5 Lokasi Eksklusif Sekitar Lembah Klang Untuk ‘High Tea’
Antara hotel yang menawarkan pakej High Tea adalah seperti Grand Hyatt dan Banyan Tree Kuala Lumpur.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Bila hujung minggu, kadang-kadang rasa macam nak keluar rumah tapi tak nak pergi shopping mall sebab dah biasa sangat. Tambah pula sekarang ini tempat tersebut jadi tumpuan orang ramai. Makin sesak ya!
Kalau rasa nak beraktiviti, mungkin anda boleh cuba buat aktiviti outdoor seperti kayak, mendaki atau bermain di taman tema air.
Untuk mereka yang suka cafe hunting, cuba ajak kawan-kawan cuba beberapa kafe menarik sekitar Lembah Klang.
BACA JUGA: Ini 5 Kafe Estetik & Instagramable Baharu Di KL. Nak #OOTD Pun Boleh!
Tapi kalau ada nak cuba sesuatu yang lebih eksklusif, apa kata pergi minum petang di beberapa lokasi eksklusif sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Banyak je tempat yang tawarkan pakej High Tea bergantung kepada bajet anda.
Antaranya lokasi menarik adalah seperti berikut:
1. Thirty8, Grand Hyatt Kuala Lumpur
Thirty8 diberi nama sedemikian kerana berada di tingkat 38 Grand Hyatt yang terletak di tengah-tengah ibu kota Kuala Lumpur. Hotel ini juga terkenal dengan pemandangan ikonik Menara Berkembar Petronas.
Set minum petang: 3-Tier Afternoon Tea Set untuk dua orang (RM168) dan High on Flavors Afternoon Tea Buffet (RM189) untuk seorang.
Waktu operasi: 3-Tier Afternoon Tea Set (Isnin – Jumaat, 12.00 PM hingga 5.00 PM) dan High on Flavors Afternoon Tea Buffet (Sabtu dan Ahad, 12.00 PM hingga 5.00 PM).
Lokasi: Thirty8 @ Grand Hyatt Kuala Lumpur, Level 38, No. 12, Jalan Pinang, 50450 Kuala Lumpur.
2. Altitude, Banyan Tree Kuala Lumpur
Terletak di tingkat 53 Banyan Tree Kuala Lumpur, Altitude menyediakan pelbagai jenis manisan dan minuman untuk anda yang ingin minum petang dengan santai. Lighting kat sini pun boleh tahan cantik. Boleh juga ber-OOTD di sini.
Set minum petang: Indulge In Altitude’s Signature Afternoon Tea (anggaran harga RM123 seorang)
Waktu operasi: Setiap hari (3.00 PM – 5.00 PM)
Lokasi: Altitude, Level 53, Banyan Tree Kuala Lumpur, 2, Jalan Conlay, 50450 Kuala Lumpur.
3. Atmosphere 360, Menara KL
Restoran Atmosphere 360 ini berada pada ketinggian 282 meter dalam Menara Kuala Lumpur. Sambil-sambil makan, boleh juga menikmati pemandangan di sekitar ibu kota dari atas.
Minum petang di sini disediakan dalam bentuk bufet dan anda juga akan dapat free flow minuman seperti kopi, teh dan air sejuk. Kalau anda mahu duduk bersebelahan dengan tingkap, bayaran tambahan RM25 akan dikenakan.
Set minum petang: Bufet High Tea
Isnin – Jumaat: Dewasa (RM75), warga emas serta kanak-kanak 5-12 tahun (RM58) dan kanak-kanak bawah empat tahun (RM25)
Waktu operasi: Setiap hari (3.30 PM – 5.30 PM)
Lokasi: TH02, Menara Kuala Lumpur, 2, Jalan Puncak, 50250 Kuala Lumpur.
4. The Orchid Conservatory, The Majestic Hotel KL
Dihiasi dengan bunga-bunga orkid yang cantik di setiap sudut, pastinya lokasi ini sesuai untuk anda yang sukakan suasana flora sambil menikmati minum petang dengan tenang. Nak #OOTD ala-ala princess pun memang cantik sangat. So Instagramable!
Set minum petang: RM280 untuk dua orang.
Waktu operasi: Setiap hari (3.00 PM – 6.00 PM)
Lokasi: The Majestic Hotel, No. 5, Jalan Sultan Hishamuddin, Perdana Botanical Gardens, 50000 Kuala Lumpur.
5. Latitude 02, Le Meridien Putrajaya
Di Latitude 02, konsep moden dan bergaya digabungkan. Dengan minuman kopi yang cukup ‘umph’ serta manisan eclair, Latitude 02 merupakan salah satu lokasi yang sesuai untuk bermesyuarat secara santai sambil menikmati juadah ringan.
Set minum petang: RM168 untuk dua orang.
Waktu operasi: Setiap hari (12.00 PM – 6.00 PM)
Lokasi: Le Méridien Putrajaya Hotel, Ioi Resort, 62502 Putrajaya, Selangor
Banyak sebenarnya tempat yang best untuk minum petang di sekitar Lembah Klang ini kan? Jomlah hujung minggu ni kita ‘high tea’ hunting pula. Jangan lupa pakai cantik-cantik untuk bergambar nanti ya.
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.