Balai Seni Buka Pameran ‘Walking Through A Songline’ Hingga September Ini
Pameran ‘Walking Through A Songline’ dianjurkan di Balai Seni Kuala Lumpur bertujuan menghargai budaya dan kreativiti masyarakat Orang Asli Australia.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Selain pusat membeli-belah, sebenarnya ada banyak lagi lokasi menarik sekitar Lembah Klang yang anda boleh terokai seperti kafe ‘aesthetic’ dan pelbagai taman tema air.
Tapi bila fikir duit pula, macam tinggal habuk je dalam dompet. Nak duduk rumah bosan pula.
Tak apa, kami boleh bantu selesaikan masalah anda. Sebenarnya, ada beberapa tempat di Kuala Lumpur dan Selangor yang membolehkan anda masuk secara percuma sahaja.
BACA JUGA: Nak Jalan-jalan Tapi ‘Broke’? Ini Tempat Percuma Yang Anda Boleh Pergi Sekitar Lembah Klang
Pameran seni digital ‘Walking Through A Songline’ di Balai Seni Negara
Antara lokasi yang anda boleh pergi hujung minggu ini adalah pameran seni digital ‘Walking Through A Songline’ di Balai Seni Negara, Kuala Lumpur.
Menurut laporan, pameran seni ini diinspirasikan dari komponen Songlines: Tracking the Seven Sisters yang juga pernah dipamerkan di Muzium Negara Australia.
Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia Dr Justin Lee memaklumkan bahawa rakyat Malaysia adalah penonton antarabangsa pertama yang berpeluang untuk menyaksikan pameran ini.
Apa yang anda boleh terokai di pameran ini?
Pameran seni digital yang dianjurkan ini adalah untuk menghargai seni, budaya dan kreativiti masyarakat Orang Asli Australia.
‘Walking Through A Songline’ membolehkan pengunjung untuk mempelajari zaman purba menggunakan teknologi seni visual versi digital timbul (multi-sensory).
Penonton berpeluang untuk menyelami kisah sejarah ketika zaman kuno dan kepintaran artistik Orang Asli Australia serta menghargai hubungan unik masyarakat dengan tanah air mereka.
Pesuruhjaya Tinggi Australia Dr Justin Lee.
Kalau anda ingin merasai sendiri pengalaman di pameran seni digital ‘Walking Through A Songline’, jom ajak rakan-rakan atau ahli keluarga ke Balai Seni Negara hujung minggu ini.
Tiket kemasukan: Percuma
Tarikh pameran berlangsung: Jun sehingga September 2022.
Lokasi: Balai Seni Negara, No. 2, Jalan Temerloh, Titiwangsa, 53200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu operasi: Setiap hari (9AM – 5PM)
BACA JUGA: Bas KL Hop-On Hop-Off Bawa Ke Istana Negara & Pelbagai Lokasi Menarik Sekitar Kuala Lumpur
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.