Now Reading
Jom Pergi Ke 20 Lokasi Menarik Ini Di Cameron Highlands

Jom Pergi Ke 20 Lokasi Menarik Ini Di Cameron Highlands

Ada macam-macam tempat menarik yang anda boleh terokai di Cameron Highlands.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Cameron Highlands adalah salah satu tempat menarik untuk dilawati di Malaysia yang sesuai buat pencinta alam semula jadi.

Terletak di Banjaran Titiwangsa dan dinamakan bersempena dengan ahli geologi serta penjelajah William Cameron, tempat ini terkenal dengan persekitarannya yang sejuk, menyegarkan dan mempesonakan. Menjadikannya salah satu tempat pelancongan tertua di Malaysia sejak tahun 1930.

BACA JUGA: Should Cameron Highlands Say Yes/No To Huge Theme Park?

Menerusi tweet yang dimuat naik oleh pemilik Twitter (Jalan Cuti Santai), mereka telah memberi beberapa cadangan tempat terbaik untuk anda kunjungi ketika berada di Cameron Highlands. Antara tempat tersebut adalah seperti berikut:

1. Ladang Teh BOH Sungai Palas

Sumber: Teh BOH

Ini adalah antara ladang teh yang paling popular di Cameron Highlands. Anda boleh mengunjungi kilang teh mereka secara percuma dan menikmati pelbagai hidangan untuk sarapan, makan tengah hari atau minum petang di kafe.

Alamat: Brinchang, 39100, Brinchang, Pahang.

Waktu operasi: 8.30 am – 4.30 pm (Tutup pada hari Isnin).

Tiket: Percuma.

2. Ladang Tea Bharat

Sumber: Instagram @ramona.gaun

Ini adalah tempat asal “Cameron Valley Tea”.

Alamat: 34 Mile Cameron Highland, 39000 Tanah Rata Pahang.

Waktu operasi: 9 am – 4 pm.

Tiket: RM3

3. Cameron Valley Tea House 1 & 2

Anda boleh bersiar-siar di taman kecil dan air terjun di lembah Tea House 1. Di Tea House 2 pula, anda boleh melihat pemandangan yang sama tetapi dengan ruang yang lebih luas. Kedua-dua tempat ini mempunyai ruang untuk melihat kawasan ladang teh dan kedai untuk anda membeli teh mereka.

Alamat: Batu 34, Jalan Besar, Cameron Highlands, Pahang.

Waktu operasi: 9 am – 4.30 pm.

Tiket: Percuma.

4. Cameron Adventurous

Sumber: Facebook Cameron Adventurous

Kalau anda sukakan aktiviti mencabar, ini adalah tempat yang sesuai! Anda boleh merasai pengalaman menaiki dua jenis ATV atau Safari Landrover 4×4 untuk menerokai ladang teh yang luas dan cantik.

Alamat: Cameron Valley Tea House 3, Jalan Besar Kuala Terla 39000 Cameron Highlands, Pahang, Malaysia.

Waktu operasi: 10 am – 5.30 pm (Isnin – Jumaat) dan 9 am – 6 pm (Sabtu dan Ahad).

Tiket: 4×4 – RM18 (Dewasa) dan RM12 (Kanak-kanak), ATV – RM80/90/100.

5. Pasar Malam Cameron Highlands

Pasar malam ini menjual produk asli penduduk Cameron Highlands termasuklah tanaman segar, buah-buahan, sayur-sayuran, bunga, tumbuhan, cenderahati dan pelbagai jenis makanan jalanan.

Alamat: Landmark Golden Hill Resort, Jln Sungai Ruil Brinchang, 39000 Brinchang, Pahang.

Waktu operasi: 5 pm – 11 pm (Pada setiap malam Jumaat dan Sabtu)

Tiket: Percuma.

6. Taman Agroteknologi MARDI

Ini adalah stesen penyelidikan pertanian yang menanam pelbagai jenis bunga seperti bunga ros, buah-buahan contohnya strawberi dan sitrus, sayur-sayuran dan banyak lagi.

Alamat: JKR266, Jalan Persiaran Endah, Tanah Rata Pahang, 39000 Tanah Rata.

Waktu operasi: 8 am – 5 pm (Tutup pada hari Selasa).

Tiket: RM5 (Dewasa) dan percuma untuk kanak-kanak.

7. Kebun & Kafe Strawberi/ YZ Agro Farm

Kebun strawberi dan juga kafe ini menyajikan hidangan makan tengah hari dan juga minum petang ala-ala barat seperti skon bersama jem strawberi.

Alamat: No.22, Kampung Taman Sedia, Tanah Rata, Cameron Highland, Pahang.

Waktu operasi: 8.30 am – 5 pm.

Tiket: Percuma.

8. KHM Strawberries & Jam

Sumber: Facebook KHM Strawberries & Jam

Selain ada kebun strawberi, tempat ini turut menawarkan pelbagai hidangan berperisa strawberi seperti nasi lemak dengan sambal strawberi.

Alamat: No.9, Kampung Taman Sedia, Tanah Rata 39000 Cameron Highland Pahang.

Waktu operasi: 8.30 am – 6 pm (Tutup pada hari Rabu).

Tiket: Percuma.

9. Cactus Point

Ini adalah antara tapak semaian bunga tertua di Cameron Highlands yang menjual pelbagai jenis kaktus bersama tumbuhan eksotik lain.

Alamat: Cactus Valley Pekan Lama, 39100, Brinchang, Pahang.

Waktu operasi: 9 am – 6 pm.

Tiket: Percuma.

10. Cactus Valley

Ini adalah lokasi di mana anda boleh melihat taman botani yang mempunyai pelbagai koleksi pokok kaktus, bunga dan tumbuhan hiasan.

Alamat: Cactus Valley Pekan Lama, 39100, Brinchang, Pahang.

Waktu operasi: 8 am – 6 pm.

Tiket: RM5 (Dewasa) dan RM2 (Kanak-kanak).

11. Ladang Lavender

Ladang lavender ini mempunyai pelbagai jenis bunga untuk dilihat dan menjadi hiasan yang cantik. Kalau anda datang ke sana, jangan lupa untuk rasa aiskrim Lavender mereka juga okay?

Alamat: Taman Tringkap, 39100, Brinchang, Pahang.

Waktu operasi: 9 am – 6 pm (Isnin-Khamis) dan 9 am – 7 pm (Jumaat-Ahad)

Tiket: RM15 (Dewasa) dan RM10 (Kanak-kanak).

12. Taman Rama-rama

Di sini, anda akan seronok melihat dan mempelajari tentang habitat pelbagai jenis rama-rama, serangga, dan haiwan lain di taman rama-rama. Jangan lupa cari rama-rama spesies “Rajah Brooke” waktu anda di sana.

Alamat: 43rd Miles, Kea Farm Brinchang, 39100 Brinchang Pahang.

Waktu operasi: 9 am – 6 pm.

Tiket: RM7 (Dewasa) dan RM4 (Kanak-kanak).

13. Ladang Lebah Cameron Highlands

Sumber: travelwitsun

Ada tiga jenis ladang lebah di sini seperti:

  • Ladang Lebah Cameron Tringkap.
  • Ladang Lebah Ee Feng Gu.
  • Apiary Highlands.

Jom lah datang ke sini dan belajar tentang penternakan lebah.

Alamat: Brinchang, 39000, Brinchang, Pahang.

Waktu operasi: 8 am – 7 pm.

Tiket: Percuma.

14. Muzium Terowong Masa

Nikmati muzium yang menarik ini dengan pelbagai barangan antik, artifak dan koleksi lama dari zaman dahulu di Cameron Highlands.

Alamat: Bersebelahan Kok Lim Strawberry Farm, UT/MR/F-255, Jalan Sungai Burong, 39100, Brinchang, Cameron Highland, Pahang.

Waktu operasi: 9 am – 6 pm.

Tiket: RM6 (Dewasa) dan RM4 (Kanak-kanak).

15. Fragrance Nursery

Sumber: cameron.com

Nurseri ini merupakan salah satu pembekal utama tanaman pasu ke seluruh negara Buat masa ini, tapak semaian mereka hanya tersedia untuk mereka yang ingin memborong tumbuhan tropika, sayur-sayuran serta buah-buahan seperti anggur.

Alamat: Batu 41, Jalan Kea Farm, Brinchang, 39100, Cameron Highland, Pahang.

Waktu operasi: 8 am – 6 pm.

Tiket: Percuma.

16. Pasar Brinchang Ladang Kea

Ini adalah lokasi yang sesuai untuk anda yang nak membeli hasil tanaman segar daripada petani di Cameron Highlands. Daripada sayur-sayuran dan buah-buahan hingga bunga segar, semuanya ada dan pasar ini akan dibuka setiap hari.

Alamat: 43 & 44, Medan Argo, Kea Farm, 39100 Brinchang, Pahang.

Waktu operasi: 8 am – 6 pm.

Tiket: Percuma.

17. Taman Orkid & Ros

Kalau anda seorang penggemar bunga, jangan lupa datang ke sini. Anda juga boleh membeli tanaman pasu dan beberapa jenis sayuran yang dijual.

Alamat: 74, Green Cow, Brinchang, 39000, Brinchang, Pahang.

Waktu operasi: 9 am – 6 pm.

Tiket: RM6 (Dewasa) dan RM4 (Kanak-kanak).

18. Taman Flora

Sumber: Instagram @ch_flora_park

Ingat lagi tak tempat viral yang orang bergambar di tangga putih yang cantik dan dikellilingi bunga berwarna ungu? Inilah tempatnya!

Mereka juga menawarkan aktiviti berkelah di tempat yang cukup Instagramable ini tetapi tawaran itu tidak termasuk makanan. Kalau anda nak ke sini, tak boleh datang dengan memandu kerana bukitnya yang beralun. Tapi jangan risau, pihak mereka akan mengambil pengunjung menaiki trak.

Alamat: Jalan Besar, Tanah Rata, 39000 Tanah Rata, Pahang.

Waktu operasi: 9 am – 7 pm.

Tiket: RM50 (Dewasa).

19. A’moss Farmstay

Sumber: Instagram @amoss_farmstay

Penginapan di ladang ini akan buatkan anda teringat rumah di sebuah filem fantasi Hobbit berhampiran kebun. Lokasi ini sebenarnya adalah tapak glamping untuk pencinta alam semulajadi kerana anda juga boleh mendaki dan mempelajari tentang pertanian di sini.

Alamat: A’moss Farmstay, Kampung Gerak Sepadu, Brinchang, 39000,  Cameron Highland, Pahang.

Tempahan: Daripada RM265 satu malam.

20. The Sheep Sanctuary

Sumber: Twitter @ctjamil92

Adakah anda seorang pencinta haiwan? Kalau ya, anda boleh mengunjungi lokasi ini untuk menyentuh, membelai, memberi makan dan berganmbar dengan biri-biri yang cantik dan gebu. Makanan untuk beri pada biri-biri juga sudah termasuk dalam bayaran tiket masuk.

Alamat: Kea Farm, Brinchang, 39100 Brinchang, Pahang.

Waktu operasi: 9 am – 5.30 pm.

Tiket: RM8 (Dewasa) dan RM5 (Kanak-kanak).


Macam-macam tempat yang anda boleh pergi di Cameron Highlands. Ada beberapa tempat yang dibuka setiap hari dan ada juga yang tutup pada hari tertentu. Kena ambil masa berhari-hari jugalah untuk anda terokai kesemua tempat ini.

Rancang percutian anda dengan baik dan yang paling panting. Have fun!

BACA JUGA: Ada Plan Nak Pergi Genting Skyworlds? Ini Apa Yang Tersedia Untuk Anda Setakat Ini


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd