Now Reading
AirAsia Tambah Laluan Baharu Dari Pulau Pinang Ke Bali

AirAsia Tambah Laluan Baharu Dari Pulau Pinang Ke Bali

AirAsia akan menawarkan tambang berpatutan antara Bali dan Pulau Pinang daripada RM159 termasuk semua sehala bermula hari ini (12 Oktober) hingga 16 Oktober 2022.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Pulau Pinang bakal mengalu-alukan lebih ramai ketibaan pelancong serantau pada tahun ini kerana AirAsia Malaysia (AK) akan melancarkan laluan terus baharu dari Bali (Denpasar) bermula pada 20 Oktober 2022.

Penerbangan dua kali seminggu itu akan menambah kekerapan AirAsia Malaysia ke Pulau Pinang berjumlah 156 penerbangan setiap minggu.

Ini menjadikan Pulau Pinang sebagai hab kedua terbesar AirAsia di Malaysia selepas Kuala Lumpur dengan kekerapan penerbangan antarabangsa terbanyak.

Sempena meraikan pengumuman itu, AirAsia akan menawarkan tambang berpatutan antara Bali dan Pulau Pinang daripada RM159 termasuk semua* sehala bermula hari ini (12 Oktober) hingga 16 Oktober 2022 untuk tempoh perjalanan antara 20 Oktober 2022 dan 25 Mac 2023.

Pengumuman hari ini adalah bukti komitmen kami untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai destinasi pelancongan pilihan di rantau ini sejajar dengan memorandum kerjasama (MOC) yang telah ditandatangani dengan PGT pada bulan Ogos lalu. Pelancaran laluan terus baharu ini bukan sahaja menawarkan perjalanan yang lancar untuk para tetamu kami, malah akan meningkatkan kemasukan pelancong serantau dan menyokong ekonomi tempatan di kedua-dua buah negara. Ini juga bertepatan dengan misi kami untuk memperkasakan rakyat tempatan dan kesejahteraan masyarakat dengan merangsang perjalanan udara dan memacu sektor pelancongan.

Riad Asmat, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia.

Riad dalam masa yang sama turut berkata, “Pulau Pinang memainkan peranan penting dalam pertumbuhan kami dan sebagai pemain utama dengan bahagian pasaran terbesar sebanyak 50% sebagai sebuah kumpulan, kami akan terus mengembangkan perkhidmatan ke negeri ini pada masa hadapan”.

Selain itu, dengan 92 rangkaian destinasi sambungan lain melalui perkhidmatan Fly-Thru ke Pulau Pinang, AirAsia menjangka akan menerbangkan lebih ramai pelancong ke Pulau Mutiara.


AirAsia Malaysia (AK) mengendalikan 156 penerbangan setiap minggu melalui sembilan laluan ke Pulau Pinang dari Kuala Lumpur (49x seminggu), Johor Bahru (28x seminggu), Kota Kinabalu (14x seminggu), Kuching (14x seminggu), dan Langkawi (21x seminggu) serta Singapura (21x mingguan), Bandar Ho Chi Minh (4x mingguan), Jakarta (3x mingguan) dan Bali (2x mingguan).


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd