Now Reading
Fly High! AirAsia Lancar Jualan Tempat Duduk FREE Hari Ini. Ada 5,000,000 Slot!

Fly High! AirAsia Lancar Jualan Tempat Duduk FREE Hari Ini. Ada 5,000,000 Slot!

AirAsia X turut mengumumkan laluan popular Kuala Lumpur ke Jeddah kembali di atas permintaan ramai akan mula beroperasi sebanyak enam kali seminggu bermula 14 November.

airasia

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Tak senang duduk kan? Ya, sama.

AirAsia menawarkan jualan lima juta tempat duduk PERCUMA hari ini (19 September) bersempena meraikannya sebagai syarikat penerbangan tambang rendah terkemuka Asia.

Mulai hari ini sehingga 25 September, para pelanggan boleh menikmati tawaran tambang penerbangan untuk destinasi di seluruh Asean dan lain-lain untuk tempoh perjalanan antara 1 Januari dan 28 Oktober 2023.

airasia

Tempahan boleh dibuat di aplikasi airasia Super App atau laman web.

Jualan tempat duduk PERCUMA ini tersedia untuk pelbagai destinasi domestik dan antarabangsa popular di seluruh Asean termasuk:

  • Langkawi.
  • Pulau Pinang.
  • Johor Bahru.
  • Krabi.
  • Phu Quoc.
  • Singapura.

Kepada mereka yang ingin melancong lebih jauh, jualan ini juga tersedia bagi syarikat penerbangan jarak jauh AirAsia X dan Thai AirAsia X untuk penerbangan ke:

  • Korea Selatan, (Seoul).
  • Australia (Melbourne, Sydney, Perth, Auckland).
  • India (New Delhi).

Tempoh perjalanan adalah di antara 3 Oktober 2022 dan 28 Oktober 2023.


AirAsia X Umum Penerbangan Terus Baharu Dari KL Ke Jeddah & Tokyo/Sapporo, Jepun.

Dengan penyambungan semula operasi semua syarikat penerbangan ke pasaran-pasaran utama, AirAsia X juga mengumumkan penerbangan terus baharu dari Kuala Lumpur ke Jeddah di Timur Tengah dan ke Tokyo (Haneda) dan Sapporo di Jepun. Ia akan dilancarkan pada bulan November dan Disember serta sedia untuk ditempah mulai sekarang.

Laluan popular Kuala Lumpur ke Jeddah kembali di atas permintaan ramai akan mula beroperasi sebanyak enam kali seminggu bermula 14 November..
(Sumber: Visit Saudi)

Bukan itu sahaja, penerbangan terus ke Tokyo (Haneda) dan Sapporo juga telah kembali. Boleh tempah sekarang dengan tempoh perjalanan antara 21 November 2022 dan 24 Mac 2023 untuk Tokyo dan 1 Disember 2022 dan 1 Februari 2023 untuk Sapporo.

Kami teruja untuk kembali terbang tinggi dengan semangat baharu dan kami ingin meraikannya bersama-sama para tetamu yang terus menyokong kami. Walaupun Covid telah mengubah dunia selama-lamanya, kami masih menawarkan tambang rendah yang sama. Sebagai sebuah syarikat penerbangan untuk semua, kami berbangga kerana dapat menghubungkan orang ramai ke pelbagai destinasi.

Karen Chan, Ketua Pegawai Komersial Kumpulan AirAsia.

*Tertakluk kepada terma dan syarat*.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd