Go-Kart Elektrik ‘Underground’ Kini Ada Di Malaysia. Jom Cuba!
MyKart Raceway yang terletak di Tropicana Gardens Mall, Petaling Jaya, Selangor ini baru sahaja dibuka pada 24 Disember 2022 yang lalu.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Kepada mereka yang suka permainan lumba kereta, mesti anda akan teruja setiap kali bermain go-kart dengan kawan-kawan dan ahli keluarga. Automatik rasa macam tengah berlumba di litar Formula One (F1) bila main go-kart.
Untuk pengetahuan anda, sesetengah kereta go-kart ini menggunakan bateri atau bahan api untuk menghidupkannya.
Tetapi buat pertama kalinya di Malaysia, sudah wujudnya kereta go-kart yang menggunakan elektrik sepenuhnya. Ada yang kata macam bawa Tesla ya!
Go-Kart Versi Elektrik ‘Underground’ Pertama Di Malaysia Bertempat Di Tropicana Gardens Mall
Untuk anda yang gemarkan aktiviti lasak, boleh cuba satu-satunya permainan go-kart elektrik bawah tanah yang pertama di Malaysia iaitu MyKart Raceway terletak di Tropicana Gardens Mall, Petaling Jaya, Selangor.
Dengan trak maksimum sejauh 600 meter dan mempunyai pelbagai jenis selok-belok yang mencabar, mesti ramai yang akan ‘adrenaline rush’.
Terdapat empat jenis peringkat Go-Kart di MyKart Raceway iaitu:
- Advance Kart (600 meter)
- Junior Kart (260 meter)
- Double Kart (260 meter)
- Mini Kart (105 meter)
Harga & Tempoh Bermain Bagi Setiap Individu
Oleh kerana MyKart Raceway baru sahaja dibuka pada 24 Disember 2022 yang lalu, buat masa ini mereka hanya menawarkan Advance Kart dengan harga promosi sempena pembukaan.
Harga adalah berbeza mengikut pakej seperti berikut:
Pakej Individu
- Isnin hingga Jumaat: RM58
- Sabtu, Ahad dan Cuti Umum: RM68
Pakej Minimum Lapan Orang Pemain
- Kombo A
- RM150 (Isnin hingga Jumaat), RM170 (Sabtu, Ahad, Cuti Umum)
- Tempoh berlatih dan bermain: 10 minit
- Jumlah pusingan: 10 pusingan litar
- Kombo B
- RM225 (Isnin hingga Jumaat), RM255 (Sabtu, Ahad, Cuti Umum)
- Tempoh berlatih: 10 minit
- Tempoh bermain: 10 minit
- Jumlah pusingan: 10 pusingan litar
Selain itu, barangan keperluan seperti sarung tangan dan sebagainya juga dijual secara berasingan mengikut harga di bawah:
- Sarung muka dan kepala (Balaclava): RM7
- Sarung tangan: RM5
- Kombo Balaclava dan sarung tangan : RM10
- Stokin: RM5
Kalau anda nak bawa sarung tangan, stokin atau balaclava sendiri pun boleh juga, lebih digalakkan.
Prosedur Sebelum Bermain Go-Kart di MyKart Raceway
Pihak MyKart Raceway menggalakan para pelanggan mereka untuk membuat tempahan menerusi WhatsApp mereka terlebih dahulu bagi memastikan ada mempunyai slot masa tersendiri.
Nak walk-in pun boleh juga, tapi bergantung kepada kekosongan slot pada hari tersebut. Tempahan boleh dilakukan dengan menghantar mesej ke nombor WhatsApp 016-9022988.
Paling penting, pastikan anda memakai pakaian yang bersesuaian seperti kasut tertutup. Dress atau skirt adalah tidak dibenarkan sama sekali.
Untuk maklumat lanjut berkaitan MyKart Raceway ini, boleh klik [DI SINI].
- Alamat: B4-GK-01, Basement 4, Tropicana Gardens Mall, No. 2A Persiaran Surian, Tropicana Indah, 47810 Petaling Jaya, Selangor.
- Waktu operasi:
- Selasa hingga Khamis: 12:30PM – 10:00PM
- Jumaat: 3:30pm – 12:00AM
- Sabtu, Ahad dan Cuti Umum: 10:00AM – 12:00AM
- Ditutup pada hari Isnin
Selain itu, terdapat pelbagai lagi aktiviti ‘indoor’ yang anda boleh lakukan di sekitar Lembah Klang seperti permainan kasut roda, SuperPark, Taman Tema Berjaya Times Square dan banyak lagi.
BACA JUGA: 5 Tempat Menarik Untuk Anda Lakukan Aktiviti ‘Indoor’ Sekitar Lembah Klang
BACA JUGA: We Tried Rollerskating At 1 Utama’s RollerWa And Here’s Our Take
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.