Now Reading
Pondok Telefon Bertukar Perpustakaan ‘Comel’ Kini Jadi Tumpuan Ramai

Pondok Telefon Bertukar Perpustakaan ‘Comel’ Kini Jadi Tumpuan Ramai

Perpustakaan mini yang berwarna-warni di George Town, Pulau Pinang menjadi tumpuan ramai walaupun cuaca agak panas.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Seronok betul bila kita lihat ada projek berwarna-warni memenuhi jalan raya di sekitar bandar!

Pondok telefon lama di sepanjang Lebuh Pantai di George Town, Pulau Pinang kini sudah dinaik taraf menjadi sesuatu yang lebih menarik perhatian apabila diubah menjadi perpustakaan mini awam.

Tiga pondok perpustakaan mini yang berwarna-warni itu terletak di luar Balai Polis Lebuh Pantai. Diharapkan tiada ‘perosak’ yang akan memusnahkannya.

Naik taraf dan baik pulih itu merupakan inisiatif oleh Penggerak Komuniti Muda (PEKA) bersama Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) untuk menggalakkan budaya membaca dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Pengunjung akan menemui bahan bacaan seperti buku, penerbitan bulanan Pulau Pinang dan akhbar Buletin Mutiara di pondok-pondok tersebut.

Orang ramai juga digalakkan menderma buku untuk dibaca oleh orang lain. Untuk menjadikannya lebih selesa, pondok itu juga menyediakan plug untuk mengecas dan lampu untuk bacaan pada waktu malam.

Terdapat sudut membaca, plug untuk mengecas dan juga lampu. (Kredit: Facebook George Town, Penang)

Walaupun sambutan yang diterima adalah sangat mengalakkan, namun sebilangan netizen agak bimbang jika bahan bacaan tersebut akan rosak akibat hujan.

Jangan risau, ada berita baik. Seorang netizen berkongsi bahawa terdapat ‘sliding door’ polikarbonat pada almari buku untuk memastikan bahan bacaan kering dan terlindung daripada hujan.

Yang paling best, pengunjung dibenarkan membawa pulang buku bersama mereka untuk dibaca.

Walau bagaimanapun, mereka juga diingatkan untuk memulangkan semula buku tersebut selepas selesai membaca.

Kebenaran membawa pulang buku ini adalah untuk memberi pengalaman membaca yang menyeronokkan untuk semua orang.

Kami berharap akan ada lebih banyak projek awam yang cantik dan berguna seperti ini. Mungkin mereka boleh buat sesuatu untuk mengurangkan bahang di pondok perpustakaan mini pada masa akan datang.

Anda boleh membaca pada waktu malam juga kerana adanya lampu yang dibina. (Kredit: Facebook Green Hero)

Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd