Now Reading
Terokai LEGOLAND Malaysia Resort Bersama Team TRP Selama 3 Hari 2 Malam

Terokai LEGOLAND Malaysia Resort Bersama Team TRP Selama 3 Hari 2 Malam

LEGOLAND Malaysia Resort kini melancarkan Festival Build The Thrills dari 15 April sehingga 26 Jun 2022.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Team TRP baru-baru ini telah menerima jemputan dari pihak LEGOLAND Malaysia Resort untuk merasai sendiri pengalaman di taman tema mereka selama tiga hari dua malam.

Sepanjang tempoh itu, macam-macam pengalaman menarik yang kami dapat. Rasa macam tak puas pula duduk sana tiga hari je.

LEGOLAND Malaysia yang pertama di Asia

LEGOLAND ini sebenarnya berasal dari mana?

LEGOLAND dimiliki dan beroperasi menerusi syarikat taman tema British iaitu Merlin Entertainments yang mula dibina pada tahun 1968 di Billund, Denmark dan diikuti di England pada tahun 1996.

Tidak lama selepas itu, LEGOLAND dibuka pula di beberapa negara seperti Jerman, Korea, Jepun, Dubai, Amerika Syarikat dan Malaysia.

Untuk pengetahuan anda, LEGOLAND Malaysia Resort adalah yang pertama dibuka di Asia pada 15 September 2012 dan menjadi cawangan keenam di seluruh dunia.

Sumber: Go Ticket

Nak tahu apa aktiviti Team TRP di sana sepanjang tiga hari dua malam? Jom!

Day One.

Selepas tiga jam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Johor, akhirnya kami tiba di LEGOLAND Hotel.

Masuk je bilik hotel kami yang bertemakan ‘Adventure’, terus hilang rasa penat. Memang menarik betul dekorasi bilik di sini.

Hotel mereka memang cukup selesa ya. Siap ada ruangan asing untuk tempat tidur anak-anak.

Sumber: Legoland Malaysia

Pelancaran Festival ‘Build the Thrills’

Pada jam 5.30 petang, kami bergerak dari hotel ke taman tema LEGOLAND untuk menyertai pelancaran Festival ‘Build The Thrills’.

Bila tiba di pintu masuk mereka, memang terpukau mata tengok semua hiasan yang dibina menggunakan permainan lego. Amazing sangat!

Bukan itu sahaja, ruangan lapang juga dihiasi dengan patung yang cukup mengujakan.

Ketika majlis pelancaran Festival ‘Build The Thrills’, pelbagai jenis persembahan yang ditunjukkan. Kami yang dewasa ini pun terpesona dengan persembahan mereka. Best!

Sumber: Nurfarahin/ TRP

Selepas selesai sesi pelancaran festival berkenaan, kami dijemput untuk berbuka puasa di Bricks Family Restaurant yang menyajikan pelbagai jenis hidangan.

Dari masakan Melayu seperti nasi, sushi, makanan laut dan pencuci mulut semuanya ada.

Sumber: Nurfarahin/ TRP

Day Two.

Hari kedua adalah hari di mana mencuba pelbagai jenis taman tema di sini. Kami pun excited sama dengan kanak-kanak yang lain.

SEA LIFE

Tarikan pertama yang kami masuk adalah di SEA LIFE yang merupakan akuarium antarabangsa terbesar di dunia dengan lebih 50 cawangan di seluruh negara.

Di sini, terdapat banyak jenis haiwan laut yang kami dapat lihat seperti kuda laut, obor-obor, udang galah dan pelbagai jenis ikan.

Yang paling best, kami turut berpeluang untuk memegang sendiri permukaan badan tapak sulaiman. Once in a lifetime!


Taman tema Legoland

Taman tema ini terbahagi kepada lapan tema dan salah satunya adalah Miniland.

Di Miniland, anda boleh melihat pelbagai bangunan dibuat menggunakan lego bersaiz kecil.

Macam-macam bangunan ada seperti Menara Berkembar Petronas, Taj Mahal, Menara Kuala Lumpur dan banyak lagi.

Sumber: Nurfarahin/ TRP
Sumber: Nurfarahin/ TRP
Sumber: Nurfarahin/ TRP

Cukup dengan pemandangan yang memukau. Kini tiba untuk sesuatu yang lebih mencabar.

Walaupun agak gementar, tapi kami mencabar diri untuk menaiki dua jenis rides roller coaster mereka yang boleh tahan ‘seram’ juga.

Kecut perut juga kami waktu naik rides ini. Tetapi memang ianya satu pengalaman yang menarik dan memang takkan boleh dilupakan. Mana tidaknya, gugup jantung kami!

Water Park

Untuk pengetahuan anda, Water Park ini adalah yang terbesar di LEGOLAND sekitar Asia dengan 20 gelongsor air serta permainan air interaktif yang unik.

Antara permainan air yang kami sendiri cuba adalah seperti Brick Blaster, Red Rush, Lego Slide Racers, dan Splash & Swirl.

Sumber: Go Kelah

Memang seronok sangat. Tak cukup sekali, berulang kali juga turun naik gelongsor air di sini.

Kalau anda risau nak tinggal barang waktu bermain air, boleh juga simpan barang di loker yang disediakan dengan bayaran RM20 untuk saiz kecil dan RM40 untuk saiz besar.

Sumber: Nurfarahin/ TRP

Day Three.

Pada hari terakhir kami di sini, kami diminta untuk check out dari hotel pada jam 11 pagi.

Selepas siap berkemas, kami pun bye-bye kepada LEGOLAND Malaysia Resort.

Till next time!

Sumber: Agoda

Festival ‘Build The Thrills’

Bermula 15 April sehingga 26 Jun, LEGOLAND Malaysia Resort akan mentransformasikan taman tema mereka menjadi ‘dunia perlumbaan’ yang penuh dengan kereta permainan dan juga litar bersempena dengan Festival Build The Thrills.

Sumber: Nurfarahin/ TRP

Anda juga boleh bergambar dengan kereta Ferrari ikonik model 512 M yang dibina menggunakan LEGO.

Kereta yang seberat 280 kg dengan saiz 2700 x 1200 x 700 mm mengambil masa kira-kira 164 jam untuk dirangka dan 480 jam untuk dibina menggunakan 78,496 permainan LEGO.

Semua aktiviti yang disediakan untuk festival di LEGOLAND Malaysia Resort datang dari minat dan kami ingin mencipta kenangan yang akan sentiasa dingati oleh kanak-kanak bersama keluarga mereka.

Pengarah Bahagian LEGOLAND Malaysia Resort, CS Lim.

Festival ini merupakan salah satu kerjasama terbesar antara LEGO dan LEGOLAND Malaysia Resort yang direka untuk pengunjung tonjolkan minat mereka terhadap kereta, kelajuan dan juga LEGO.

Apabila kanak-kanak kembali ke sekolah selepas berehat panjang, acara itu melengkapkan pembelajaran mereka dengan pengalaman yang merangsang kreativiti. Festival Build The Thrills ini menjana pengalaman mengujakan seperti membina pit stop dan menguji kebolehan mereka untuk mengekspresi diri sambil berkomunikasi dengan orang lain.

Pengarah Bahagian LEGOLAND Malaysia Resort, CS Lim.

Jika anda berminat untuk menyertai festival ini, boleh dapatkan tiket untuk satu hari dengan diskaun sebanyak 30% sehingga 30 April 2022.

Untuk tempahan hotel pula, Themed Rooms bermula pada harga RM499 manakala RM599 bagi Premium Themes Hotel untuk satu malam.

Layari laman web www.legoland.com.my/ bagi mengetahui maklumat lanjut dan lebih banyak promosi.

Untuk anda yang berminat, cepat-cepat buat tempahan dan jangan terlepas peluang promosi ini okay?


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd