Now Reading
Pameran ‘Van Gogh Alive’ Di KL Dibuka 17 Disember Ini

Pameran ‘Van Gogh Alive’ Di KL Dibuka 17 Disember Ini

Pameran seni digital ‘Van Gogh Alive’ dibuka setiap hari kepada orang awam bermula 17 Disember 2022 ini sehingga 16 Mac 2023 di Pavilion Bukit Jalil.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Buat penggemar seni Van Gogh di Malaysia, anda berpeluang untuk menghadiri sebuah pameran multmedia ‘Van Gogh Alive’ yang bakal dilancarkan di Pavilion Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Memetik laporan The Star, pameran seni digital ini akan mempamerkan karya-karya seni Van Gogh menerusi projektor termasuklah lukisan The Starry Night dan juga Sunflowers.

Pameran ini dibuka setiap hari kepada orang awam bermula 17 Disember 2022 ini sehingga 16 Mac 2023.

Sumber: The New Yortk Times

‘Van Gogh Alive’ dipersembahkan oleh Grande Experiences yang berpangkalan di Australia dan jualan tiket pameran berkenaan di Malaysia diuruskan oleh FrameMotion Studio Sdn Bhd dan Meta Doers World Holding Berhad.

Berkeluasan kira-kira 1,900 kaki persegi, pameran yang bakal diadakan di Pavilion Bukit Jalil Kuala Lumpur ini akan bertempat di sebuah galeri.

Sehingga kini, pameran ‘Van Gogh Alive’ telah melebarkan sayapnya di lebih 80 buah negara seluruh dunia dan menerima lebih 8.5 juta pengunjung.

Sumber: The San Diego Tribune Union-Tribune

Tentang Van Gogh

Van Gogh atau nama sebenar Vincent Willem van Gogh merupakan seorang pelukis Belanda pada abad ke-19 yang kini dikenali di seluruh dunia.

Memetik sumber, Van Gogh telah menghasilkan 2,100 karya seni termasuklah 860 lukisan cat minyak. Namun, hanya satu lukisan sahaja yang terjual sepanjang riwayat hidupnya.

Selepas beliau meninggal dunia, hampir kesemua lukisannya laris terjual dan dilaporkan sebagai lukisan termahal di dunia.

Antara lukisan Van Gogh yang menjadi fenomena seluruh dunia The Starry Night, Sunflowers dan Café Terrace at Night.

BACA JUGA: Balai Seni Buka Pameran ‘Walking Through A Songline’ Hingga September Ini

BACA JUGA: Nak Jalan-jalan Tapi ‘Broke’? Ini Tempat Percuma Yang Anda Boleh Pergi Sekitar Lembah Klang


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd