Now Reading
Big Bad Wolf Books Kini Di Kelantan Buat Kali Pertama Sehingga 6 Mac. Ada 95% Diskaun!

Big Bad Wolf Books Kini Di Kelantan Buat Kali Pertama Sehingga 6 Mac. Ada 95% Diskaun!

Buku Big Bad Wolf bertujuan untuk melahirkan generasi pembaca baharu dan meningkatkan pembacaan bahasa Inggeris.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Ulat buku di luar sana pasti tak senang duduk apabila jualan buku terbesar di dunia kali ini mengumumkan mereka buat kali pertamanya menuju ke Kelantan bersempena Jualan Buku ‘Mari Baco’.

Big Bad Wolf Books dengan misinya untuk ‘Mengubah Dunia, Berdikit-dikit dengan Buku’ (Changing The World, One Book At A Time) kini di Kelantan bermula dari 24 Februari hingga 6 Mac 2022.

Jualan selama 11 hari ini akan dibuka setiap hari dari 10 am hingga 10 pm di Lotus’s Kota Bharu dan menawarkan diskaun sehingga 95%!

Jualan Buku ‘Mari Baco’ – dengan tema eksklusif untuk Kelantan adalah sebahagian daripada kempen membaca Big Bad Wolf Books 2022 bertujuan memupuk tabiat membaca dalam kalangan rakyat Malaysia dengan menawarkan buku pada harga berpatutan.

Bermula dari Kelantan, Big Bad Wolf Books akan melawat negeri-negeri di negara ini dengan tema eksklusif berserta tawaran hebat.

Kempen membaca ini ialah sebahagian daripada misi Syarikat untuk terus menggalakkan orang ramai membeli sebuah atau dua buku sama ada untuk diri mereka, rakan atau keluarga mereka bertujuan untuk memperkasa pengetahuan mereka.

Buku Big Bad Wolf bertujuan untuk melahirkan generasi pembaca baharu dan meningkatkan pembacaan bahasa Inggeris.


Jualan Buku Terbesar Di Dunia.

Apabila tiba di Lotus’s Kota Bharu,  pengunjung akan dapat melihat ‘sarang serigala’ besar yang terletak di tempat letak kereta Lotus.

Sebaik sahaja memasuki ‘sarang serigala’ ini, pelawat boleh membelek lebih daripada 10,000 judul buku daripada pelbagai kategori sama ada untuk kanak-kanak, fiksyen atau bukan fiksyen!

Seperti di setiap ‘Jualan Buku Big Bad Wolf’ lain yang telah diadakan sejak 2009, rakyat Kelantan dari pelbagai peringkat umur kini akan dapat menikmati pilihan buku yang mampu dimiliki dan berkualiti dari Big Bad Wolf Books sepanjang tempoh jualan ini.


Promosi.

Di sepanjang Jualan Buku ‘Mari Baco’, pengunjung boleh menikmati tawaran eksklusif buku berbahasa Inggeris yang berharga sehingga 95% daripada harga runcit yang disyorkan, mencari permata yang jarang-jarang ditemukan di bahagian buku yang berharga RM3, RM5 dan RM8 dan banyak lagi.

Rakan kongsi Big Bad Wolf Books dan pengedar tempatan Malaysia, Kualiti Books, juga akan menawarkan pelbagai judul buku pendidikan dan hiburan berbahasa Melayu daripada PTS, IMAN Shoppe, Sasbasi, Pustaka Azhar bermula dari RM2.

Big Bad Wolf Books juga ingin menjemput pelajar kolej dan universiti untuk melawat ke jualan ini serta menikmati diskaun 5% daripada jumlah bil dengan pembelian minimum RM40.

Untuk menebus, pelajar hanya perlu mengemukakan kad pengenalan rasmi pelajar pada juruwang.

Selain itu, pelanggan pasar raya Lotus yang membelanjakan sekurang-kurangnya RM50 dalam satu resit semasa ‘Jualan Buku’ ini juga akan mendapat diskaun 5% daripada jumlah pembelian.

Untuk menebus diskaun, pelanggan hanya perlu menunjukkan resit sebarang nilai dari pasar raya Lotus.


Don’t miss out!

Jadi, tunggu apa lagi?

Dapatkan minuman di Lotus’s Kota Bharu dan bersiap sedia untuk mengembara ke dalam ‘Sarang Serigala’. Dikenali sebagai Jualan Buku Terbesar di Dunia, jualan ini sememangnya jualan buku yang tidak anda boleh lepaskan!

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Big Bad Wolf Books, sila lawati:

Hashtag: #BigBadWolfBooks #BBWKelate


Sumber: FMT

Jualan Buku Big Bad Wolf dilancarkan di Kuala Lumpur pada tahun 2009 hasil idea bernas oleh pengasas BookXcess, Andrew Yap dan Jacqueline Ng.

Misi utama Big Bad Wolf Books adalah untuk memupuk tabiat membaca, meningkatkan literasi Bahasa Inggeris di seluruh dunia dan membina generasi pembaca baharu dengan menawarkan buku berkualiti dengan harga yang berpatutan dan mudah diakses oleh orang ramai.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd