Now Reading
Bosan Weekend Ni? Jom Sertai Aktiviti Sekitar Lembah Klang Dari 1 Hingga 4 Disember

Bosan Weekend Ni? Jom Sertai Aktiviti Sekitar Lembah Klang Dari 1 Hingga 4 Disember

Dari pameran seni, festival dan konsert, pelbagai jenis aktiviti yang anda boleh sertai hujung minggu ini di sekitar Lembah Klang.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Bulan Disember ini memang masa yang paling ‘ngam’ untuk anda keluar berjalan-jalan kerana akan ada banyak aktiviti terutamanya menjelang perayaan Krismas dan akhir tahun.

Jadi kepada anda yang ingin beraktiviti hujung minggu ini dengan kawan-kawan dan ahli keluarga dari 1 hingga 4 Disember, berikut adalah senarai aktiviti di sekitar Lembah Klang yang anda boleh sertai.

Antaranya:


1 Disember (Khamis)

1. Jajan Viral Food Fair @ Open Boxx, SACC Mall (30 November – 3 Disember)

Dalam pesta makanan ini, anda akan jumpa macam-macam jenama pencuci mulut dan coklat dalam satu tempat. Confirm rambang mata tak tahu nak beli yang mana satu.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari Facebook dan Instagram mereka.

2. Pameran Seni Digital iNyala @ Fahreinheit88 (26 November – 25 Disember)

Di pameran seni digital ini, anda boleh menghayati 17 karya seni yang bertemakan 17 Matlamat Pembangunan Mampan (SDG).

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web mereka [DI SINI].

3. Viva Batik Malaysia 2022 @ Pasar Seni (29 November – 11 Disember)

Sempena Hari Batik Kebangsaan pada 3 Disember, anda boleh mendapatkan semua barangan jenis Batik seperti baju, aksesori, kraftangan dan banyak lagi di Pasar Seni pada 29 November sehingga 11 Disember ini.

Layari laman Instagram rasmi mereka untuk mengetahui maklumt lanjut tentang pameran tersebut.

4. Festival Sungai Klang (25 November – 4 Disember)

Festival Sungai Klang ini meraikan kesenian, warisan, komuniti dan kekayaan biodiversiti sungai yang memberi kehidupan kepada Sungai Klang.

Antara aktiviti yang bakal berlangsung dalam festival ini adalah seperti persembahan ‘live’, pameran seni dan buku serta banyak lagi yang boleh disertai oleh para pengunjung.

Kepada anda yang ingin mengetahui jadual penuh festival ini, boleh klik [DI SINI].


2 Disember (Jumaat)

1. Konsert Epik High Is Here @ Zepp KL

Kumpulan hip hop Korea Selatan iaitu Epik High akan datang ke Malaysia hujung minggu ini untuk konsert jelajah album studio mereka yang ke-10 berjudul Epik High Is Here.

Tiket dijual dengan harga bermula RM398 sehingga RM798 dan boleh dibeli [DI SINI].

2. Festival One Less @ Sunway Nexis

Dengan adanya lebih 120 vendor, Festival One Less ini boleh menjadi lokasi untuk anda mula praktis membeli-belah yang secara bijak dan mampan serta menikmati aktiviti yang menyeronokkan bersama kawan dan ahli keluarga.

Festival ini juga katanya ada Free Silent Disco Party dengan cara mendengar lagu menerusi ‘headphone’ pada 2 dan 3 Disember. Macam menarik juga tu!

Maklumat lanjut tentang festival ini boleh didapati [DI SINI] dan kepada anda yang berminat untuk menyertai Free Silent Disco Party, boleh pra-daftar [DI SINI]

3. Pameran Permainan Alt-Shift-Play @Muzium Telekom (2 – 4 Disember)

Terokai permainan Australia yang menarik dan inovatif dalam pameran permainan video ini di Muzium Telekom. Selain itu, pameran ini juga menganjurkan ceramah, bengkel dan lebih 20 permainan digital.

Buat penggemar permainan video, anda boleh datang ke sini untuk mencuba permainan baharu.

Maklumat lanjut tentang pameran ini boleh didapati di laman web mereka.


3 Disember (Sabtu)

1. FiestaPLATS 2022 @ Dataran Merdeka Shah Alam

Berlangsung pada 3 dan 4 Disember bermula jam 8:00 pagi sehingga 10:00 malam, Fiesta PLATS @ KAWAN 2022 yang dianjurkan oleh kerajaan Selangor menyediakan pelbagai aktiviti kepada para pengunjung.

Antaranya belon air panas, karnival, lukisan seni wajah, jualan makanan dan macam-macam lagi.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web mereka.

BACA JUGA: Selangor Government Organises Fiesta PLATS @ KAWAN 2022 From 3-4 December To Uplift Local Entrepreneurs

2. Pameran Seni We & I Artfest 2022: The Unseen Disability @Muzium Telekom

Saksikan persembahan ‘live’ dan karya seni daripada komuniti Orang Kurang Upaya (OKU) di pameran ini selama dua hujung minggu iaitu pada 3-4 Disember dan 9-10 Disember.

Untuk maklumat lanjut tentang acara atau untuk menempah slot anda, boleh klik [DI SINI].


4 Disember (Ahad)

2. Konsert Moshi Rock RE:cONNECT @ Angguk Studio

Bagi peminat J-rock/pop, Anime, Komik & Permainan, anda boleh enjoy barisan gig rock di Angguk Studio di Ara Damansara di konsert ini bermula jam 3:00 petang.

Anda masih boleh mendapatkan tiket dengan harga RM25 sehingga RM30 [DI SINI] dan dapatkan maklumat lanjut di laman web mereka [DI SINI].

2. Kabut In The Park 9.1 @ Taman Awam Pangkalan Batu, Klang

Sempena Pesta Sungai Klang yang berlangsung di pelbagai tempat sehingga 4 Disember, mereka turut berkolaborasi dengan Kabut In The Park pada hari terakhir.

Terdapat banyak aktiviti yang dianjurkan seperti car boot sale, menaiki teksi sungai, mendaki batu dan banyak lagi.

Untuk maklumat lanjut, layari Facebook Kabut In The Park atau Instagram Klang River Festival.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd