Now Reading
3 Jenama Terkenal Thailand Kini Berada Di Pavilion Bukit Jalil

3 Jenama Terkenal Thailand Kini Berada Di Pavilion Bukit Jalil

Absolute Siam Store, ICONCRAFT dan Ecotopia adalah tiga jenama yang dibawa oleh Siam Piwat ke dalam pasaran Malaysia.

Farahin Fadzil

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


“Kalau anda tak mampu ke Thailand, kami bawakan Thailand kepada anda!”.

Pavilion Bukit Jalil mengalu-alukan pembukaan cawangan antarabangsa pertama Siam Piwat yang membawa tiga jenama ‘Made in Thailand’ iaitu Ecotopia, Absolute Siam dan ICONCRAFT.

Gedung ini yang berkonsepkan tiga dalam satu berkeluasaan 11,000 kaki persegi dan membolehkan anda untuk meneroka budaya dan kreativiti masyarakat Thailand dengan lebih santai.

Pelancaran Ecotopia, Absolute Siam, dan ICONCRAFT memberi peluang kepada pembeli tempatan dan antarabangsa untuk merasai pengalaman seolah-olah berada di Thailand tanpa meninggalkan Malaysia. Pembeli kini boleh meneroka jenama kreativiti Thailand di bawah satu bumbung dengan konsep yang unik.

Datuk Joyce Yap Ketua Pegawai Eksekutif Peruncitan Kuala Lumpur Pavilion Sdn Bhd dan Perancang Runcit Pavilion Bukit Jalil.
Sumber: Mutant Communication

Ketiga-tiga jenama iaitu Ecotopia, Absolute Siam Store dan ICONCRAFT mempunyai aspek budaya unik Thailand dengan cara tersendiri.

Ecotopia

Sumber: Lifestyle Asia

Fokus utama Ecotopia adalah untuk mewujudkan persekitaran dunia yang lebih baik dengan membawa moto “Together, We Co-Create a Better World”.

Melalui kolabaroasi daripada 12 orang pencipta eko, Ecotopia ingin memberi peluang kepada masyarakat merasai pengalaman baharu menerusi produk mesra alam atau digelar ekosentrik.

Sumber: TRP

Seasun Society, rangkaian penjagaan kulit mesra alam dan Magfish, sebuah perniagaan seni serta kraf menggunakan bahan kitar semula adalah antara jenama yang ditawarkan.

Absolute Siam Store

Sumber: TRP

Absolute Siam Store memberi tumpuan kepada fesyen avant-garde Thailand dan dipenuhi lebih 60 jenama fesyen, seni, teknologi dan gaya hidup ditawarkan di gedung berkonsepkan tiga dalam satu ini.

Antara pereka fesyen Thailand terkenal yang turut berkolabarasi adalah seperti Mahanakin, TA. THA. TA, Coralist, Sue dan Anona.

Boleh tahan unik juga fesyen orang Thailand ni!

ICONCRAFT

Sumber: Inside Retail Asia

ICONCRAFT mempamerkan seni dan kraf unik Thailand dan melibatkan lebih 800 penukang, pereka bentuk dan komuniti tempatan di seluruh Thailand.

Gedung ini boleh dijadikan platform kepada para penukang untuk menceburi dunia perdagangan moden yang semakin berkembang maju pada zaman ini.

Sumber: TRP

Hiasan rumah, kraftangan, artifak moden, wangi-wangian adalah antara produk yang ditawarkan.

Beberapa jenama yang ditampilkan adalah seperti Bangkok Baskets yang menjual beg ‘handmade’ dengan reka bentuk kontemporari dan Kitt. Ta. Khon yang menjual perabot tenunan tangan gaya moden.

Sumber: TRP

Kalau anda masuk ke dalam gedung berkonsepkan tiga dalam satu ini, rasanya seolah-olah seperti di Thailand! Memang syok betul.

Untuk maklumat lanjut tentang jenama Thailand ini, boleh layari laman sosial Ecotopia, ICONCRAFT dan Absolute Siam Store.

Apa tunggu lagi? Jom ajak kawan-kawan atau ahli keluarga pergi ‘Thailand’ hujung minggu ini!


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

View Comments (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

20 − four =

© 2021 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd