Now Reading
Pameran Tim Burton Akan Dibuka Pertama Kali Di Malaysia Mac Ini

Pameran Tim Burton Akan Dibuka Pertama Kali Di Malaysia Mac Ini

Pameran ‘The World of Tim Burton’ ini akan diadakan di Pavilion Bukit Jalil pada 21 Mac sehingga 30 Julai 2023.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Kalau anda pernah tengok filem Alice in Wonderland dan juga siri televisyen yang mendapat perhatian ramai di Netflix iaitu Wednesday, mesti anda perasan beberapa ciri unik dalam jalan ceritanya.

Dengan imaginasi pengarahnya yang tinggi, kedua-dua karya tersebut mempunyai unsur magik dan ‘supernatural’ melibatkan setiap watak dalam ceritanya.

Kepada anda yang suka dengan karya komedi bercampur ‘horror’ dan ‘supernatural’ seperti di dalam filem Big Fish, Corpse Bride, Sweeny Todd dan Bettlejuice, ada berita baik untuk anda.

Pengarah filem Tim Burton buat pertama kalinya akan melancarkan pameran ‘The World of Tim Burton‘ di Asia Tenggara pada tahun ini.

Yang lagi best, pameran tersebut bakal diadakan di Malaysia bertempat di Pavilion Bukit Jalil pada 21 Mac sehingga 30 Julai 2023.

pameran the world of tim burton di pavilion bukit jalil
Sumber: timburton.com

Pameran Seni Tim Burton Yang Pertama Di Malaysia

Mungkin ada tertanya-tanya, ada apa di pameran seni Tim Burton ini nanti?

Rakyat Malaysia yang bakal berkunjung ke pameran Tim Burton di Pavilion Bukit Jalil ini berpeluang untuk melihat sendiri lukisan, lakaran, gambar serta boneka yang digunakan dalam karya filemnya sebelum ini.

Pameran ini akan dibahagikan kepada 10 seksyen dengan tema yang berbeza bersama 540 karya seni dipamerkan termasuklah 150 karya istimewa Tim Burton yang belum pernah lagi ditunjukkan di Muzium Seni Moden (MoMA) di New York.

10 bahagian tema yang akan dipamerkan adalah:

  1. Influences
  2. Holidays
  3. Carnivalesque
  4. Figurative Works
  5. Misunderstood Outcast
  6. Film Characters
  7. Polaroids
  8. Around The World
  9. Unrealized Projects
  10. Artist’s Studio
pameran the world of tim burton di pavilion bukit jalil
Sumber: timburton.com
pameran the world of tim burton di pavilion bukit jalil
Sumber: timburton.com

Sebelum ini, pameran seni oleh Tim Burton ini mendapat kunjungan melebihi 800,000 orang ketika beliau mempamerkan karya seni miliknya di Muzium Seni Moden (MoMA) di New York pada tahun 2009.

Lebih mengagumkan lagi, jumlah pengunjung tersebut dicatatkan sebagai yang ketiga tertinggi dalam sejarah MoMA.

pameran the world of tim burton di pavilion bukit jalil
Sumber: timburton.com

Selain Malaysia pameran seni ini juga akan membuat kunjungan di beberapa negara lain seperti:

  • Seoul, Korea Selatan
  • Prague, Czech Republic
  • Tokyo, Jepun
  • Brühl, Jerman
  • São Paulo, Brazil
  • Hong Kong
  • Mexico City, Mexico

Harga Tiket Masuk Ke Pameran Tim Burton Di Pavilion Bukit Jalil

Pameran ‘The World of Tim Burton’ di Malaysia yang dianjurkan oleh Toybox Projects dengan kerjasama Eurasion Entertaiment Consultants Ltd dan KOL Nation akan mula membuka jualan tiket kepada orang ramai pada 11 Januari ini.

Senarai harga adalah seperti berikut:

  • Dewasa: RM88
  • Warga emas 60 tahun ke atas: RM68
  • Kanak-kanak 6 hingga 12 tahun: RM68
  • Orang Kurang Upaya (OKU): RM48
  • Kanak-kanak bawah lima tahun: Percuma
pameran the world of tim burton di pavilion bukit jalil
Sumber: timburton.com

Harga tiket bagi mereka yang membuat pembelian awal (early bird) akan mendapat diskaun sebanyak RM20 bagi setiap kategori. Kalau nak beli walk-in pun boleh juga.

Pihak penganjur juga akan menawarkan harga kombo bagi seisi keluarga, kumpulan besar dan pakej VIP bagi membolehkan pengunjung dapat melawat pameran ini lebih daripada sekali.

Pembelian tiket boleh dilakukan di laman web KOL Nation dan juga TicketCharge.

pameran the world of tim burton di pavilion bukit jalil
Sumber: timburton.com

Untuk sebarang maklumat lanjut tentang Pameran ‘The World of Tim Burton’ di Malaysia ini, boleh klik [DI SINI].


Tentang Tim Burton

Tim Burton dikenali ramai sebagai salah seorang artis yang paling imaginatif dan pembuat filem yang mampu merealisasikan kesan visual yang paling hebat ke dalam karyanya.

Dilahirkan di Burbank, California pada tahun 1958, Tim Burton menuntu pengajian di California Institute of the Arts (CalArts) untuk menjadi perintis dalam genre sinematik yang aneh dan tidak pernah wujud sebelum ini.

pameran the world of tim burton di pavilion bukit jalil
Tim Burton. (Sumber: South China Morning Post/timburton.com)

Salah satu karyanya iaitu rancangan televisyen Wednesday telah pun menjadi siri nombor satu di Netflix seluruh dunia.

Walaupun dikenali sebagai pembuat filem, Tin Burton juga merupakan seorang artis seni yang berbakat termasuklah dari segi penghasilan seni halus, fotografi dan juga arca.

Karya seninya yang cukup kreatif dan mengagumkan juga digelar sebagai ‘Burtonesque‘.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd