Now Reading
AirAsia Lancar Jualan Tambang Murah Serendah RM21 Sempena Ulang Tahun Ke-21

AirAsia Lancar Jualan Tambang Murah Serendah RM21 Sempena Ulang Tahun Ke-21

Jualan ini bakal berlangsung sehingga 4 Disember untuk tempoh perjalanan antara 1 Mac 2023 dan 30 Mac 2024 dengan pilihan perjalanan lebih fleksibel dalam tempoh 12 bulan.

airasia

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Jualan yang dilancarkan pada hari ini (29 November) bakal berlangsung sehingga 4 Disember untuk tempoh perjalanan antara 1 Mac 2023 dan 30 Mac 2024 dengan pilihan perjalanan lebih fleksibel dalam tempoh 12 bulan.

Bermula daripada RM21, para tetamu boleh menikmati lebih nilai ke pelbagai destinasi kegemaran mereka seperti:

  • Langkawi.
  • Pulau Pinang.
  • Krabi.
  • Terengganu.
  • Singapura.
  • Phu Quoc dan banyak lagi destinasi jarak dekat yang lain.

Tempahan boleh dibuat menerusi aplikasi airasia Super App atau laman web.

Para tetamu yang ingin melancong ke destinasi lebih jauh kini boleh terbang bersama AirAsia X ke destinasi seperti:

  • Perth.
  • Taipei.
  • Tokyo.
  • Seoul.
  • Melbourne.
  • Auckland dan banyak lagi.

Destinasi jarak jauh ini tersedia untuk tempoh perjalanan mulai hari ini sehingga 30 April 2023 daripada RM399 untuk tempat duduk ekonomi, atau RM1,499 untuk tempat duduk Premium Flatbed.

Bukan itu sahaja, tetamu juga berpeluang menikmati promosi terhad dan hidangan dalam penerbangan PERCUMA* dari Kuala Lumpur ke Langkawi, Kuching dan Kota Kinabalu.

Nikmati hidangan Santan airasia dalam penerbangan ke destinasi popular untuk tempahan penerbangan yang dibuat mulai sekarang sehingga 30 November 2022.

Pelbagai hidangan percuma seperti juadah Asia, antarabangsa, dan vegetarian tersedia untuk tempoh perjalanan antara 1 Disember 2022 hingga 30 Mac 2024.

Kami berbesar hati untuk menyambut ulang tahun ke-21 tahun sebagai peneraju tambang rendah kepada lebih 700 juta tetamu. Lazimnya, hanya golongan yang berpendapatan tinggi sahaja mampu untuk menaiki penerbangan tetapi AirAsia telah merevolusikan serta mendemokrasikan industri penerbangan dengan menjadikannya berpatutan untuk semua. Jutaan tetamu kami merupakan pelancong kali pertama yang tidak mampu menaiki penerbangan sebelum AirAsia memulakan operasinya pada 8 Disember 2001. Selama 21 tahun, kami bukan sahaja menghubungkan para tetamu dengan orang tersayang, malah ke destinasi baharu yang unik dengan tambang berpatutan. Kami kekal komited untuk menyediakan akses kepada perjalanan udara dengan lebih nilai untuk semua.

Karen Chan, Ketua Pegawai Komersial Kumpulan (Penerbangan).

Karen dalam masa yang sama menjelaskan bahawa AirAsia dipacu oleh bakat dan inovasi kukuh yang telah menjadikan mereka sebuah platform pelancongan sehenti.

“Sempena ulang tahun ini, kami ingin menawarkan tambang rendah kepada tetamu kami ke destinasi kegemaran mereka! Terima kasih kerana anda terus setia menyokong kami selama 21 tahun,” jelas Karen.


AirAsia Tawar Hadiah Percuma

airasia

Bagi meraikan sambutan tahun yang penuh istimewa daripada pembukaan semula sempadan negara, AirAsia akan menawarkan pelbagai hadiah percuma, aktiviti yang menyeronokkan, dan banyak lagi!

AirAsia juga akan mengumumkan jualan untuk laluan baharu tidak lama lagi. Ia merupakan permulaan permulaan baharu selepas 21 tahun dengan berjuta-juta penerbangan dan hampir satu bilion tetamu yang diterbangkan.

Untuk maklumat lanjut, ikuti @flyairasia di Instagram.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd