.
  • KimSeri Restaurant, Myeongdong.
  • BusanJib, Myeongdong.
  • Kampungku, Itaewon.
  • Jipbab Kimseonseng, Itaewon.
  • Gosame, Sinchon.
  • Insadong Pot Sujebi, Insadong.
  • YangGood Halal BBQ, Itaewon.
  • Manis Kitchen, Itaewon.
  • Yell-O Chicken, Itaewon.
  • Maru, Insadong.
  • Agak-agak, Namdaemun.
  • Kimseri Restaurant, Myeongdong.
Sumber: Twitter

Macam best juga kalau dapat jalan-jalan pergi Korea kan? Kena simpan duit dari sekarang ni!

Artikel Berkaitan: Hanya Dengan RM3K, Korang Boleh Travel Ke Finland Selama 7 Hari. Berbaloi Juga!

Artikel Berkaitan: Pernah Ditolak Kerja Kerana Bertudung, Wanita Ini Berjaya Buka Restoran Sendiri Di Korea [Video]

Artikel Berkaitan: Trip 5H4M Ke Sabah Dengan Kos RM1,200 Seorang Termasuk 2 Hari ‘Island Hopping’!

Artikel Berkaitan: Lelaki Ini Kongsi Itinerari Trip Bajet Ke Turki. RM3,600 Je Seorang!


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd