Now Reading
AirAsia Bakal Rancakkan Penerbangan Dengan Pembukaan Sempadan Negara

AirAsia Bakal Rancakkan Penerbangan Dengan Pembukaan Sempadan Negara

Lebih banyak laluan antarabangsa akan diperkenalkan bagi memenuhi permintaan dengan komitmen untuk langkah keselamatan ketat.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Tak sabar nak travel? Kami pun.

Berita baik untuk ‘wanderlust’ di luar sana, AirAsia mengalu-alukan pengumuman kerajaan Malaysia untuk membuka sepenuhnya sempadan antarabangsa pada 1 April 2022 dan bersedia untuk kembali lebih kuat dan terus merancakkan industri penerbangan.

Sejak AirAsia menyambung semula operasinya melalui gelembung perjalanan dengan tumpuan kepada perkhidmatan domestik, ia juga telah menyaksikan penyambungan semula penerbangan antarabangsa secara beransur-ansur seiring dengan pembukaan semula sempadan di seluruh dunia.

Dengan sekatan perjalanan yang semakin longgar, kumpulan syarikat penerbangan AirAsia telah meningkatkan kapasiti penerbangan domestiknya sebanyak 156% sejak Oktober 2021 yang bermula dengan gelembung perjalanan Langkawi.

Manakala kapasiti untuk penerbangan antarabangsa meningkat sebanyak 50% peningkatan sejak pengumuman kerajaan Malaysia pada 8 Mac 2022 lalu untuk pembukaan semula sempadan pada April ini dengan sejumlah 75 pesawat beroperasi pada masa ini secara keseluruhan dalam kumpulan.

Ini juga disokong oleh pembukaan semula negara lain seperti:

  • Thailand.
  • Filipina.
  • Indonesia.
  • Kemboja.
  • Singapura.
  • Vietnam.

Dengan beberapa laluan antarabangsa yang sedia beroperasi secara terhad, pengumuman pembukaan semula negara pasti memberikan rangsangan penting untuk menyokong kapasiti tambahan dalam kebanyakan pasaran antarabangsa utama AirAsia.

Kredit: AirAsia/MalayMail

Kami amat teruja untuk menyambung semula lebih banyak penerbangan di semua pasaran utama AirAsia di Malaysia, Thailand, Filipina dan Indonesia dan untuk menambah perkhidmatan tambahan ke beberapa destinasi antarabangsa popular AirAsia termasuk Bali, Manila, Bangkok, Ho Chi Minh City, Phuket dan banyak lagi, bermula pada bulan April. Operasi penerbangan domestik di seluruh kumpulan juga semakin rancak.

Bo Lingam, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Aviation Group Limited (AAAGL).

Baru-baru ini, AirAsia melancarkan empat laluan domestik baharu di Malaysia dari Kuching ke Langkawi, Pulau Pinang ke Sibu, Johor Bahru ke Bintulu dan Kota Kinabalu ke Kuala Terengganu pada tahun ini.

Dalam masa yang sama, Bo turut mengatakan mereka juga melihat perkembangan serupa di peringkat serantau untuk perkhidmatan domestik dan antarabangsa di Thailand, Filipina dan Indonesia.

Malah, AirAsia akan terus membuka laluan baru selaras dengan permintaan.

Perkhidmatan baharu akan diumumkan dalam masa terdekat apabila sempadan negara-negara lain dibuka semula secara beransur-ansur. Walaupun perkhidmatan domestik kami di seluruh kumpulan telah meningkat sebanyak 156% dalam beberapa bulan kebelakangan ini disebabkan oleh permintaan pengguna yang ketara, dan sebanyak 50% untuk antarabangsa, kami menjangkakan untuk kembali kepada tahap pra-Covid-19 sepenuhnya atau malahan lebih tinggi lagi menjelang penghujung tahun ini

Bo Lingam, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Aviation Group Limited (AAAGL).

Kekal Komited Dengan SOP Ketat.

AirAsia kekal komited untuk menyediakan perkhidmatan di bawah langkah kesihatan dan keselamatan yang ketat.

Satu pencapaian besar bagi AirAsia apabila 95% daripada keseluruhan tetamunya kini telah beralih untuk mendaftar masuk secara kendiri melalui airasia Super App dan laman web, satu inisiatif yang diwajibkan atas semua penumpang semasa kemuncak pandemik pada tahun lalu.

Untuk meminimumkan sentuhan fizikal dan mengurangkan tempoh untuk prosedur di lapangan terbang, para tetamu AirAsia digalakkan untuk mendaftar masuk kendiri secara dalam talian melalui airasia Super App dan menggunakan kemudahan daftar masuk bagasi automatik.

Mulai 1 April 2022 – hanya kumpulan penumpang tertentu sahaja akan diterima untuk daftar masuk melalui kaunter.

Antaranya:

  • Warga emas berusia 70 tahun ke atas.
  • Tetamu kurang upaya yang memegang kad OKU yang sah.
  • Tetamu perseorangan bawah umur (12-16 tahun).
  • Tempahan berkumpulan untuk 10 tetamu atau lebih.
  • Tetamu penerbangan sewa khas dan lebih lagi. 

Penggunaan airasia Super App adalah percuma dan boleh dimuat turun dari Apple App Store, Google Play Store atau Huawei AppGallery.


Nikmati perjalanan dengan tambang berpatutan dan lebih selamat dengan AirAsia.

AirAsia telah diiktiraf dengan tahap keselamatan dan integriti operasi tertinggi dengan penilaian 7/7 daripada pakar keselamatan industri penerbangan di airlineratings.com pada 2021 dan 2022.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd