Now Reading
PARKROYAL Langkawi Resort Bakal Dibuka Pada 15 Februari 2023 Buat Para Pelancong

PARKROYAL Langkawi Resort Bakal Dibuka Pada 15 Februari 2023 Buat Para Pelancong

PARKROYAL Langkawi menawarkan koleksi enam jenis bilik, lapan jenis suite, dan tujuh vila yang luas dan eksklusif dengan kemudahan yang unik.

Siti Murni
parkroyal langkawi

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


PARKROYAL Langkawi Resort, sebuah hartanah di bawah Pan Pacific Hotels Group mengumumkan akan membuka set terbarunya bagi mengalu-alukan para pelancong bermula pada 15 Februari 2023.

PARKROYAL Langkawi Resort merupakan resort tepi pantai dengan 301 bilik yang terletak di lokasi strategik iaitu sepanjang Pantai Tengah.

BACA JUGA: Nak ‘Test’ Deruan Adrenalin Di Langkawi? Jom Cuba 7 Aktiviti Ini!

Bersedia untuk menjadi resort pilihan utama di The Isle of Legends, PARKROYAL Langkawi menawarkan koleksi enam jenis bilik, lapan jenis suite, dan tujuh vila yang luas dan eksklusif dengan kemudahan yang unik.

Para tetamu akan disambut dengan pengalaman hospitaliti kelas pertama di CASSIA iaitu tempat makan sepanjang hari (all-day dining venue) yang mempamerkan masakan tempatan dan antarabangsa teater kulinari.

Pulau indah yang kaya dengan pesona misteri ini juga terletak berdekatan dengan tarikan tempatan seperti Underwater World, Sky Bridge Langkawi, Langkawi Wildlife Park & Bird Paradies, dan banyak lagi.

LANCAVA memenuhi keperluan tetamu yang lebih suka berehat sambil menikmati hidangan lazat dengan pemandangan luar biasa.

Restoran dan bar ‘vibrant’ dan moden menyediakan makanan laut pantai dengan pengaruh Asia Tenggara – merangkumi falsafah farm-to-table dengan memiliki taman tersendiri untuk menanam herba segar dan aromatik.


PARKROYAL Langkawi Resort Tawar Pelbagai Fasiliti Menarik

Para tetamu yang lebih suka suasana tropika santai, boleh menuju ke Ocean View Lounge di mana anda boleh menikmati pemandangan lautan yang menyeluruh.

BACA JUGA: Nak Naik Langkawi Sunset Cruise? Ini Panduan Untuk Anda, Siap Harga!

Lounge pantai yang popular menawarkan pengalaman menarik setiap hari dengan acara bertema seperti Fiery Friday dan Sunday Funday, serta pelbagai aktiviti di pantai dan kolam renang, seperti DJ diikuti dengan hiburan pancaragam secara langsung.

Bukan itu sahaja, di PARKROYAL Langkawi Resort ini terdapat juga SUASANA Spa yang berfungsi sebagai tempat untuk ‘healing’ dari segi mental dan fizikal.

Anda juga boleh memanjakan diri dengan Traditional Malaysian Inspired Relaxation Rituals termasuk rangkaian terapi khas dan terapi holistik, seperti urutan badan, rawatan muka yang menenangkan, menyental badan, rawatan spa, diikuti dengan pelbagai rawatan kecantikan lain.

Terletak tidak jauh dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, PARKROYAL Langkawi Resort ialah tempat tumpuan di tepi pantai sempurna untuk kesemua jenis majlis, termasuk percutian tepi laut yang mewah, percutian romantis, teambuilding, atau percutian keluarga.

Resort ini juga mempunyai lapan tempat serba boleh yang dikhaskan untuk acara dan majlis MICE.

Untuk rekod, bermula sekarang hingga 28 Februari 2023, PARKROYAL Langkawi Resort mengadakan tawaran pra-pembukaan untuk semua tetamu yang ingin merasai pengalaman bangun tidur dengan pemandangan Pantai Tengah yang menakjubkan.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh KLIK SINI.

BACA JUGA: Blue Lagoon Langkawi Dianggap ‘Hidden-Gem’ Di Gunung Mat Cincang

BACA JUGA: Langkawi Rangkul Asia Best Awards 2022, Diiktiraf Salah Satu Pulau Terbaik Di Asia Tenggara


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

© 2021 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd