Now Reading
Ini 9 Perkara Penting Sebelum Gerak Balik Kampung Untuk CNY. Check Dulu!

Ini 9 Perkara Penting Sebelum Gerak Balik Kampung Untuk CNY. Check Dulu!

Cek satu-satu sebelum balik kampung, angpao paket jangan tertinggal pula!

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Berbaki beberapa hari sahaja lagi sambutan Tahun Baru Cina untuk tahun 2022 akan berlangsung. Ramai juga yang kelihatan begitu teruja sebab akhirnya mereka dapat pulang ke kampung halaman bagi menyambut perayaan ini.

Mana tidaknya, sunyi sepi CNY tahun lepas. 🙁

Sumber: Kosmo

Menteri Perpaduan, Datuk Halimah Mohamed Sadique baru-baru ini mengumumkan bahawa Malaysia akan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) di bawah Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Memandangkan perjalanan rentas negeri dibenarkan, rakyat Malaysia boleh pulang ke kampung halaman atau negeri asal masing-masing.


CHUP! Nak balik kampung, jangan lupa checklist ini.

Faham excited nak balik kampung setelah sekian lama.

Tapi, cek dulu apa yang patut sebelum memulakan perjalanan. Dua tiga hari ini kalau boleh setel hal-hal kereta untuk memastikan perjalanan anda akan ‘smooth like butter’.

Sumber: Gfycat

Antaranya:

1. Servis kereta.

Kereta kalau dah hampir nak due date servis atau dah terlepas, silalah servis terlebih dahulu. Perjalanan pergi dan balik bukannya dekat, nanti mileage pula terlebih.

Kalau sayang kereta/motor, baik servis dulu.

2. Top-up kad TNG/e-Wallet.

Confuse? Ya, kami pun. Kalau anda dah ada pelekat RFID di kereta, jangan lupa untuk top-up e-Wallet. Dan kalau anda masih belum ada RFID, pastikan kad TNG dah ada baki dan cukup untuk pergi dan balik.

Top-up sekali gus kan senang. Tak perlu susah-susah nak berhenti di stesen minyak, beratur panjang semata-mata untuk top-up.

3. Rancang perjalanan.

Kalau kampung halaman nun jauh di sana, sila cek terlebih dahulu jam berapa anda perlu meninggalkan rumah bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas.

Nanti perjalanan 4 jam terus jadi 8 jam disebabkan trafik.

Kebas punggung dalam kereta!

4. Semak checklist barang.

Ini paling penting. Mana tidaknya, kalau balik kampung kesemua barang adalah limited, termasuk plug extension. Tambah pula yang jenis banyak gajet, iPad, iPhone, tab, komputer, dan sebagainya.

Ingat satu cukup ke?

Kang berebut pula dengan saudara-mara yang lain. Dah satu hal. OH! Covid-test kit dan juga pelitup muka jangan lupa bawa. #newnorm

5. Semak media sosial untuk updates.

Sekarang ini zaman dah makin maju. Nak cek trafik OK atau tidak dekat lebuh raya pun boleh buka Twitter atau Facebook je. Contohnya, @plus2u.

Untuk mereka yang menghala ke arah Utara dan Selatan, boleh cek dulu segala updates di lebuh raya. Manalah tahu ada lori terbalik dan menghalang lalu lintas ke, bolehlah plan untuk tunggu dulu sebelum memulakan perjalanan.

6. Sediakan snacks dalam kereta.

Sebelum keluar rumah, pastikan anda dah sediakan sedikit makanan ringan untuk dinikmati ketika dalam perjalanan. Nanti lapar tengah jalan, tak perlulah susah-payah berhenti, beratur panjang di kafe atau R&R.

Sediakan payung sebelum hujan lah katakan.

7. Pastikan tutup elektrik di rumah (penapis air, elektrik, etc)

Ini paling penting! Jangan sesekali tinggalkan rumah tanpa menutup suis eletrik utama. Kalau ada penapis air itu jangan lupa untuk cek semula pastikan ianya tertutup.

Buatnya ketiadaan anda di rumah, waktu itulah ada gangguan air, boleh hangit tau penapis air tu. Gas memasak pun sama, jangan lupa tutup!

8. Angpao paket!

Nama pun nak balik kampung sempena sambutan CNY. Jangan lupa untuk sediakan beberapa keping paket angpao dalam beg. Nanti tak pasal-pasal kena bagi duit guna sampul surat pula.

9. Rehat cukup dan HIT THE ROAD!

Malam sebelum balik kampung tu jangan lupa rehat secukupnya. Jangan main telefon atau tengok Netflix sampai tengah malam buta. Esoknya mata terkebil-kebil pula nak bawa kereta.

Bahaya ya, adik-adik sekalian.

Pastikan rehat cukup dan standby untuk memulakan perjalanan. Baca doa jangan lupa!


Sekadar peringatan: Anda mungkin boleh memuat naik aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) di telefon bimbit anda. Aplikasi ini membolehkan anda untuk menyalurkan aduan/maklumat lengkap kepada pihak polis tentang apa-apa kejadian jenayah yang berlaku.

Ini adalah termasuk ketika ketiadaan anda di rumah, pihak berkuasa boleh membuat rondaan di kawasan rumah anda untuk memastikan ia selamat.

Dah setel semua?

TIME TO HIT THE ROAD & baaaaaalik kampung! 😀


BACA JUGA: [Tips] TNB Kongsi Checklist Sebelum Balik Kampung. Penting!


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd